Bab 2 : Cikgu Seri

193 19 5
                                    

Sepanjang aku bergelar guru kaunselor di sekolah ini, pelbagai luahan dan masalah pelajar yang aku dengar. Oh ya, aku guru kaunselor tingkatan 6. Memang tugas aku adalah membimbing pelajar-pelajar tingkatan 6 sekolah ini dalam menentukan arah tuju mereka selepas tamat
pengajian di sekolah ini. Mereka boleh berjumpa denganku bila mereka ada waktu terluang.

Kebanyakan mereka akan berjumpa denganku selepas waktu sekolah. Ada juga yang meluangkan waktu rehat mereka di bilik kaunseling ini. Aku tidak kisah, aku gemar berbual dan bercerita dengan mereka. Aku juga pernah menjadi pelajar tingkatan 6, aku faham apa yang mereka lalui hari-hari.

Selain dari masalah dalam pembelajaran, ada juga yang berjumpa denganku bercerita tentang masalah cinta, masalah keluarga dan konflik dengan rakan-rakan. Selalunya hanya masalah biasa seperti tidak mampu menumpukan pelajaran kerana baru putus cinta, ada yang berjauhan dengan kekasih dan pelbagai masalah lagi. Aku tidak kisah jika mereka ingin bercinta. Lagipun mereka sudah cukup umur. Asalkan mereka tahu batas, aku tidak pernah menghalang. Lagipun aku hanya guru mereka.

Pada satu hari, aku didatangi seorang pelajar perempuan. Wajahnya murung. Matanya bengkak. Dan apa yang lebih menghairankan aku ialah dia datang sewaktu sesi pembelajaran masih berlangsung. Aku jadi hairan. Berat benarkah masalah gadis ini? Aku rasa aku tidak kenal pelajar ini. Mungkin sebelum ini dia memang tidak pernah berjumpa denganku.

"Cikgu, boleh saya bercerita sesuatu dengan cikgu?" Pelajar itu membuka mulut sebaik sahaja aku mempersilakannya duduk di hadapanku.

"Boleh saya tahu nama awak dulu sebelum tu?" Aku perlu tahu namanya supaya lebih mudah sesi ini berjalan.

"Nama saya Aini cikgu. Saya dari kelas 6 Rendah Sastera 1." Balas gadis itu.

"Okay Aini, ada apa yang saya boleh bantu? Dan boleh saya tahu kenapa awak datang jumpa saya waktu ini? Awak sepatutnya ada kelas kan?"

"Saya dah tak tahan lagi cikgu. Saya dah tak tahu nak cerita pada siapa." Air mata Aini mula mengalir membasahi pipinya. Kotak tisu di tepi meja aku hulurkan kepadanya. Aini mengambil dan mengucapkan terima kasih kepadaku.

"Kenapa ni Aini?"

"Saya malu cikgu. Saya berdosa dengan Tuhan. Saya berdosa dengan mak bapak saya. Saya tak sanggup nak teruskan belajar disini cikgu. Tapi sebelum saya pergi dari sekolah ni, saya perlu seseorang untuk dengar cerita saya."

"Teruskan Aini." Balasku. Aku mula rasa tidak sedap hati.

"Saya dirogol cikgu. Saya dah tak suci. Maruah saya dah kena rampas. Apa saya nak buat ni cikgu? Saya dah tak boleh teruskan hidup macam ni." Semakin kuat tangisan Aini. Aku tergamam. Gadis di hadapanku dirogol?

"Awak kenal perogol awak?" Entah kenapa soalan itu yang muncul di bibirku. Tetapi aku rasa aku perlu bantu gadis ini.

"Saya kenal sangat dia cikgu. Dia pelajar sekolah ni." Balas Aini.

"Siapa nama dia?" Aku semakin berdebar. Ini kes berat ni.

"Ilham cikgu." Aku ternganga. Aku kenal Ilham.

"Bila dan dimana tu Aini?"

Lalu Aini mula menceritakan kepadaku detik-detik hitam yang berlaku dalam hidupnya. Aini menghadiri sebuah private party anjuran seorang rakannya. Disitu dia berjumpa dengan Ilham. Dan malam itu, dia pulang bersama Ilham. Ilham janji ingin menghantarnya pulang tetapi dalam separuh perjalanan, Ilham melencong ke sebuah rumah kosong. Disitu, Aini dipaksa untuk menanggalkan pakaiannya.

Aini ingin lari namun Ilham mengugutnya dengan sebilah pisau. Dan tanpa rela, Aini menyerahkan kehormatannya kepada Ilham pada malam itu. Apa yang lebih menjijikkan ialah selepas itu, Ilham turut merakam gambar Aini dalam keadaan bogel. Ilham mengugut akan menyebarkan gambar itu jika Aini membuat laporan polis.

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now