0.7

254 24 0
                                    

Saban hari, keadaan Jin bertambah baik. Dia dah tak memerlukan sesiapa atau apa-apa untuk membantunya berjalan.

"Buai laju-laju~"

"Laju? Heheh," Taehyung dan Jungkook menolak buaian yang dinaiki J-Hope sekuat dan sepantas mungkin. Hasilnya, J-Hope seolah-olah bakal dilambung tinggi ke langit.

"Uwargghh! EOMMA!!! AKU TAKUT! Huwaaa!!! TURUNKAN AKU! TURUNKAN AKU!"jerit J-Hope dengan sepenuh hati. XD.

"Hahahah," Sebaik saja J-Hope mendarat ke tanah, dia terus mengejar kedua-dua dongsaengnya tu kerana telah menyeksa jiwa dan raganya.

"Yah! Ke sini kau!!!" Jin hanya tergelak melihat kerenah mereka bertiga. Sungguh dia rindukan semua tu. Jimin yang duduk bersebelahan Jin pula dah terhinjut-hinjut bahu gelak.

Beberapa minit kemudian..

"Hah...hah...hah..." Akhirnya J-Hope berhenti mengejar mereka akibat kepenatan. Dia mencapai sebotol air mineral yang dibawanya dari istana.

"Hah, lega~" Jungkook dan Taehyung juga berhenti main setelah penat berlari.

"Jin hyung, nak tanya boleh?"

"Tanya la,"

"Mana hyung pergi selama tiga tahun kebelakangan ni? Kenapa hyung menghilang? Apa jadi sampai hyung hilang ingatan? Kenapa tiga tahun?

Macam mana pulak hyung sampai sini? Pastu, hyung buat apa selama tiga tahun tu?" Jimin menghujani Jin dengan berbagai-bagai soalan.

"Wait..satu-satu." Mereka semua memasang telinga.

"First, hyung tak hilang. Hyung tersangkut kat dunia manusia sebagai roh. Apa hyung buat kat sana? Hyung hidup macam biasa tapi sebagai roh yang gelandangan. Kenapa tiga tahun? Hyung pun tak tahu.

Hyung pun tak tahu macam mana hyung boleh hilang ingatan. Lepas tu,..hyung pun tak tahu macam mana hyung boleh ada kat sini. Sedar-sedar je hari tu, terus ada dekat sini."

"Isanghae,"respon Jimin. J-Hope juga bersetuju dengannya.

"Maksudnya,..selama tiga tahun tu hyung merempat je la?"soal Jungkook sambil memasukkan kekacang ke dalam mulutnya.

"Macam tu la. Roh bukannya ada rumah sendiri macam manusia sebab kita ghaib. Makan pun,..makan apa yang ada je la,"

"Ouh."

"Hyung tak sunyi?" Kali ni J-Hope pula yang menyoal.

"Gila kau tak sunyi?! Aku rasa macam nak gila hidup kat sana. Pastu,..aku rasa kosong sebab tak ada yang aku kenal. Hyung rasa hyung boleh gila kalau still kat sana sekarang ni"

Keadaan menjadi sunyi seketika.

"Okey, kali ni hyung pulak yang tanya. Kenapa masa hyung dekat hutan hari tu, dia terbukak tapi lepas hyung masuk je dia terus tutup laluan. Wae?"

"Sebab tempat Diraja ni hanya boleh dimasuki oleh mereka yang terpilih sahaja."balas Jungkook.

"Tapi kenapa kita? Macam mana boleh jadi yang terpilih?"

"Err.." Mereka semua kecuali Jin sudah tergaru-garu kepala. Ha'ah kan. Macam mana kitorang boleh terpilih?

"Diorang pilih kita sebab apa yang kita pernah buat kat dunia manusia masa hidup dulu," Taehyung datang ke arah mereka.

Apa yang kita buat?

"Dulu, kita dah banyak gembirakan hati ramai orang dengan lagu kita. Banyak juga hati yang sedih terubat lepas dengar lagu kita. Ramai gak yang bangkit dan teruskan usaha untuk capai impian mereka.

Walaupun mula-mula tu tak ramai yang minat kita, benci kita tapi kita tetap teruskan sebab matlamat Bangtan hanya mahu sampaikan cerita yang mampu menginspirasikan ramai orang.

Sehingga sekarang orang ramai still lagi dengar lagu-lagu kita tapi.." Taehyung berhenti bercakap.

"Tapi?"soal Jin.

"Korang akan tahu jugak nanti. Sekarang ni, Raja nak jumpa kita. Kaja,"

"Bwo?!"

Keep follow. XOXO.

-Annyeong^-^

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now