Mentari memunculkan dirinya bagi menggantikan tugas si bulan. Jin menggeliatkan badannya sebelum pergi mencari sumber air yang boleh digunakan.
Ketika dia sibuk mencari air, kedengaran suatu bunyi seperti air terjun. Lalu Jin pun mengikut sumber bunyi tersebut.
Jumpa pun!
Jin membuka jaket yang dipakainya. Tiba-tiba sekeping gambar yang agak lama terkeluar dari poket jaketnya.
"Ni,.aku, kan? Yang lagi enam ni siapa?" Dia menatap gambar itu sambil cuba mengingat kembali siapa mereka.
Sama seperti semalam, Jin masih gagal untuk mengorek kotak memorinya. Setelah membuka baju dan seluarnya, Jin terjun ke dalam air.
"Nyamannya.." Jin merendamkan dirinya. Tiba-tiba muncul secebis memori di mana seorang lelaki cuba menyelamatkan lagi seorang lelaki.
Dengan serta-merta, Jin keluar daripada air dan memakai semula pakaiannya. Dia segera pergi dari tempat tersebut dengan wajah yang sukar untuk ditafsir.
"Siapa yang aku nampak tadi?" Jin mengeluarkan semula gambar dari poket. Dia mengamati gambar itu lalu dia melihat bahagian belakang gambar tersebut.
"Bang-Tan-Boys-Forever. Bangtan boys? Nama grup apa tu? Aku ni..idol ke dulu?" Malas nak berfikir, Jin meneruskan perjalanannya tanpa hala tuju.
Sedang asyik melihat kawasan sekitarnya, dia terlihat sebuah kebun epal yang sungguh luas.
"Waa,." Perutnya berkeroncong. Lalu dia menuju ke kebun itu untuk bertemu pemiliknya. Manalah tahu dapat makan free plus ingat semula apa yang terjadi.
TOK! TOK! TOK!
Jin mengetuk pintu rumah si pemilik kebun. Pintu terkuak dan terpacul satu kepala dari dalam rumah.
"Ya? Cari siapa?"soalnya.
"Err,..boleh saya tahu ni tempat apa?"balas Jin dengan soalan. Orang itu melihat Jin dengan wajah yang berkerut.
"Michin saram,"katanya sebelum menghempas pintu sekaligus membuatkan Jin melatah.
"Opocot!"
"Haissh..Kurang ajar punya budak! Mak bapak tak ajar ke hormat orang lebih tua?! Bla bla bla.." Jin berlalu pergi dari kebun tersebut setelah puas membebel.
Nak tak nak Jin terpaksa meneruskan perjalanannya yang tak tahulah bila nak berakhir.
Berjalan..
Dan terus berjalan..
Sehinggalah dia tiba di sebuah hutan. Nak kata seram tak jugak sebab pokok-pokok tersusun di belah kiri dan kanannya.
"Ni laluan ke mana eh?"katanya sendirian. Tanpa perasaan gentar, Jin memasuki kawasan hutan itu.
Sebaik saja dia melangkah masuk, pokok-pokok di bahagian belakangnya menutup laluan tersebut seolah-olah dia saja yang dibenarkan masuk ke situ.
"Isanghae,." Jin semakin pelik dengan tempat ini. Namun, dia tetap meneruskan perjalanannya. Dia takkan berhenti selagi belum menemui jawapan bagi soalan-soalannya.
■SKIP■
Sudah hampir tiga jam berlalu dan kini Jin sedang berehat sambil makan buah-buahan yang dipetiknya. Beracun? Apa dia kisah sebab dah lama dia tak makan.
Seharian? Sebulan? Setahun? Entahlah tapi yang pasti Jin betul-betul berasa lapar. Dia pun tak pasti bila kali terakhir dia menjamah makanan.
Tiba-tiba kedengaran bunyi derapan kaki yang sangat laju sedang menuju ke arahnya
"Ni,..bukan bunyi kuda ke?"duga Jin dan tekaannya tepat apabila ada seekor kuda perang yang ditunggangi seorang pemuda. Pemuda tersebut melompat turun daripada kudanya.
Pakaiannya sugguh bergaya. Pemuda itu mengenakan sehelai jaket hitam labuh bersama ripped jeans. Di tangannya tersarung sepasang sarung tangan hitam.
Pada pinggangnya pula tersisip pelbagai jenis senjata seperti pisau belati dan tidak dilupakan juga sebekas kecil anak panah bersama busur yang tersarung kemas di badannya.
Dia tersenyum memandang Jin yang sudah pun kaku melihatnya.
"A-aku tak ada duit! Ja-jangan apa-apakan aku!"kata Jin. Pemilik kuda itu tergelak kecil dengan tanggapan Jin terhadapnya.
"Gwaenchana hyung. Aku takkan apa-apakan kau,"kata pemuda itu sementara Jin pula memandangnya pelik.
"Hyung? Aku,..kenal kau ke?" Kata-kata Jin membuatkan senyuman pemuda itu mati dengan serta-merta.
"Kau tak ingat aku ke hyung? Aku ni Jungkook a.k.a Kookie. Your youngest dongsaeng," Jin memaksa dirinya untuk ingat semula sampai sakit kepalanya.
"Argh!" Jin memegang kepalanya. Jungkook pula menjadi risau.
"Hyung, kau okey tak? Ki-kita jumpa doktor eoh?" Jin hanya membiarkan dirinya dipapah sebelum dia betul-betul pengsan.
Keep follow. XOXO.
-Annyeong^-^
YOU ARE READING
[C] Wings S2: Bogoshipda
Viễn tưởngJin membuka matanya dan apa yang dilihatnya adalah sebuah padang yang lapang dan kosong. 'Aku,..dekat mana?' Berjalan dan terus berjalan namun tiada sesiapa pun di situ kecuali dirinya. Dunia apa ni?! Cold and loneliness. The things that I hate th...