Hah, macam mana dengan cerita cikgu kaunseling tu? Kau rasa siapa pembunuh sebenarnya? Linda atau Cikgu Seri itu? Linda dah mati, tapi Cikgu Seri masih kekal menjadi guru kaunseling di sekolah yang sama sehingga hari ini. Nampaknya, kematian Linda langsung tidak memberi kesan kepada guru ini.
Aku ada juga secara tak sengaja bertanya Cikgu Seri selepas kejadian itu, ada ke dia suruh pelajar dia bunuh orang lagi. Dia kata tidak. Itulah kali pertama dan terakhir dia beri cadangan kepada pelajar supaya bunuh orang. Dan dia gembira kerana berjaya menyelamatkan gadis-gadis di sekolah dan daerah itu dari seorang perogol yang mempunyai pengaruh besar di daerah itu.
Aku tanya, dia tak ada terfikir ke nak bunuh ketua polis daerah yang tak amanah tu. Jawab Cikgu Seri, ketua polis daerah tu mati gantung diri sebab kecewa dengan kematian anaknya. Yang aku hairan, macam mana cikgu kaunseling itu boleh describe kematian ketua polis itu dengan terperinci.
"Mayatnya tergantung di dalam bilik. Mata terbeliak. Lidah terjelir. Heh. Padan muka dia." Itu sahaja jawapan guru itu apabila aku bertanyakan tentang kematian ketua polis itu. Aku nak tuduh dia yang bunuh pun, aku mana ada bukti kan? Agaknya betullah tu ketua polis tu bunuh diri. Mungkin guru itu ada imaginasi yang mendalam pasal orang bunuh diri jadi dia boleh imagine keadaan ketua polis tu.
Selepas bercerita panjang lebar tentang kisah itu, Cikgu Seri akhirnya meminta diri untuk pulang. Tinggallah aku seorang diri termenung memikirkan tentang kisahnya itu. Sampailah telefon aku berbunyi menandakan ada whatsapp masuk.
Whatsapp itu datangnya dari seorang rakan lama di universiti merangkap roommate aku. Lepas dapat whatsapp dari bekas roommate aku itu, aku bergegas beredar meninggalkan Starbucks. Aku baru teringat yang aku perlu berjumpa dengannya untuk memberi souvenir yang aku beli sewaktu melancong ke Phuket tempoh hari.
Bercakap tentang Phuket, rindu pula rasanya pada tempat itu. 4 hari 3 malam di sana aku rasa tidak cukup. Itu adalah pertama kali aku kesana. Sempat jugalah aku mencuci mata di Pantai Patong dan melawat Pulau James Bond. Hei, aku peminat filem. Mestilah aku ada rasa teruja sewaktu jejakkan kaki ke pulau itu. Selain itu, sempat juga aku bersuka ria di Bangla Road.
Rupanya seronok melancong seorang diri ni. Ya, aku kesana seorang sahaja. Sampai sahaja aku di guesthouse, ada pula yang ramah menegur. Jadi, aku pun melayan sahajalah. Eh, aku ni rasanya dah melalut. Aku di sini bukan nak bercerita tentang kisah percutian aku ke Phuket, aku nak bercerita tentang seseorang yang aku jumpa di Phuket.
Ceritanya begini, pada hari ke-4, iaitu hari terakhir aku di Phuket. Flight aku pulang ke Kuala Lumpur pukul 1pm. Pagi itu, aku terlambat bangun. Aku syak sebab seronok sangat berborak dengan mat saleh-mat saleh di guesthouse malam terakhir aku disana. Tambahan pula tuan punya guesthouse bermurah hati belanja minum, takkanlah aku nak tolak rezeki kan? Aku sendiri tidak ingat apa yang kami borak, yang penting aku naik ke bilik sekitar 5 pagi.
Mujurlah barang aku tidak banyak, jadi selepas selesai berkemas dan check out, aku terus menahan teksi untuk ke airport. Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam dari Patong ke Phuket International Airport itu aku gunakan sebaik-baiknya untuk tidur. Setibanya di airport, aku bergegas menuju ke kaunter untuk check in.
Alih-alih lepas check in aku baru dapat tahu flight aku hari itu delay. Geram juga aku dibuatnya. Sudahlah mata rabak sebab tak cukup tidur, punyalah kelam kabut berkejar ke airport, sekali fight delay rupanya. Bila dalam keadaan macam itu, aku automatic jadi cranky. Jadi, aku pun berjalan-jalan di lot kedai dalam airport mencari sesuatu untuk dimakan sementara menunggu flight aku yang dijadualkan akan berlepas pada pukul 3pm.
