Ayumi semakin teruja apabila dia melalui setiap gerai yang terdapat di festival tersebut. Dari pagi sehinggalah malam, Ayumi dan Taehyung berada di festival tersebut. Macam-macam permainan mereka berdua main dan macam-macam makanan mereka rasa. Mereka ketawa bersama-sama. Kelihatan pasangan yang bahagia, yang sedang di lamun cinta. (memang pun)
Tiba-tiba Ayumi berhenti. Taehyung pun turut berhenti. Dia memandang Ayumi.
"Wae?" Tanya Taehyung.
Ayumi tidak menjawab sebaliknya menunjuk ke arah sesuatu. Taehyung memandang ke arah yang ditunjuk oleh Ayumi. Dahinya berkerut. Roller coaster? (entah betul ke tidak ejaan nya)
"Kau nak naik benda tu?" Tanya Taehyung.
"Tak lah."
"Kalau macam tu.. Asal kau tunjuk kat sana?"
"Tu.. Saya cuma hairan je. Bukan ke sepatutnya permainan tersebut kat tempat taman tema ke? Kenapa boleh ada di sini? Awak tak hairan ke?" Tanya Ayumi.
Taehyung menangkat bahu. Ayumi mencebik. Manakala dalam hati Taehyung berkata, A'alah kan. Buat apa benda tu kat sini?
TENG !! TENG !! TENG !!
Ayumi dan Taehyung memandang kehadapan sebaik sahaja mereka terdengar bunyi sesuatu.
"Bunyi apa tu?" Tanya Ayumi.
"Entah."
Ayumi dan Taehyung berjalan ke arah bunyi. Bukan mereka berdua sahaja, ramai jugak demon dan pasangan mereka pergi ke arah bunyi tersebut. Dari riak wajah mereka, mereka kelihatan gembira. Seolah-olah mereka kenal bunyi tu.
Seorang lelaki berpakaian kemas dan bergaya memegang mic. MC barangkali.
"Selamat datang ke dating game. Peraturan game ni senang je. Pasangan kekasih atau tunang atau suami isteri hendak lah berpegangan tangan dari awal sehingga akhir permainan ni. Sesiapa yang tidak berpegangan tangan atau tidak sengaja terlepas tangan akan tersingkir. Sesiapa yang ingin menyertai permainan ini, sila masukkan lima syiling perak dalam tabung ni." Terang MC tersebut dengan panjang lebarnya.
Ayumi terangguk-angguk. Hmm.. Kalau aku ajak Taehyung main permainan ni dia nak tak? Sudah-sudah lah tu Ayumi. Kau lupa ke? Di kahwin dengan kau sebab dia nak naik takhta. Dan aku kena paksa. Haih! Baik aku bla. Aku ni terlalu mengharap.😞
"Awak, jom kita pergi sana." Kata Ayumi tanpa memandang Taehyung.
Senyap~
"Awak?" Ayumi toleh ke kiri.
"Aik? Mana mamat ni?" Ayumi memandang sekeliling.
Takde. Taehyung dah takde kat sini. Jantung Ayumi mula memainkan peranan.
DUB ! DAB ! DUB ! DAB !
Ni plan dia ke? Ayumi mula berjalan sambil mata memandang sekeliling. Tinggalkan aku di sini? Ayumi masih lagi tidak jumpa Taehyung. Selepas dia buat aku gembira, dia tinggalkan aku.
DUB ! DAB ! DUB ! DAB !
Kau memang kejam.
Ayumi duduk mencangkung. Dia dah tinggalkan aku. Matanya mula berasa panas. Lama-kelamaan, satu cecair mengalir.. Dari mata turun ke pipi. Ayumi menyembam mukanya pada lutut kakinya. Kalau aku tahu ni yang akan terjadi.. Aku tak kan ikut dia ke sini. Makin laju air mata Ayumi mengalir.
Berharap. Ye, aku terlalu berharap. Akhirnya aku kecewakan hati sendiri.
Ayumi merasakan satu tangan menepuk bahunya. Ayumi mendongakkan kepalanya. Bila matanya bertentang dengan mata seseorang, air matanya mengalir dengan laju.

ANDA SEDANG MEMBACA
Darkest World (K.T.H)
FantasyHANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati dan dengki terhadap dirinya. Ayumi tidak mempunyai keluarga. Dia membesar di rumah anak yatim piatu. Suatu hari, Ayumi kena kidnap oleh orang...