0.17

200 23 0
                                    

Dunia manusia

"Arghh!!!"

"Aku tak tahan dah!"

Barang-barang berselerakan di atas lantai dan ada juga yang pecah bertaburan di sana sini.

"Aku nak keluar!!!"jerit si 'Jimin'. Dadanya menaik dan menurun menunjukkan dia sedang menahan sesuatu.

"Berhenti!"arah 'Rap Mon'. Namun Jimin makin mengganas dan mula berlari sekeliling dorm mereka.

"Aku pun nak keluar!" 'J-Hope' menyertai Jimin dan menjadi liar. Pintu keluar menjadi sasaran mereka.

"Berhenti!!"

BANG! BANG!

'Jimin dan J-Hope' mendapat benjolan yang besar ketika mereka cuba merempuh pintu sebentar tadi.

"Kenapa pintu ni tak boleh dibuka?"

Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Jimin cuba memegang tombol pintu tapi tidak berjaya seolah-olah pintu di hadapannya kini bukanlah sebuah pintu.

"Hah?" Jimin tercengang dengan situsainya kini.

J-Hope pula cuba mengetuk-ngetuk pintu tersebut. Kelakuan mereka tidak ubah seperti orang gila.

Yang lain pula tidak mengendahkan mereka berdua kerana sibuk mengadakan perbincangan.

"Argh! Bagi aku kuasa! Jebal.."pinta si 'maknae'. Dia tak mampu berdiri kerana sedang mengerang kesakitan. Peluh-peluh meluncur laju di mukanya.

"Black Wings! Mana pergi janji kau selama ni?! Sampai bila lagi kita mesti sengsara?!" Suga mula membentak.

V ataupun makhluk yang mendiami badan tersebut, Black Wings menjeling Jungkook, Jimin dan J-Hope sebelum menjawab soalan 'Suga'.

"Manusia, semuanya lemah! Kita semua mesti bertahan! Sikit saja lagi, dunia ini akan berada dalam genggaman kita. Manusia akan sesat, sama seperti apa yang kita dan seluruh kaum kita mahukan!"

"Tapi,..badan ni terlalu lemah. Aku nak lepaskan gian menghirup jiwa manusia!"ujar 'Suga'. Mereka yang lain mengangguk tanda setuju.

"Berikan kami kuasa wahai Black Wings yang bijaksana.."

Black Wings memberi isyarat mata kepada 'Jin' ataupun Remus, iaitu penolong kanan Black Wings untuk menyalurkan tenaga kepada mereka semua.

" Adzeraf Menthrious Szinthos! " Lalu muncullah satu bentuk tenaga yang diserap masuk ke dalam tubuh mereka.

"Hah~" Mereka semua kembali normal atau lebih tepat lagi, boleh berfikir secara waras dan bukannya berkelakuan liar.

"Saat ini kita semua harus bersedia! Tak lama lagi,..kita semua akan menghadapi satu peperangan..."

Sorry sebab pendek sangat.. insya-Allah malam ni atau esok saya update lagi.

Keep follow. XOXO.

-Annyeong^-^

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now