Aira menyilang tangannya. Dia memandang satu persatu manusia dihadapannya. Kiko sudah memeluk tangan Aika. Tanpa di sedari, Aika menelan air liurnya. Mirai masih dalam keadaan tenang.
"Mirai."
Mirai hanya memandang tanpa menjawab.
"Kau ingat apa yang korang bertiga perlu buat?"
Mirai hanya mengangguk.
"Good. But remember.. Sesiapa yang menghianat. Dia akan terima padanya." Kata Aira sambil bermain pisau.
Aika, Kiko dan Mirai mengangguk laju.
"Sekarang korang boleh pergi."
Setelah memastikan mereka bertiga benar-benar pergi. Aira memandang tiga orang lelaki berpakaian ninja.
"Aku tak pasti mereka akan simpan rahsia dengan selamat. Mmm.. Korang tahu apa yang korang perlu buatkan? Untuk simpan rahsia dengan selamat?"
Tiga ninja tersebut mengangguk sebelum menghilangkan diri. Aira tersenyum jahat.
AYUMI melangkah masuk ke dalam perut bas. Dia memandang sekeliling. Hanya ada dua tempat duduk kosong. Satu tepi Mirai dan satu lagi tepi... Aira.
Buat apa aku nak duduk tepi minah psiko tu. Baik aku duduk tepi Mirai. Tapi, mana Mira?
Ayumi pun melangkah ke arah Mirai. Dia duduk bersebelahan dengan Mirai. Ya tuhan, lindungilah daku dari bahaya. Doa Ayumi dalam hati.
Mirai hanya beriak tenang. Tiada menunjuk apa-apa riaksi. Aika pun sama kecuali Kiko. Dia nampak gelisah. Aira memerhati Ayumi dari jauh. Mahu saja dia gelak jahat tapi ditahannya. Nanti yang lain fikir bukan-bukan.
"Hati-hati." Kata Mirai separuh berbisik.
Ayumi memandang Mirai.
"Pandang hadapan."
Serta merta Ayumi memandang hadapan.
"Aku nak kau sentiasa berhati-hati. Jangan leka. Aku pun tak tahu yang aku dan yang lain turut terselamat atau tidak. Cuma aku minta satu je. Apa saja kaitan dengan kitorang termasuk Aira. Kau mesti mengelak. Jangan masuk hutan. Faham?" Kata Mirai dengan nada perlahan.
Ayumi mengerut dahi. Apa yang Mirai cuba sampaikan? Ayumi memandang Mirai.
"Apa pandang-pandang?! Kau ada masalah ke dengan aku, hah?!" Tengking Mirai.
Ayumi tersentak. Semua memandang ke arah Mirai dan Ayumi. Cikgu bersuara.
"Mirai, kenapa dengan kamu?" Tanya Miss Song.
"Ayumi ni saem."
"Kenapa dengan Ayumi?"
"Dia ni asik pandang saya. Rimas tahu. Tak pernah tengok orang ke apa?" Adu Mirai.
"Betul ke Ayumi?"
Ayumi mengangguk dengan teragak-agak. Miss Song mengeluh.
"Jangan buat lagi."
YOU ARE READING
Darkest World (K.T.H)
FantasyHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...