Bab 11

67 11 10
                                    

Taehyung menghampiri Ayumi seraya menghulur tangannya.

"*가자."

"Huh?" Ayumi blur seraya memandang Taehyung. "Kita nak ke mana?"

"Honeymoon."

        AYUMI dan Taehyung tiba di suatu tempat. Atau lebih tepat di hadapan pintu gerbang yang teramat besar. Pintu istana je pun.

"Kita kat mana sekarang ni?" Tanya Ayumi.

Buat seketika dia hairan. Kata berbulan madu. Tapi beg pakaian tak ada. Oh lupa. Mamat ni kan dah jadi raja. So, dia ada duit nak beli baju.

"Kita sekarang ni kat Twilight Kingdom." Balas Taehyung.

Twilight Kingdom? Macam pernah dengar je tempat tu sebelum ni. Mmmm.. Tak penting kot.

Tiba-tiba pintu gerbang di buka dari dalam. Muncul dua wajah di sebalik pintu gerbang tersebut.

"Hohohoho.. Welcome to my kingdom, my lord." Jungkook menunduk hormat.

Apa yang dia dapat? Hanya sebuah ketukkan di kepala dari Taehyung.

"Tak payah baku sangat bahasa tu."

Jungkook tersengih sambil menggosok kepalanya. Haerin dan Ayumi berpandangan.

"Haerin-ah.. Bawa Ayumi ke dalam dulu. Oppa nak bawa chingu oppa jalan-jalan." Kata Jungkook.

Haerin mengangguk kepala seraya menarik tangan Ayumi. Sebelum beredar, Ayumi sempat memandang ke arah Taehyung. Taehyung? Dia hanya memberi senyuman semanis madu.

D U B !!

Tiba-tiba muka Ayumi terasa panas. Ayumi menarik tangan Haerin dan beredar dari situ.

Setelah memastikan tiada siapa di situ. Jungkook dan Taehyung berjalan hendak ke suatu tempat. Di sepanjang korido, Taehyung memandang sekeliling. Dia tersenyum. Banyak betul perubahan di sekitar istana Jungkook. Nampak lebih ceria berbanding dahulu.

"So, Jungkook.. Kau macam mana?" Tanya Taehyung.

"Huh? Macam mana, apa?" Jungkook memandang Taehyung.

"Banyak betul perubahan kat istana kau termasuk diri kau." Kata Taehyung.

Jungkook tersenyum. Kau pun sama Taehyung.

"Seingat aku lah kan. Kau kan benci bunga? Macam mana..." Taehyung menunjuk taman bunga yang berhampiran dengan mereka.

"Oh, yang tu. Haerin punya. Dia suka bunga. Sebab tu aku tanam." Kata Jungkook.

Taehyung tersenyum sinis 😏. "Baru seminggu Jungkook, kau dah jatuh cinta. Seriously?"

Jungkook mencebik. "Heh! Kata aku lebih, kau cermin diri kau tu dulu. Sebelum kata aku. Kau apa kurangnya.😑"

Taehyung berhenti seraya memandang Jungkook. Begitu juga Jungkook.

"Aku?"

Jungkook mengangguk kepala.

"Ak-"

"Hah! Elok sangatlah korang berdua ni. Sudah lah lambat, berhenti pulak kat situ." Celah Jimin.

Taehyung dan Jungkook menjeling Jimin.

"Jeling jeling.. Cucuk biji mata tu kang." Kata Jimin.

"Cucuklah kalau berani." Cabar Jungkook.

"Sudah! Jangan bergaduh. Taehyung." Panggil Jin.

"Dae hyung." Taehyung memandang Jin.

"Hyung baru dapat info dari Yoongi yang perempuan tu tengah bersendirian di sekitar kawasan ni." Kata Jin.

Darkest World (K.T.H)Where stories live. Discover now