Jimin merasa sesuatu yang cuba panjat ke atas katilnya dan memaksanya membuka mata. Dia melihat seorang budak perempuan berumur 4 tahun cuba panjat katilnya yang bersaiz king. Dia memandang isterinya yang nyenyak tidur tu sekilas. Kemudian dia pandang budak perempuan tu semula sebelum duduk.
"Hye Mi buat apa dalam bilik appa ni, sayang?" Jimin mengambil anaknya lalu letak di ribanya.
"Museowo, appa." Katanya seakan-akan hendak menangis.
Jimin memeluk anak perempuan seraya mengusap belakang anaknya.
"Tadi, serigala nak gigit Hye Mi." Kata Hye Mi.
Jimin mengerutkan dahinya. Sejak bila dalam istana dia ni ada serigala? Kalau betullah kan, kenapa pengawal tak tolong anak aku? Kenapa aku tak dengar langsung bunyi salakkan serigala?
"Hye Mi berimaginasi je tu." Kata Jimin cuba menenangkan anaknya.
"Aniya.." Hye Mi menunjuk lengannya.
Jimin terkejut melihat kesan cakaran pada lengan Hye mi. Nasib baik tak dalam dan teruk.
"Serigala tu terkam tangan Hye Mi. Rara eonni tolong Hye Mi tadi dan dia kena babap (makan) serigala." Kata Hye Mi sambil menangis.
Tangisan Hye Mi membuatkan Minha terbangun. Minha menggosok matanya.
"Waeyo, oppa? Hye Mi, kenapa nangis ni sayang?" Hye Mi menangis dalam pelukkan ibunya.
Jimin mencium dahi isterinya. "Tak ada apa-apa."
AUWWOOOO!!
Jimin tersentak dengan bunyi laungan serigala. Minha memandang Jimin kebingungan. Manakala, tangisan Hye Mi semakin kuat.
"Serigala?"
"Chagi tunggu sini. Oppa nak periksa keadaan di luar sekejap." Kata Jimin yang dapat anggukkan dari si isteri.
Sebaiknya sahaja Jimin membuka pintu biliknya, seekor serigala melompat ke arahnya.
"Oppa!" Jerit Minha melihat suaminya di terkam.
Jimin menumbuk serigala dan mematah kepala serigala tersebut. Jimin menghampiri isteri dan anaknya. "Kita kena pergi dari sini."
Baru je Jimin hendak membuka portal. Seorang lelaki muncul dihadapannya.
"Jaewon?"
"Hai, Jimin. Hai, Minha." Kata Jaewon sambil.
Jimin mengetap gigi. "Kau.. Yang buat semua ni..?" Tanya Jimin walaupun dia tahu jawapan nya apa.
"Ya."
"Wae? Kau kan hyung, Namjoon hyung. Kenapa kau buat kawan adik kau macam ni?!" Marah Jimin.
Jaewon tersenyum sinis. "Kau kawan kepada adik aku dan bukan kawan aku. Serang dia!" Kata Jaewon, mengarah sekumpulan serigala menyerang Jimin sebelum dia menghilang.
"Tak guna!" Katanya sambil menendang serigala dan menembak beberapa kuasa angin ke arah serigala.
Minha pun turut menolong suaminya.
"Terlalu banyak." Kata Minha.
Jimin mengangguk. Dia perlu fikir sebelum semuanya tamat.
"Chagi, keluarkan cahaya yang terang. Saya akan bukankan portal dan kita akan keluar dari sini."
Minha mengikut arahan yang telah di beri.
Portal di buka. Minha dan Hye Mi masuk ke dalam portal. Apabila giliran Jimin, seekor serigala menggigit leher Jimin.
YOU ARE READING
Darkest World (K.T.H)
FantasyHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...