0.5

271 26 4
                                    

Taehyung memasuki bilik Jin sebaik saja jarum menunjukkan tepat 9.00 pagi. Dia membuka sarung tangan kanan dan menghalakannya ke arah Jin.

Lalu keluarlah suatu kuasa bercahaya putih di sepanjang badan Jin.

Setelah seminit berlalu, Taehyung memakai semula sarung tangannya.

"Please come back,..Jin hyung,"katanya sebelum pergi.

*******
Indahnya. Tempat ni,..aku rasa macam pernah pergi tempat ni. Lembut saja angin menerpa diriku. Bunyi lautan juga amat menenangkan.

"Hahah, hyung lambat! Aku menang,"

Suara tu. Aku kenal suara tu. Jungkook?

"Hahah! Jin hyung menangis la,"

J-Hope?

"Geokchonghajimara hyung. Aku janji takkan tinggalkan hyung dah,"

Namjoonie!

"Dul, set! Bang! Tan. Annyeonghaseyo, Bangtan Sonyeondan imnida!"

Ucapan ni... ucapan yang aku selalu ungkap dengan diorang!

"...dan akhir sekali hyung harap kita dapat bersama-sama selamanya. Bangtan Sonyeondan saranghae!"

Itu suara aku. Bangtan! Aku dah ingat dah. Aku nak jumpa diorang. Aku nak bangun tapi kenapa susah sangat ni?

■SKIP■

"Annyeong Jin hyung. Ni aku Jimin,"kata Jimin pada Jin yang sedang terbaring kaku di atas katil.

"Akhirnya, kita berjumpa lagi hyung. Jin hyung, kau tahu tak betapa sakitnya hati aku ni bila tahu kita akan terpisah masa kejadian hari tu.

Sampaikan aku rasa nak bunuh je diri aku ni buat kali kedua. Hahah, nasib baik ada Bangtan. Kalau tak aku rasa aku dah ada kat alam lain dah kowt,"

Kata-kata Jimin terhenti seketika tatkala melihat setitis mutiara jernih mengalir keluar daripada mata kanan Jin. Jimin segera menyekanya.

"Hyung,..uljimara. Kalau kau sedih, aku pun sedih. Kalau kau menangis, aku tak rasa aku akan kuat lagi dah. Uljimara, eoh?"ujar Jimin sambil mengalirkan air matanya.

Pintu dikuak dan beberapa ahli Bangtan masuk. Mereka agak tergamam bila melihat Jimin menangis. Lalu J-Hope dan Jungkook segera menenangkannya.

"Mianhae,..aku tak berniat nak..menangis-"

"Menangislah kalau kau nak. Jangan pendam sorang-sorang,"pintas J-Hope sambil mengusap belakang Jimin.

Dia tahu Jimin belum kuat apatah lagi selepas melihat keadaan Jin.

Taehyung mengambil tempat Jimin dan menatap wajah pucat Jin.

"Annyeong Jinnie hyung. Ni aku Taetae. The real Kim Taehyung," Taehyung menggenggam tangan sejuk milik Jin.

"Bogoshipeo. Jeongmal bogoshipeo," Sekali lagi, air mata milik Jin mengalir setitis demi setitis walaupun badannya tidak melakukan sebarang pergerakan.

Bibir Taehyung terketar-ketar menahan sebak di dada. Akhirnya, dia hanya mendiamkan diri dan menyertai Jimin.

Suga yang melihat keadaan tersebut hanya diam membisu kerana dia juga sedang berusaha menahan air matanya daripada jatuh.

Sebagai kedua tertua di situ, dia tak boleh menangis. Dia perlu kuat demi dongsaeng-dongsaeng kesayangannya.

Rap Mon yang melihat dari jauh juga turut menangis. Dia sengaja tak melawat Jin sebab dia tahu dirinya belum kuat. Apatah lagi selepas apa yang terjadi kepada mereka.

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now