Bab 8 : BFF

110 13 0
                                    

           

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Cikgu Rosli, guru matapelajaran Bahasa Melayu kelas tingkatan 4 Sains 2 mengemas buku-bukunya di atas meja.

"Baiklah jangan lupa hantarkan nota yang saya minta itu minggu depan. Terima kasih kelas!"

"Terima kasih Cikgu Rosli!" Masing-masing bergegas menuju ke kantin. Husna berjalan beriringan dengan Qistina menuju ke kantin.

"Eh lepas rehat ni waktu apa eh?" Husna bertanya. Husna memang pelupa. Qistina selaku sahabat baik selalu menjadi tempat bertanya soalan yang dianggap remeh olehnya itu.

"La, dah setengah tahun sekolah pun kau lupa? Biologi lah! Cikgu Agnes kata harini masuk lab, kita bedah katak!" Jawab Qistina, dia kelihatan teruja. Husna tahu dia memang suka subjek itu.

"Katak? Euw, loyanya. Tak selera aku nak makan." Ketika itu mereka sudah duduk di kantin. Di meja tersebut turut kelihatan beberapa orang pelajar dari kelas sebelah yang mereka kenal.

"Mengadalah kau ni, dahlah aku nak beli mee sup ni. Kau nak kirim apa-apa tak?" Qistina masih berdiri di hadapan Husna.

"Belikan karipap jelah 3 biji." Husna menghulurkan RM1 kepadanya, Qistina menyambut dan beredar.

"Aku dengar lepas ni korang waktu Bio ye Diana?" Tegur Putri, yang duduk semeja dengan Husna. Husna mengangguk.

"Good luck bedah katak. Nasiblah kelas kami dah lepas. Kau tahu si Rashid haritu muntah masa nampak katak mati tu. Tak memasal kena stayback lepas kelas Bio sebab Cikgu suruh bersihkan makmal."

"Aku harap aku tak muntahlah. Nak makan pun selera macam dah putus ni." Balas Husna. Kelibat Qistina kelihatan membawa semangkuk mee sup dan 3 biji karipap di dalam plastik. Qistina duduk di sebelah Husna dan tanpa membaca bismillah terus menyuap mee ke dalam mulut. Buruk betul perangai anak dara sorang ni. Bisik hati Husna.

"Kau kenapa tak makan karipap tu?" Tiba-tiba dia menegur apabila melihat karipap yang Husna kirim tadi masih tidak berusik.

"Tak ada seleralah Qis. Balik nantilah aku makan." Qistina diam. Dia terus menyambung suapan mee sup sehingga selesai.

***

Masing-masing sudah duduk di meja makmal. Kelihatan katak yang sudah terbelah terkangkang di hadapan Husna. Qistina di sebelah nampak teruja. Biasalah, orang nak jadi doktor, mestilah seronok bila ada eksperimen bedah katak ni. Qistina juga amat menggemari mata pelajaran Biologi dan merupakan pelajar terbaik subjek itu dalam kelas kami. Eksperimen hari itu berjalan dengan lancar. Mujurlah Husna tak termuntah. Qistina banyak membantunya sewaktu eksperimen itu.

Akhirnya loceng berbunyi menandakan kelas Biologi pada hari itu telah tamat. Yes! Goodbye katak! Setelah mengemas meja, Husna berjalan meninggalkan makmal. Eh, mana Qistina? Husna menoleh dan lihat Qistina masih menulis sesuatu di dalam buku nota. Pasti dia sedang menyiapkan nota yang diberi Puan Agnes. Haih, rajin sangatlah Qistina ni.

"Qis, nantilah sambung dalam kelas." Husna menegur.

"Eh kau baliklah kelas dulu Una. Kejap lagi siap aku keluarlah. Tak payah tunggu aku." Tanpa membalas kata-katanya, Husna beredar meninggalkan blok makmal dan berjalan sendirian menuju ke kelas.

***

Rrrrrrrinnnngggggg!!!!

Loceng waktu rehat berdering panjang. Hari itu guru Pendidikan Islam kelas mereka tidak masuk ke kelas, jadi sejurus selepas loceng berbunyi, Husna dan Qistina terus berjalan menuju ke kantin.

Hari ini Qistina membawa bekal ke sekolah. Qistina memang suka bawa bekal ke sekolah. Kadang-kadang mereka berkongsi bekalan yang dibawanya.

"Hari ni lauk apa pulak kau bawak ni?" Husna menegur apabila melihat tupperware berbentuk segi empat sama yang dipegang Qistina itu.

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now