Bab 4

77 13 5
                                    

Taehyung berjalan mundar-mandir. Dia perlu buat keputusan yang tepat. Pergi ke kerajaan Moonlight atau tak payah pergi. Kalau tak pergi dia tak ada calon.

Haih! Taehyung mengusut rambutnya. Stress!

Jungkook yang memerhati Taehyung berjalan mundar-mandir, mula bersuara. "Kau ni, Taehyung. Apa masalah kau? Pergi je lah. Bukan susah pun. Nak cakap jauh. Dekat je kerajaan moonlight tu."

Taehyung menjeling Jungkook. Jungkook menggolekkan bebola matanya. Jimin mengeluh.

"Kang kalau dia pergi, dia kena tangkap macam mana? Macam lah kau tak tahu. Kerajaan Moonlight tu Jungkook. KERAJAAN MOONLIGHT." Jimin pula bersuara.

"Engko ni. Cakap tak berfikir." Kutuk Yoongi.

Sabar Jungkook, sabar. Ni lah cubaan untuk kau hadapi orang-orang yang tidak berakal. Eh? Orang ke mereka? Demon-demon seperti mereka 😒. Ye, demon tidak berakal.

Jungkook menarik nafas dan hembus dengan perlahan. "Listen, kau pergi sana bukan nak berkenalan dengan mereka dan bukan juga nak hantar diri kau. Kau ke sana nak cari calon isteri. So, kau kena pergi ke kerajaan moonlight senyap-senyap. Kata lain bagi senyap ialah MENYELINAP MASUK. Arachi?"

Buat seketika mereka tercengang. Jungkook memutarkan bebola matanya.

"Uri maknae dah matang." Hoseok menepuk lembut bahu Jungkook.

"Idea Jungkook masuk akal." Kata Jin. Namjoon mengiya kata-kata Jin.

"Siapa yang tak ada akal untuk berfikir. Hah, Yoongi hyung, Jimin?" Jungkook menjongket keningnya berkali-kali.

Jimin menggolekkan bebola matanya. Yoongi pula mencebik.

"Kalau macam tu. Aku nak salah seorang dari korang berenam ikut aku menyelinap masuk ke kerajaan moonlight." Kata Taehyung.

"Kami sebulat suara memilih Jungkook untuk teman kau pergi ke kerajaan moonlight." Kata Jin. Namjoon, Jimin, Yoongi dan Hoseok menganggukkan kepala tanda setuju.

Jungkook tercengang. Matanya di kelep-kelep berkali-kali. Seriously?

"Why me? Naega wae?" Jungkook melutut dengan penuh dramatic.

Taehyung mengeluh. Harap-harap rancangan berjalan dengan lancar.

"Sebab..." Jimin melutut gaya pahlawan menghadap raja di hadapan Jungkook seraya memegang bahu Jungkook. "Kau yang memberi idea yang begitu BERNAS. Maka dengan itu kau ikut Taehyung MENYELINAP MASUK ke dalam kerajaan moonlight."

Jungkook menjeling Jimin. Haih! Jungkook berdiri dan menepuk-nepuk lututnya, membuang debu. "Nak tak nak kena pergi jugak. Manalah tahu kan. Aku temu jodoh aku kat sana nanti. Bolehlah korang makan nasi minyak."




















         TAEHYUNG dan Jungkook berjaya melepasi beberapa pengawal tanpa mereka sedar. Taehyung masuk ke dalam hutan. Jungkook yang hairan melihat Taehyung masuk ke dalam hutan, hanya mengekorinya.

"Psst.. Taehyung." Jungkook memandang sekeliling. "Kim Taehyung."

"Hmm." Taehyung masih meneruskan perjalanannya.

"Kau kenapa jalan masuk hutan? Sepatutnya kita pergi pekan. Dekat situ ramai gadis."

Sebenarnya, Taehyung sendiri tak tahu kenapa dirinya jalan masuk ke dalam hutan. Dia hanya mengikut kakinya yang membawa masuk ke dalam hutan. Seolah-olah ada satu daya tarikkan yang menarik dirinya ke suatu tempat. Dia sendiri pun tidak tahu.

Jungkook yang geram kerana Taehyung mengendah setiap soalan yang dia beri. Jungkook menarik tangan Taehyung.

"Oi! Kita nak ke mana sebenarnya, Kim Taehyung?"

Darkest World (K.T.H)Where stories live. Discover now