Sebaik sahaja Jungkook menuruni Haerin dari dukungannya, Haerin terus meluru masuk ke dalam istana Arrent sambil memanggil Ayumi. Jungkook yang masih kebingungan hanya mengikut langkah Haerin.
"Ayumi! Eodiya?!" Jerit Haerin.
Sekumpulan pengawal menghampiri Haerin dan Jungkook apabila mendengar ada orang menjerit nama permaisuri mereka. Jungkook menghampiri Haerin sambil membuat isyarat kepada pengawal 'semuanya ok'.
Jungkook memegang bahu Haerin. "Bawa bertenang." Kata Jungkook. Hatinya mula berdebar.
"Tak. Saya tak dapat bertenang." Haerin menurunkan tangan Jungkook dari bahunya.
"Ayumi!! Hanako Ayumi!!"
Tidak lama kemudian, Taehyung dan Ayumi muncul dan menghampiri mereka. Jungkook menahan tangan Haerin yang ingin menghampiri Ayumi.
"Kenapa ni Jungkook? Waktu malam hari datang sini? Tak dapat datang siang hari ke?" Tanya Taehyung sambil menguap.
Ayumi menjeling Taehyung. Tak senonohnya suami aku ni.
Ayumi memandang Haerin. "Haerin, kau kenapa?"
Jungkook melepaskan tangan Haerin. Haerin belari ke arah Ayumi. Haerin menangis.
"Ayumi.. Hikss.. Mira.." Bahu Haerin sudah terhinjut-hinjut kerana menangis.
Taehyung memandang Jungkook yang gelisah melihat Haerin menangis. Ayumi menggosok bahu Haerin.
"Mwoga munje ya? (what's wrong)" Tanya Ayumi.
"Mira masih hidup.."
"Apa!" Jerit Ayumi yang membuat Taehyung memandang Ayumi. Serta merta jantung Ayumi berdegup laju.
Jadi, betullah apa yang berlaku malam tadi. Ayumi memandang Haerin.
"H-haerin." Suara aku bergetar.
Haerin memandang Ayumi. Matanya berwarna merah, hidung dan pipinya turun merah.
"Aku tak tahu nak mula dari mana..." Ayumi memandang Taehyung sekilas. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia pandang Taehyung.
"M-mirai.. D-dia dan Aik-ka a-ada kat sini.. Dunia ni." Kata Ayumi.
Haerin membesarkan mata. Haerin berjalan mengundur. Dia terpijak gaun labuhnya dan terjatuh. Nasib baik Jungkook menyambutnya.
Taehyung dan Jungkook tak faham apa yang mereka katakan.
Taehyung menghampiri Ayumi. "Kenapa ni?"
"Museowo." Ayumi menggenggam tangan Taehyung.
"Kau takutkan apa?" Tanya Taehyung.
Ayumi memandang Haerin dan Jungkook. "Buat masa ni.." Ayumi memandang Taehyung. "Tolong benarkan Jungkook dan Haerin tinggal di istana kita? Buat sementara waktu. Boleh?" Tanya Ayumi.
Taehyung tersenyum bila mendengar word 'kita'.
"Boleh."
"Sekejap.. Apa? Kenapa?" Tanya Jungkook. Haerin pun turut memandang Ayumi.
"Seba--"
"PEMBUNUH!!" Tiba-tiba Haerin menjerit sambil menghala jari telunjuknya ke arah seorang.
Ayumi, Taehyung dan Jungkook memandang ke arah yang di tunjuk oleh Haerin. Mata Ayumi membesar.
"Omo!" Ayumi menekup mulut.
"Wae?" Tanya Jungkook dan Taehyung serentak.
"Kau!!" Haerin menghampiri seseorang namun tangannya ditahan oleh Haerin.
YOU ARE READING
Darkest World (K.T.H)
FantasiHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...