Taehyung baru je nak merasa bahagia. Datang pula demon yang merosak kebahagiaan. Kalau diikutkan hati Taehyung, mahu sahaja dia bakar hidup-hidup demon yang menganggu kebahagiannya.
Dehyun dan Sunri menghadap Taehyung... Sekali lagi.
"Kau nak apa lagi, Dehyun?" Tanya Taehyung sedikit dingin.
Ayumi hanya memerhati. Dia pun agak menyampah dengan Dehyun.
"Aku nak menari dengan queen. Dan Sunri akan menari dengan kau."
Ayumi memandang Taehyung dengan pandangan. Saya-tak-nak-menari-dengan-dia.
"Bagi aku sebab kenapa kau nak menari dengan isteri aku? Dan kau tahu apa jawapan aku kan?" Tanya Taehyung sinis. Kali ni Ayumi menyokong kata-kata Taehyung.
Dehyun tersenyum sinis. Sunri memandang Ayumi dan Taehyung dengan pandangan tiada perasaan.
"King tak kan mampu menolak permintaan aku. Tengoklah sekililing King sekarang ni. Semua mata memandang ke arah kita." Kata Dehyun dengan senyuman manis. Dan terselit racun dalam senyumannya.
Buat seketika, Taehyung geram melihat mata yang memandang ke arahnya. Kalau aku bakar tempat ni jangan tanya kenapa ye? Dengan hati yang tidak rela, Taehyung mengangguk.
"Shall we dance, my queen?" Dehyun menghulur tangannya dan Ayumi menyambutnya teragak.
"Shall we dance, my king?" Sunri menghulur tangannya Taehyung menyambut dengan malas.
Sebelum Dehyun dan Ayumi melangkah pergi. Taehyung menarik pegelangan tangan Ayumi.
C H U P P !!!
Bibir Taehyung singgah di dahi Ayumi. Ayumi blushing. Eyyy mamat ni! Boleh pulak dia cium aku!
"Don't cheat on me, dae chagi?" Sempat lagi Taehyung mengenyit mata ke arah Ayumi.
Dehyun memutarkan bebola mata. Dia menarik perlahan tangan Ayumi dari Taehyung. "Jangan risau my king. Dia akan jadi milik king semula pada pukul 12 malam."
"Hmmm.."
DEHYUN dan Ayumi menari. Muzik klasik waltz ke dengaran di setiap ruang ballroom. Jujur Ayumi kata, dia tak reti menari tarian waltz. Jangan kata waltz je. Semua jenis tarian dia tak reti. Dia hanya mengikut gerakkan Dehyun.
Dehyun memandang setiap inci muka Ayumi. Cantik. Ayumi sungguh cantik dengan natural beauty yang Ayumi ada. Bulu keningnya seperti di lukis oleh pelukis yang mahir melukis. Bulu mata yang panjang, lebat dan melentik. Mata yang berwarna biru. Seriously?! Demon bermata biru? Jarang demon ada mata berwarna biru. Wait! Purple? Mata dia ni warna biru ke ungu? Mix colour rupanya. Kulit wajah yang mulus dan mempunyai kulit putih cerah. Muka cute, pipi chubby sedikit tapi body slim. Ahhh!!! Kalau nak list semuanya, tahun depan baru siap. Senang cerita Ayumi sungguh sempurna. Dia umpama bunian atau lebih tepat dewi yang jatuh dari kayangan. Natural beauty with small body. Sekali pandang, macam bisque doll yang sempurna dan nilainya berjuta-juta won! Kali ni aku ada misi baru selain merampas title king dari Taehyung. Aku akan pastikan Ayumi akan jadi milik aku.
"Queen." Panggil Dehyun.
"Hmm?" Ayumi mendongak kepalanya untuk memandang Dehyun.
"Tak menyesal ke?" Nada percakapan Dehyun lain. Lemah lembut, lebih kepada suara yang romantik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Darkest World (K.T.H)
FantasyHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...