Bab 9 : Qistina

88 14 0
                                    

           

Jadi, apa pendapat anda tentang persahabatan dua gadis tadi? Sejati bukan? Itulah namanya best friend forever. Bagaimana Cikgu Seri dapat tahu tentang kisah ini? Qistina dan Husna merupakan murid di sekolah tempat Cikgu Seri mengajar. Jadi, sebab itulah dia tahu tentang kisah ini.

                Ya, Cikgu Seri itu memang guru kaunseling untuk tingkatan 6 sahaja. Tetapi pada satu hari, sewaktu Husna datang ke bilik kaunseling, cikgu kaunseling yang lagi seorang itu MC. Jadi disebabkan Cikgu Seri tengah free dan sudi membantu Husna, maka dari situlah dia dapat tahu kisah Husna dan Qistina.

                Cikgu Seri kata dia yang beri nasihat kepada Husna supaya jangan sewenang-wenangnya meninggalkan seorang kawan baik hanya kerana dia berperangai aneh. Mujurlah Husna itu jenis mendengar kata, maka segala kata nasihat Cikgu Seri meresap di dalam hati dan dia tidak meninggalkan Qistina.

                Aku ada juga tanya, Qistina itu betul ke manusia, manalah tahukan kalau Qistina itu bukan manusia. Maklumlah, selepas pertemuan aku dengan Daniel dan lelaki misteri si pemakan daging manusia itu, aku semakin sangsi dengan manusia-manusia aneh di sekeliling aku.

                Kata Cikgu Seri, Qistina itu tidak ada apa yang aneh melainkan kegilaannya terhadap katak. Dia sendiri tidak pasti apa yang mendorong gadis itu untuk memakan katak. Qistina itu pelajar contoh dan pintar di sekolah. Dia sendiri telah beberapa kali berjumpa Qistina secara peribadi selepas Husna meluahkan masalahnya.

Cikgu Seri pernah mengadakan sesi one on one bersama Qistina. Ketika itu dia meminta agar Qistina menceritakan tentang permulaannya terjebak dengan memakan katak. Pada mulanya gadis itu keberatan, bimbang dia dituduh gila dan akan dihantar ke mana-mana hospital sakit jiwa, tetapi Cikgu Seri memberi jaminan bahawa Qistina tidak akan diapa-apakan.

                Menurut Qistina, ahli keluarganya tidak seorang pun yang tahu tentang perangai anehnya. Lagipun kata Qistina, apa salahnya kalau dia makan katak, ada juga orang lain makan katak. Qistina kata, dia sendiri pernah melihat rakannya yang berbangsa lain memakan katak, jadi dia rasa tidak salah dia mencuba. Dan selepas mencuba, Qistina rasa dia sukakan katak yang mentah. Jadi sejak itu dia selalu mencari katak di kawasan paya berdekatan rumahnya secara sorok-sorok.

Aku pinta supaya Cikgu Seri hentikan cerita pasal Qistina di situ kerana perut aku sudah mula memulas dan mual. Cikgu Seri hanya tersenyum dan mengangguk sahaja sebelum kami bersambung berborak tentang topik lain. Aku ada juga bertanya kepada Cikgu Seri, kenapa ceritakan semua kisah aneh ini kepada aku, jawapan Cikgu Seri mudah.

                "Sebab awak suka mendengar. Dan saya dapat tahu awak ni penulis." Ah, malaun mana bawa cerita yang aku ni penulis entah?

                "Jadi, cikgu rasa cerita cikgu ini saya boleh ceritakan pada orang dalam bentuk penulisan?"

                "Terpulanglah pada awak samada nak ceritakan atau nak simpan sendiri." Balasnya lagi.

                Selepas mendengar tentang kisah dua orang rakan baik ini, aku mula membayangkan rakan-rakan rapat aku. Agaknya ada tak yang sudi terima aku kalau aku seorang pemakan katak? Jangankan kekasih, kawan pun lari aku rasa.

                Sebut tentang kekasih, teringat tentang sebuah kisah cinta. Ini bukan kisah cinta aku, ini kisah cinta orang lain. Kisah cinta siapa? Nanti, aku akan ceritakan lepas kisah ini tamat. Sementara itu, apa kata korang baca dulu kisah cinta ini.

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now