0.10

211 20 0
                                    

Seul Eun mula menyiapkan segala kerja sekolah yang diterimanya.

"Haih,..baru sehari tak datang homework dah macam gunung."bebel Seul Eun.

2 jam kemudian

"Huarghh. Siap pun," Seul Eun tersenyum bila melihat segala kerjanya dah siap. Kemudian, senyumannya mulai mengendur bila melihat bingkai gambar halmeonim.

Seul Eun melihat suasana di luar rumahnya menerusi tingkap biliknya.

Mendung..

Lalu dia mencapai jaket dan mengunci rumahnya. Destinasi yang dituju adalah...

Tanah perkuburan.

*******
"Annyeong halmeonim. Nanti Eun datang melawat halmeonim lagi, eoh."kata Seul Eun seraya meletakkan sejambak bunga yang berwarna putih.

Seul Eun berjalan keluar dari tempat tersebut. Tiba-tiba bahunya telah berlaga dengan seseorang sehingga menyebabkan dia terjatuh.

"Auch,..appeo..aishh.." Seul Eun memandang orang yang telah melanggarnya. Dia tergamam.

"J-Jhope oppa.." J-Hope bergegas pergi dari tempat tersebut sebaik saja dia mendengar namanya disebut.

"Jamkka-" Belum sempat Seul Eun menahan J-Hope dari pergi, telefonnya pula berdering.

"Aishh,..yeoboseyo?"

"Seul Eun-ah!!!" Seul Eun menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.

"Yah! Pekak la aku kalau kau asyik menjerit je kerjanya!"marah si Seul Eun. Kedengaran suara tangisan dan pastinya itu milik BFFnya, Yong Byung.

"Byung-ah, kau okey tak? Asal kau menangis ni? BTS ada malukan kau lagi ke?"

"Aniya,..aku menangis sebab J-Hope oppa tak ada. Aku punyalah beriya-iya nak jumpa dia hari ni. Tup tup, dia tak datang pun,"

Seul Eun teringat kembali kejadian sebentar tadi.

"Aaa,..Byung-ah, uljimara. Aaa, aku letak dulu, eoh? Ada kerja sikit. Annyeong!" Seul Eun terus mematikan panggilan telefon dan menyimpannya dalam poket jaketnya.

Matanya mula melihat sekeliling.

Tu pun!

Matanya dapat menangkap satu figura sedang menunggu lampu isyarat bertukar warna. Seul Eun segera mengekorinya dari belakang.

■SKIP■

"Kelab malam? Eh,.sekarang tengah siang. Aishh,.apa-apa je la." Seul Eun melihat J-Hope memasuki tempat itu melalui pintu belakang.

"J-Hope oppa masuk sini? Hmm,,,"

Nak tak nak, Seul Eun memasuki juga tempat tersebut walaupun dia benci. Harapnya, tak ada sesiapa kenal dia dekat situ.

*******
"Uhuk-uhuk..busuknya." Seul Eun menutup hidungnya dan segera mencari J-Hope.

Matanya dapat menangkap sesusuk tubuh yang dikenalinya sedang menari atas lantai tarian yang padat dengan pelbagai jenis manusia.

Tanpa disedari, Seul Eun menangkap gambar orang itu dengan menggunakan iPhone 5s. Namun nasib Seul Eun agak malang bila dia terlupa untuk menutup flash dari telefonnya.

"Aishh,..pabo."

"Yah! Siapa kau?!" Seul Eun mula berlari keluar dari tempat tersebut. Nasibnya menjadi lebih malang bila ada dua pengawal yang boleh dikatakan saiz gergasi sedang berdiri di hadapannya.

"Tangkap dia!"jerit seseorang dari belakang dan pastinya itu ialah J-Hope.

Dua orang pengawal itu melihat Seul Eun dan cuba menangkapnya. Namun Seul Eun lebih bijak dengan menghilangkan diri dalam kumpulan manusia yang sedang beratur keluar.

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now