Bab 1 : Pengenalan

379 12 8
                                    

           

Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis manusia. Ada yang happy go lucky, pendiam, yang banyak cakap, yang selalu beremosi, yang suka ketawa, yang suka menangis, yang feminis, eh tak, aku main-main je. Habislah aku kalau feminis yang baca cerita ni. Okay-okay, balik semula pasal bermacam jenis manusia tadi. Hah, ada orang percaya kat dunia ni ada dua jenis manusia je iaitu lelaki dan perempuan. Aku pulak percaya kat dunia ni ada macam-macam jenis manusia macam yang aku sebut tadi.

Disebabkan ada pelbagai jenis manusia, maka pelbagai jenis cerita jugaklah yang pernah aku dengar, alami dan baca. Dan pelbagai jenis manusia jugalah yang telah aku jumpa sepanjang hidup. Kau percaya tak kalau aku kata dalam dunia ni ada ramai pembunuh yang tak dibawa ke muka pengadilan lagi? Tak percaya? Heh, aku dulu pun tak percaya. Tapi lepas apa yang aku lalui, aku rasa betullah. Membunuh tak semestinya akan masuk penjara, tapi dengan syarat kau kena licik. Ataupun, kau jadi orang berpengaruh dan banyak duit.

Kau percaya tak ada makhluk lain yang tinggal dalam dunia ni selain dari kita? Ah yang ini mesti ramai percaya. Aku dulu selalu rasa benda macam ni mengarut. Tapi, sudah ditakdirkan Tuhan, sesuatu terjadi dalam hidup aku dan aku mula rasa aku kena percaya dengan kewujudan makhluk lain ni.

Kau percaya cinta? Bila kau baca perkataan cinta tadi, siapa orang pertama terlintas dalam fikiran kau? Mak? Abah? Tuhan? Pakwe atau makwe korang? Jangan kata kau bayangkan aku pulak bila kau baca perkataan cinta tadi. Aku ini bukan sesiapa. Aku cuma tukang cerita aje. Kau percaya kalau aku kata ada macam-macam kisah cinta dalam dunia ini? Eh kalau dah kau percaya cinta, mestilah kau percaya dengan pelbagai jenis kisah cinta kan? Ya, aku selalu rasa cinta itu karut. Tapi sebabkan dunia yang serba luas ini, aku mula percaya bahawa kuasa cinta itu sangat hebat kerana aku telah dipertemukan dengan beberapa kisah cinta yang aku kagumi sampai aku membuat keputusan untuk berkongsi kisah ini dengan kalian semua.

Sebenarnya ada banyak lagi soalan "kau percaya tak" yang aku teringin nak tanya korang. Tapi nanti jadi macam spoiler pulak. So, aku tak nak buang masa, aku nak mulakan kisah pertama. Kisah seorang guru. Apa cerita guru ini? Oh, aku dengan guru ini merupakan acquaintance. Apa benda entah acquaintance ini dalam Bahasa Melayu. Kenalan aku rasa. Aku terjumpa dia sewaktu sedang enak mengopi sendirian di Starbucks. Dia yang datang tegur aku dulu, dan kebetulan aku ingat-ingat lupa nama dia, jadi, dia pun kenalkan diri. Baru aku teringat yang kami pernah melepak bersama beberapa kali bersama rakan-rakan lain. Dia ini merupakan kawan kepada seorang kawan aku yang lain, jadi, dari situlah kami berkenalan.

Mula-mula kekok juga rasa sebab aku ini jenis pendiam dan tak banyak cakap dengan orang aku tak berapa kenal. Tapi, mungkin disebabkan dia seorang cikgu dan cikgu ini bijak berbicara, sedar-sedar sudah sekotak rokok dan secawan Caramel Macchiato Venti habis sebab melayan guru ini berbual. Tetapi maaflah, nama sebenar guru ini terpaksa aku rahsiakan. Biar aku gelar dia Seri sahaja.

                Apa cerita tentang Cikgu Seri ini? Teruskanlah baca dalam bab seterusnya.

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now