Ayumi duduk di hadapan meja solek. Erza dan Ezra sedang mendandan rambut Ayumi. Eun Jung dan Eun Ri? Mereka berdua tiada di sini. Eun Ri dan Eun Jung bersama Haerin. Ayumi mengeluh.
"Nervous my Queen?" Tanya Ezra.
"Tak. Saya cuma hairan." Kata Ayumi.
"Hairan? Hairan kenapa?" Tanya Erza.
"Banyak-banyak gadis demon yang cantik-cantik molek-molek, kenapa saya di pilih? Saya hanya manusia yang lemah. Cantik? Jauh sekali."
Ezra dan Erza berpandangan. Mereka senyap seketika.
"Ayumi-sama, dengar sini baik-baik. Ini untuk keselamatan Ayumi-sama jugak." Kata Erza.
Tanpa Ayumi sedari, dia menelan air liurnya. Kenapa aku rasa ni bukan sesuatu yang menyenangkan.
"Ramai yang tidak tahu bahawa Ayumi-sama adalah manusia. Hanya saya, Erza, Kyungjo, Jungkook-sama, Jimin-sama, Hoseok-sama, Namjoon-sama, Yoongi-sama, Jin-sama dan Taehyung-sama je tahu. Kalau orang luar tahu. Ayumi-sama akan kena pancung." Ayat yang terakhir sengaja Ezra membuat suara menyeramkan. Hanya sekadar bergurau.
Ayumi memegang lehernya. Buat seketika, dia terbayang kepalanya terpisah dari badan. Mengerikan! Itu tidak boleh berlaku! Aku tak nak mati kena PANCUNG!!
Erza sudah memukul kepala adiknya. "Ish.. Kau ni! Kan dah takut, Ayumi-sama."
Ezra tersengeh sambil mengusap kepalanya. Salah ke?
"Ayumi-sama jangan bimbang. Itu tak kan terjadi. Rahsia tuanku selamat. Saya sanggup mati daripada membongkarkan rahsia tuanku." Kata Erza dengan yakin seyakin yakinya. Ezra turut mengiyakan kata kakak kembarnya.
"Arigatou gozaimasu!! Erza-chan! Ezra-chan! Arigatou!" Ayumi memeluk Ezra dan Erza.
Mereka terpaku sebentar. Tindakkan Ratu mereka benar-benar membuat mereka terkejut. Belum pernah sesiapa, ratu atau puteri memeluk mereka sebagai tanda terima kasih atau apa. Bahkan dengan panggilan 'chan' pun tak pernah. Tapi, Ayumi... Gadis ni memang lain dari yang lain.
Ezra dan Erza membalas pelukkan Ayumi sambil tersenyum. "Sama-sama."
"Ayumi-sama... Tak geli ke peluk kami?" Tanya Erza.
"Kamikan orang bawahan. Malah maid. Tuanku tak kesah ke?" Tambah Ezra.
Ayumi mengerut dahi? Kesalahan besar ke peluk orang bawahan? "Kamu berduakan orang. Bukannya sampah sehingga saya jijik dengan kamu. Tapi, satu kesalahan ke, jikalau orang atasan peluk orang bawahan?" Tanya Ayumi.
Erza dan Ezra berpandangan sebelum menggelengkan kepala.
"Bagus lah kalau macam tu. Tapi kenapa kamu berdua tanya saya macam tu, macam saya buat kesalahan besar." Kata Ayumi.
"Tak ada apa-apa. Cuma ni kali pertama je." Kata Ezra.
Ayumi mengangguk kepalanya. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran.
YOU ARE READING
Darkest World (K.T.H)
FantasyHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...