"Mesti ada cara! Jung-jungkook..aku tak nak dia mati!" Suga kelihatan sungguh gelisah melihat Jungkook yang semakin tenat.
"Aku ada idea tapi kita perlukan bantuan dia,"kata Taehyung sambil menghalakan jarinya ke arah Seul Eun.
"Ta-"
"Dah tak ada masa. Jimin, kejutkan Seul Eun,"arah Rap Mon. Jimin mengejutkan Seul Eun menggunakan magisnya.
"Hah? Oppa! Eun-..Jungkook oppa! Apa jadi?!"
"Eun, calm down,"
"A-apa dah jadi dengan dia?" Muka Jungkook semakin pucat malah lebih pucat daripada Suga.
"Eun, listen. Oppa nak Eun cari Jungkook bila Eun masuk portal nanti. Cari dia sebelum dia tenggelam dalam lubang hitam. Lepas dah jumpa, pastikan Jungkook jauh daripada lubang tu sementara Jimin cuba hapuskannya.
Akhir sekali, gunakan loket ni untuk hidupkan portal dan balik ke sini,"terang Taehyung.
"Tae,..selamat ke? Eun ni cuma manusia. Macam mana kalau-"
"Sebab dia manusia lah dia boleh tolong kita."pintas Taehyung.
"Nyawa Jungkook sekarang ni atas pagar. Hanya manusia saja yang boleh masuk minda dia sebab jampi tu dah sekat kita semua daripada masuk.
Kalau kita tak halang Jungkook daripada masuk lubang hitam tu sekarang ni, mungkin dia akan bertukar jadi habuk!"
Kesemua bangtan terutama sekali Jimin tergamam mendengar penjelasan Taehyung.
'Macam mana Tae tahu semua benda ni?'
"Aku kan secret agent Diraja," Taehyung menjawab persoalan Jimin.
"Dah! Tak ada masa dah ni. Eun, ingat apa yang oppa cakap tadi?"
Seul Eun menganggukkan kepalanya. Dia mengambil loket daripada tangan Taehyung dan memasuki portal yang dibuat oleh Jimin.
*******
"Gelapnya. Macam mana nak cari dia ni? Uhuk-uhuk,..kenapa banyak sangat asap ni?"
Seul Eun meneruskan misinya walaupun keadaan ketika itu menyukarkan pencariannya.
"Jungkook oppa! Mana oppa?!"
"Si-siapa tu?" Ada suara menyahut panggilan Seul Eun.
"Oppa kat mana?"
"Sa-saya kat sini!" Seul Eun mencari di mana datangnya suara itu dan jumpa!
"Oppa!" Keadaan gelap sebentar tadi bertukar menjadi cerah.
"Si-siapa awak?" Seul Eun meleraikan pelukan dan melihat Jungkook.
'OMG! Op-oppa jadi 16 tahun semula,'
"Kenapa awak pandang saya macam tu?"soalnya.
"Err..umm..oppa-"
"Jangan panggil saya oppa,"pintasnya.
"Umm,..kenal tak siapa saya?"
"Tak,"balasnya.
'Adoii,.apa aku nak buat ni? Macam mana nak buat dia ingat aku semula ni?'
'Jap, Tae oppa kata ni minda dia kan? Mesti memori tu ada sekitar sini,'
Seul Eun bangkit dan mula mencari buih-buih memori yang berada di situ.
"Bukan,..bukan,..bukan,..mana ni?!"
"A-awak cari apa tu?" Jungkook mengekori Seul Eun. Dia tak mahu berpisah daripadanya kerana Seul Eun membuatkan dia rasa selamat. Kenapa ya?
"Saya tengah cari benda,"
"Benda? Apa dia?"
'Baik aku tanya je dia dari tadi. Ni kan otak dia'
"Jungkook-ssi, dekat mana awak simpan memori awak masa hari first fanmeeting BTS?"
"Ouh, tu tersimpan kat dalam bilik kebal. Jom,"jawabnya dengan polos sekali.
Beberapa saat kemudian..
"Ni dia,"
Bilik kebal itu mempunyai pintu gerbang yang sungguh besar dan pastinya kukuh.
'Agak-agak,.otak aku pun ada benda macam ni juga ke?'
"Awak,,.awak,..awak!"panggil Jungkook. Seul Eun tersengih apabila tersedar dia sedang berangan tadi.
"Boleh saya masuk?"
"Kenapa?"
"Aa..tak boleh ke?" Seul Eun buntu. Nak bagi alasan apa?
"Boleh tapi dengan satu syarat. Bagitahu dulu apa nama awak,"
Seul Eun menepuk dahinya sendiri. Patutlah dia tengok aku ni lain macam je. Aku lupa nak perkenalkan diri.
"Nama saya Bae Seul Eun,"katanya dengan harapan Jungkook mempercayainya.
"Sebelum tu, kenapa awak ada kat sini?" Lalu Seul Eun menceritakan apa yang terjadi kepada Jungkook.
Pada mulanya Jungkook berasa sangsi tapi apabila dia melihat Seul Eun yang begitu bersungguh-sungguh. Dia membuka saja pintu gerbang tersebut.
Sekali lagi, Seul Eun berasa kagum kerana terdapat pelbagai buih memori di dalamnya. Bermula dari saat dia lahir sehinggalah waktu terkini.
"Dah jumpa!" Seul Eun membawa buih memori itu secara berhati-hati kepada Jungkook.
"Jungkook-ssi, tengoklah," Jungkook melihat kembali memorinya ketika pertama kali berjumpa Seul Eun.
"Oppa percaya sekarang ni?"soal Seul Eun yang sudah pun bertukar menjadi kanak-kanak.
Jungkook mengangguk sambil menitiskan air mata. Sungguh, dia rindukan saat itu. Seul Eun begitu istimewa dalam diri dia, macam mana dia boleh terlupa?
"Oppa, dengar cakap Eun, okay? Eun nak oppa jauhkan diri daripada mana-mana lubang hitam sampailah Jimin oppa hapuskan benda tu,"
Tiba-tiba angin taufan datang melanda. Mereka berdua tercampak ke dalam angin taufan tersebut dan hampir terpisah. Namun, Jungkook menguatkan lagi pegangannya pada Seul Eun.
"Lubang hitam!" Dari jauh kelihatan satu lubang hitam besar yang sedang menelan kesemua benda yang berada di sekitarnya.
"Eun, kita lompat!"kata Jungkook. Mereka melompat keluar daripada taufan tersebut dan mendarat dengan selamat. Namun lubang hitam itu makin menghampiri.
"Eun, lari!" Akan tetapi, kaki Seul Eun tidak dapat melangkah dengan labih jauh atas faktor ketinggian.
Akhirnya Jungkook mengangkat Seul Eun di belakangnya dan berlari sepantas mungkin.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Aa..aa.."
'Jimin oppa, ppalli!!!'
Seul Eun memusingkan kepalanya ke belakang dan mendapati lubang hitam itu semakin kecil.
"Teruskan berlari oppa. Oppa boleh!" Seul Eun memberikan kata-kata semangat kepada Jungkook.
To be continued
Hahahah. Dapat ke mereka selamatkan diri? Keep follow. XOXO.
-Annyeong^-^
YOU ARE READING
[C] Wings S2: Bogoshipda
FantasyJin membuka matanya dan apa yang dilihatnya adalah sebuah padang yang lapang dan kosong. 'Aku,..dekat mana?' Berjalan dan terus berjalan namun tiada sesiapa pun di situ kecuali dirinya. Dunia apa ni?! Cold and loneliness. The things that I hate th...