Bab 13

52 13 5
                                    

Suasana yang senyap sunyi di istana Raewon. Raewon membaca buku sambil berjalan di ruangan makan. Kelihatan Dehyun menguap. Manakala Sunri hanya menguis makanan dalam pinggan. Entah mengapa hatinya rasa tak tenang.

Raewon mengambil tempat di hadapan Dehyun. "Ayahanda mana?"

Dehyun memandang Raewon. "Eo? Orang tua tu? Entah.. Rumah gensaeng agaknya."

"Oppa manners." Tegur Sunri adik kembarnya.

Dehyun menggolek bebola matanya. "Takde maknanya aku nak hormat dia. Dia main kayu tiga dengan bonda. Kalau ikutkan ha-"

T O K K !! T O K K !!

Raewon memandang ke arah pintu. Begitu juga dengan Dehyun dan Sunri.

Seorang pengawal di raja menghampiri Raewon dengan bungkusan seperti hadiah. Pengawal tersebut memberi bungkusan tersebut kepada Raewon.

"Ni bungkusan untuk Putera Raewon." Kata pengawal.

"Siapa yang kasi?"

"Seorang lelaki berpakaian misteri suruh kasi kepada Putera. Katanya, Putera yang minta."

Raewon mengangkat kening sebelahnya. Dehyun yang dari tadi memerhati terus bersuara.

"Entah-entah tu hadiah dari peminat hyung agak nya." Kata Dehyun.

"Mmm.. Tapi bau ni macam bau Taehyung." Kata Raewon.

"Taehyung?" Sunri memandang ke arah Raewon.

"A'alah kan. Tak kan lah Taehyung minat dekat kau." Kata Dehyun. "Gay agaknya." Tambahnya lagi.

Raewon mengambil sudu dan membaling sudu ke arah Dehyun.

P A K !!

Sudu tadi tepat terkena pada dahi Dehyun.

"Gila kau. Dia tu musuh. Entah-entah dia nak kenakan kita." Kata Raewon.

Sunri merampas kotak dari Raewon.

"Kalau macam tu biar Sunri yang buka."

Raewon dan Dehyun membiarkan Sunri membuka kotak tersebut. Sebaik sahaja Sunri membuka kotak tersebut, tangannya mula menggeletar. Air matanya mengalir tanpa di pinta.

"Wae? Asal kau nangis?" Tanya Dehyun.

"B-bonda."

Raewon menghampiri Sunri. Dia melihat isi di dalam kotak.

"Oh, shit!" Raewon mengetap gigi.

"Wae?"

"Kepala bonda dan.... Jantung." Kata Raewon.

"Jangan kata..."

"Ya, bonda dah tak de lagi." Raewon memeluk badan Sunri. Sunri sudah menangis teresak-esak.

Dehyun menghentak meja mengguna tangannya. "Kau tunggu Taehyung! Kau tunggu!"

JUNGKOOK berjalan menuju ke pintu istananya. Dia menolak perlahan. Kepalanya masih teringat kejadian tadi. Dia tak kan maafkan dirinya dan...

"EUN JUNG!! EUN RI!!" Jerit Jungkook kuat.

Ni semua salah mereka berdua! Aku dah suruh dia orang jaga Haerin dan Ayumi tapi dia orang...

"Ya tuan." Eun Jung dan Eun Ri menundukkan kepala.

Jungkook memandang mereka berdua tanpa perasaan. Jungkook menghampiri Eun Jung dan Eun Ri. Kemudian dia mencekik leher Eun Jung dan Eun Ri serta mengangkat mereka berdua tinggi.

Darkest World (K.T.H)Where stories live. Discover now