To be honest, watak 3 orang lelaki itu memang aku ambil nama dari ic mereka yang ada pada aku. Dan, aku masih simpan lagi ketiga-tiga beg duit itu walaupun aku yakin benar kalau polis jumpa aku dengan 3 beg duit itu ada kemungkinan aku ditangkap dan ditahan atas tuduhan membunuh. Lepas balik dari rumah lelaki itu, aku sedaya upaya cuba mengelak dari minum black pearl yang ada dalam air itu. Entah kenapa, aku sendiri tak tahu. Aku geli. Aku terbayang biji mata tiga orang lelaki yang mati di rumahnya malam itu.
Kau bayangkan, kalau sebelum itu, aku ini boleh dikatakan seorang penggemar milk tea atau milkshake campur black pearl, tetapi selepas malam itu, nak tengok black pearl itu pun aku dah rasa geli. Nasib baiklah air di Starbucks tak ada pearl. Tak adalah aku terbayang kejadian malam itu.
Aku masih terhidu bau hamis darah manusia kadang-kadang. Tetapi aku yakin itu hanyalah perasaan aku semata-mata. Dan raya baru-baru ini, aku langsung tidak menjamah rendang daging yang nenek aku buat sebab aku teringatkan lelaki itu.
Rendang peha orang. Kepala otak dialah. Dan ketika takbir bergema pada malam raya, aku mula membayangkan entah peha siapa yang lelaki itu lapah untuk dijadikan rendang daging. Dan biji mata siapa pula dia cungkil untuk dijadikan black pearl dalam minumannya.
Oh ya, disebabkan Starbucks tak ada black pearl, jadi kekerapan aku melepak Starbucks semakin tinggi. Ya, maaf kalau aku menjadi salah seorang penyumbang peluru kepada Yahudi. Tapi, percaya tak kalau aku kata sekali lagi aku terserempak dengan Cikgu Seri di Starbucks yang sama? Ya, dan sekali lagi Cikgu Seri berkongsi cerita dengan aku. Ini bukan kisah pembunuhan. Tenang. Ini tentang kisah dua orang sahabat baik. BFF.
Dan dengan ditemani Mocha Frappucino, sekali lagi aku khusyuk mendengarkan cerita dari mulut Cikgu Seri...
YOU ARE READING
Manuskrip Seorang Penulis
Mystery / ThrillerAda kisah dalam ini yang korang pernah baca dalam Koleksi Cerpen Shasha, tapi, ini adalah kisah lengkap kehidupan seorang manusia yang hadap semua cerita-cerita misteri, tragis, seram dan sedih yang ada dalam Koleksi Cerpen Shasha, so, enjoy. Warnin...