Pada waktu malam, bulan purnama adalah benda yang paling indah sekali untuk ditatap.
Indah kerana tiada satu pun gumpalan awan di langit. Ditambah pula warna langitnya yang pelbagai, yang sering bertukar warna mengikut musim.
Ah! Tak lupa juga bintang-bintang yang sentiasa menemani si bulan agar tidak kesunyian. Bintang, sentiasa berkerlipan menerangi malam dunia kayangan.
"Yeppeuda.. Tapi cantik lagi aku. Hahahah,"kata Jin sendirian di taman Diraja. Dia kini sedang duduk sambil memeluk lututnya di atas batu besar berdekatan kolam besar Diraja.
Satu batu kecil dicapainya dan dicampak ke dalam kolam. Lalu, terhasillah satu pusaran air di langit selama beberapa minit. Jin tersenyum kecil.
Namun itu semua tak lama bila dia terkenang semula peristiwa pagi tadi.
'Mampu ke aku ni?'
Tapi Jin tak sedar bahawa setiap gerak gerinya telah lama diperhatikan seseorang.
'Kau boleh hyung. Aku percayakan kau'
Jin tersentak bila suara hatinya dibalas. Dia berasa seram sejuk memandangkan dia seorang saja di situ.
"Hihihih.."
Kini, bulu roma Jin pula yang naik.
"Si-siapa kau?! Ke-keluar!"
Maka keluarlah seorang lelaki yang segak bergaya walaupun berpakaian kasual saja.
"Annyeong Jin hyung,"sapanya.
"Yah! Taetae. Kau ni..nasib baik tak luruh jantung aku ni. Kau-"
'Alamak,..dah start dah mood bebel dia tu..'
"Suara siapa tu? Tae, kau dengar tak? Aku dengar ada orang kutuk aku la,"ujar Jin sambil melihat sekeliling. Jin kelihatan sungguh naif sekali.
Tiba-tiba muncul satu idea jahat di benak fikiran Taehyung. Hahah, inilah peluang aku nak kenakan Jin hyung!
'Tahu pulak orang tengah kutuk dia. Sakit hati ke oi?'
"Tae, takkan kau tak dengar kowt? Suara tu, dia tanya aku sakit hati ke tak. Mestilah sakit!"
"Hah? Tak dengar pun. Hyung, gwaenchana?"soal Taehyung sambil mengawal ekspresi wajahnya.
Pelakon la katakan.
'Kalau dah tahu sakit, pergilah hospital! Hahahah'
"Tae, serius ah kau tak dengar? Suara tu suruh aku pergi hospital. Dia gelakkan aku?!"
Taehyung tergelak sambil tergolek-golek melihat reaksi Jin.
Jin pula terpinga selama beberapa saat sebelum sedar akan situasinya kini. Dia telah dikenakan oleh alien yang bernama,
"KIM TAEHYUNG!!!"
Taehyung tak berhenti ketawa. Tak ada yang mampu buat dia berhenti selagi dia tak nak.
Beberapa minit kemudian...
"Yah! Berhentilah. Lawak sangat ke hah?!"marah Jin. Dia sedang duduk bersila di tempat asalnya sementara Taehyung pula masih berbaring atas rumput.
"Hahah..hah..hah..okey..aku..berhenti. Hahah, kau lawak la hyung."
Jin masih mempamerkan wajah tidak puas hatinya. Habis calar balar maruahnya sebagai ahli yang paling tua.
'Budak ni memang nak kena ajar apa tu hormat'
'Alaa hyung. Sorry la'
"Weyh Tae, tadi tu suara kau ke? Macam mana kau boleh jawab soalan aku tanpa buka mulut?"
YOU ARE READING
[C] Wings S2: Bogoshipda
FantasyJin membuka matanya dan apa yang dilihatnya adalah sebuah padang yang lapang dan kosong. 'Aku,..dekat mana?' Berjalan dan terus berjalan namun tiada sesiapa pun di situ kecuali dirinya. Dunia apa ni?! Cold and loneliness. The things that I hate th...