Ayumi memandang kawasan sekelilingnya. Pandang yang sangat luas bersama rumput yang menghijau yang sangat segera. Ayumi menghirup udara. Sungguh segar sekali.
"Wah! Segarnya!" Ayumi teruja.
"Tapi... Aku kat mana sekarang ni?"
Ayumi berdiri dan berjalan tanpa hala tuju yang tetap. Kepalanya masih berfikir. Macam mana aku boleh ada kat sini?
Tidak lama kemudian dia berhenti apabila melihat seorang perempuan berdiri membelakanginya. Nugu?
Sebaik sahaja Ayumi melangkah satu tapak menghampirinya. Wanita itu bersuara.
"Hai.. Ayumi."
Hah? Ayumi berhenti. Macam mana dia tahu nama aku? Monolog Ayumi dalam hati.
Wanita tadi berpaling memandang Ayumi. Ayumi tersentak. Wanita tadi tersenyum. Ayumi memandang setiap inci muka wanita di hadapannya. Siapa wanita ni? Kenapa muka wanita ni hampir sama seperti wajah aku? Dan...
"Siapa awak? Saya macam kenal awak. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Tanya Ayumi.
Wanita tu tidak menjawab pertanyaan Ayumi. Sebaliknya dia tersenyum sambil menghampiri Ayumi. Dia menyentuh pipi Ayumi.
"Kamu membesar dengan sempurna." Wanita tadi mengusap pipi Ayumi seraya memeluknya.
Ayumi ingin menghenti perbuatan wanita tersebut. Tapi separuh dirinya membiarkan. Ayumi pun tak faham apa perasaan yang dia rasa sekarang ni.
Satu suara yang halus kedengaran di corong telinga Ayumi.
"🎶Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai🎶.."Aku.. Macam pernah dengar lagu ni..
Dan suara ni.."🎶Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita🎶.."Aku dah ingat. Loket tu.. Takkan lah.. Mustahil..
.. Tapi kalau andaian yang aku buat ni mungkin betul..
Muka wanita ni sama macam gambar dalam loket ni..
.. Dan
Lagu
Yang
Dinyanyikan...
"🎶Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita..Yume wa itsumo sora takaku ar-"
"Okaa-san.."
Wanita tadi berhenti menyanyi dan meleraikan pelukannya. Dia memandang Ayumi. Air matanya mengalir. Tapi, wajah wanita tersebut tidak menunjukkan yang dia sedih sebaliknya... Dia gembira.
YOU ARE READING
Darkest World (K.T.H)
FantasíaHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...