Bilik Mesyuarat Diraja
"Tae-ah, cakaplah. Asal Raja nak jumpa kita ni?"soal Jin yang tak senang duduk je dari tadi.
"Heol. Rileks la hyung. Raja bukannya nak hukum kau pun,"
Seminit kemudian, Raja dunia kayangan memasuki bilik tersebut diiringi dengan dua pengawal bersayap. Mereka semua bangun dan membongkok 90° sebagai tanda hormat.
"Kamu semua boleh duduk," Mereka semua duduk seperti yang diarahkan. Manakala Taehyung pula sudah bersedia dengan slide yang bakal dipaparkan.
"Kamu semua tahu kenapa beta panggil menghadap beta?" Tak ada seorang pun yang berani bersuara.
Si raja tergelak kecil bila melihatkan reaksi BTS yang benar-benar mencuit hati.
"Hey c'mon. I know that I'm the King but you shouldn't afraid with me. I wouldn't eat you guys. Am I right Taehyung?"
Taehyung mengangguk perlahan apabila mendengar namanya disebut. For your information, ini merupakan kali pertama dia melihat si Raja berkelakuan sedemikian walaupun dia dah banyak kali bekerja dengan pihak atasan Diraja.
Mereka semua berasa kagum dengan pertuturan bahasa inggeris yang begitu lancar sekali oleh si Raja. Tambahan pula, Raja yang berada di hadapan mereka sekarang ni langsung tak mengikut protokol yang sedia ada.
"I know what you guys are thinking. Beta bukan seorang yang berprotokol. Itu bukan cara beta. Cara beta adalah demokrasi di mana semua orang layak bersuara-"
"Err,..Tuanku-"
"Kamu berdua senyap. Kalau beta tahu ada berita mengenai beta lepas ni, kamulah orang pertama yang beta cari. Faham?!" Raja memberikan amaran kepada dua orang pengawalnya.
J-Hope yang duduk di sebelah kiri Raja dapat melihat bebola matanya berapi bila dia mengeluarkan arahan sebentar tadi.
'Daebak'
"And you young man, thank you,"ujar Raja kepada J-Hope. Reaksi J-Hope? Mulutnya ternganga dengan pujian yang tak dijangkanya.
"Enough. Sekarang beta akan terangkan motif beta panggil kamu semua ke sini. Ah! Sebelum tu, beta adalah Raja bagi dunia kayangan ni dan merupakan raja yang ketujuh belas.
Kuasa beta banyak. Antaranya ialah teleport, telekinesis, dan banyak lagi. Tapi yang utama, beta dapat membaca fikiran orang lain sama seperti kuasa yang Taehyung dan Jin ada." Si raja memberikan senyuman manis kepada Jin yang sudah pun terpinga-pinga.
"Beta panggil kamu semua ke sini untuk satu misi yang penting. Misi ni melibatkan takdir kaum manusia pada masa hadapan dan kalau kamu semua gagal, maknanya kamu dah tewas kepada Black Wings dan konco-konconya,"
"Black Wings?!"
"Ya. Taehyung, paparkan slide tu," Taehyung membuka file 'secret' dan menekan file yang berkod 007.
"Seperti yang kamu semua tahu, Black Wings adalah raja kejahatan tapi kamu mungkin tak tahu yang Black Wings sebenarnya merupakan bekas penduduk di sini. Dia ditendang keluar atas cubaan mencuri salah satu kuasa Diraja.
Kuasa Diraja adalah satu kuasa yang mana tak ada satu makhluk pun mampu mengawalnya kecuali kerabat Diraja. Tapi Black Wings ni tamak lepas dia dilantik sebagai pegawai atasan Diraja.
Kegilaannya terhadap kuasa dah menguasai dirinya dan menyebabkan dia menjadi suatu makhluk yang jahat. Tapi bukan dia seorang saja yang gilakan kuasa, ada juga beberapa pegawai lain yang sama macam dia.
Misi kamu adalah untuk menghapuskan mereka buat selama-lamanya daripada apa-apa dunia yang wujud. Tak kira lah dunia manusia, dunia kayangan mahupun dunia kejahatan. Beta nak kamu lenyapkan mereka dengan apa cara sekali pun.
YOU ARE READING
[C] Wings S2: Bogoshipda
FantasyJin membuka matanya dan apa yang dilihatnya adalah sebuah padang yang lapang dan kosong. 'Aku,..dekat mana?' Berjalan dan terus berjalan namun tiada sesiapa pun di situ kecuali dirinya. Dunia apa ni?! Cold and loneliness. The things that I hate th...