0.28 [END]

292 27 8
                                    

~~Edited~~

*****************************************************
"Wah,..Eun, kau nampak cantik giler la hari ni! Sejak bila kau pandai berfesyen ni?" Seul Eun tersipu malu apabila dipuji.

"Sejak..."

"Sejak~..."

"Yah! Sejak apa? Sejak kau ada crush?!" Tekaan Yong Byung mengena dan itu membuatkan Seul Eun semakin malu. Pipinya mulai kemerahan.

"Betul ke?" Yong Byung memperlahankan suaranya apabila sedar ada beberapa ARMY terganggu kerananya.

"Shh! Nanti aku cerita. Dah, jom. Nanti tak pasal-pasal kena bersesak pula kang." Seul Eun terus menarik tangan Yong Byung menuju ke tempat VVIP sementara Yong Byung pula tersenyum ada makna.

'Takpe. Kalau kau tak cerita, biar aku cari sendiri.'

■SKIP■

"Uwaa! Eun, tengok tu! Kakak Hobi oppa cantik, kan? Agak-agaknya apa rahsia dia eh?"

"Issh kau ni. Orang tengah sedih, boleh pula kau fikir benda tu."
Yong Byung mencebik sementara fikiran Seul Eun pula sudah melayang ke tempat lain.

'Eomma, appa, halmeonim..jaljinaeseyo?'

Mata Seul Eun tertumpu pada eomma Jimin.

'Mesti eomma pun cantik macam eomma ChimChim oppa tu, kan? Ke lagi cantik? Hmm,..Eun teringin tengok muka eomma. Honestly, Eun tak berapa ingat sangat muka eomma. Tapi Eun percaya, eomma adalah wanita paling cantik kat dunia ni.'

Kini matanya tertumpu pada appa Jin pula.

'Appa. Harabeoji cakap appa handsome. Dia pun ada cakap muka Eun ni ada iras appa sikit. Appa, jaga eomma baik-baik kat sana tu, eoh? When the time comes, I'll join you guys.'

Tiba-tiba dia ternampak seorang makcik yang begitu iras dengan neneknya. Seul Eun hanya tersenyum.

'Agak-agaknya, halmeonim tengah buat apa kat atas sana ya? Eun curious. Kalau waktu sekarang ni, mesti halmeonim tengah sibuk berkebun dengan harabeoji. Ah! Haritu harabeoji ada cakap dia mimpi tentang halmeonim.

Halmeonim pun rindukan dia eh?'

"Eun, kau fikir apa tu? Lama betul termenungnya. Kau teringatkan orang tu, eh?"

"Issh kau ni. Memanglah aku suka dia tapi tak adalah nak teringat tiap masa."

"Habis tu?"

"Aku..tak ada apa-apa lah." Yong Byung faham sangat dah kalau Seul Eun berkeras tak nak bagitahu.

'Eun teringatkan family dia.'

"Eun, janganlah sedih-sedih. Aku kan ada."

"Aigoo. So sweet~" Seul Eun memeluk bahu Yong Byung. Barangkali Yong Byung dapat agak apa yang dia fikirkan sebentar tadi. BFF la katakan.

*******

Pelbagai lagu, tarian, persembahan solo telah dipersembahkan. Acara pun sudah hampir ke penghujungnya. Kini tibalah masa di mana BTS akan menyanyikan lagu khas mereka.


"ARMY! This song was specially made for you. Enjoy it,"ujar Rapmon.

Lagu dimulakan dengan irama yang sangat unik dan menenangkan.

[C] Wings S2: BogoshipdaWhere stories live. Discover now