Lepas dapat apa yang aku nak, aku cari tempat duduk dan mula mengunyah. Tetapi kunyahan aku terhenti apabila ada seorang lelaki menegur.
"Excuse me miss, can I sit here?" Lelaki itu menegur. Aku baru perasan di ruang menunggu itu sudah agak sesak. Jadi tempat duduk pun banyak yang penuh. Aku rasa bukan flight aku sahaja yang tertangguh pada hari itu. Cepat-cepat aku turunkan backpack aku di kerusi sebelah dan mengangguk. Lelaki itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Aku pula teruskan mengunyah biskut yang aku beli tadi.
"Are you alone?" Soal lelaki itu. Aku toleh tengok dia. Kacak orangnya. Aku tidak dapat mengagak dia ini orang apa. Daripada tutur kata dan English accentnya, aku syak dia bukan orang Asia. Kulitnya putih kemerah-merahan dan berambut coklat. Ah, bukan dia perasan pun aku tenung dia tadi, aku pakai shades kot. Mesti dia tak perasan mata aku tengah tenung dia tadi.
"Why?" Aku menyoal kembali. Orang kata, tak sopan kalau kita berborak tanpa melihat ke mata orang yang bercakap dengan kita. Tapi, entah kenapa aku masih tidak mahu membuka cermin mata hitam yang aku pakai. Mungkin sebab aku nak sorok lebam bawah mata akibat tidak cukup tidur. Dan tidak mahu dia tahu aku sedang dalam fasa hangover.
"Nothing, just asking. Where are you from?" Soal lelaki itu lagi.
"Malaysia." Aku membalas malas. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku tidak tertarik dengan wajah kacak itu. Aku syak aku masih cranky lagi. Kalau aku tidak cranky, ada kemungkinan aku akan melayan soalan-soalan lelaki itu dengan suara paling merdu dan senyuman paling manis. Gila kau, mat saleh yang sedang duduk sebelah aku ni handsome kot.
"Oh, Malaysian rupanya." Ujar lelaki itu. Terkejut aku dibuatnya. Lelaki ini orang Malaysia ke? Tapi muka macam Caucasian. Agaknya anak kacukan kot, aku mula berfikir.
"I pernah duduk Malaysia dulu." Balas lelaki itu. Oh ya, bahasa Melayunya kedengaran pelat sedikit tetapi masih lancar.
"Oh, ye ke?" Aku sebenarnya tidak tahu mahu membalas soalan apa lagi. Ah, gagal betul bila bab berborak dengan lelaki ini. Agaknya sebab itulah aku masih single.
"Ya, few years jugak I duduk sana sebelum I pindah."
"So, where are you from?" Akhirnya aku bertanya. Lelaki itu tersenyum. Manis.
"Sekarang I tinggal di Hong Kong. So, you melancong seorang?" Aku tersengih. Mungkin terhibur mendengarkan bahasa Melayunya. Tetapi aku mengangguk juga bagi membalas soalannya itu. Cermin mata hitam aku tanggalkan dan sangkut di kepala, janggal pula rasa berbual sambil pakai shades ini. Padahal tadi bukan main beria aku cuba sorokkan lebam bawah mata aku ni.
"Wow. Beraninya you ni. Oh by the way, my name is Daniel." Dan aku mengenalkan diri aku pula.
"So, what brings you here?" Dia menyoal.
"Saja. Tak pernah keluar dari Malaysia. So, I cubalah buat." Balas aku pula.
"How old are you?" Amboi Daniel ini, laju betul dia menyoal soalan umur ini. Nasib baik aku bukan jenis sensitif soal umur.
"I'm 24." Balasku. Walaupun sepatutnya tahun ini aku sudah masuk 25, tapi sebab belum genap birthday aku, jadi aku jawablah aku 24. Betullah kan? Daniel tersenyum.
"If I tell you a story, can you promise me something?"
"Apa dia?"
"Promise to take care of yourself." Eh, hairan jugak aku. Apa benda lelaki baru beberapa minit kenal aku dah suruh jaga diri ni? Takkan nak try aku kot?
"Cerita apa ini?" Dan, Daniel mula membuka cerita.
YOU ARE READING
Manuskrip Seorang Penulis
Mystery / ThrillerAda kisah dalam ini yang korang pernah baca dalam Koleksi Cerpen Shasha, tapi, ini adalah kisah lengkap kehidupan seorang manusia yang hadap semua cerita-cerita misteri, tragis, seram dan sedih yang ada dalam Koleksi Cerpen Shasha, so, enjoy. Warnin...