Bab 5 : Manusia ke bukan?

106 15 0
                                    

           

Tipulah kalau aku kata aku tak ada rasa nak lari lepas Daniel cerita benda tu pada aku. Sumpah aku berdebar dan rasa nak pengsan. Tetapi aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan mata dan telinga aku fokus pada cerita dia. Kata Daniel, dia yang mengekori Emma, jadi sebab itulah dia tahu setiap apa yang Emma buat dan di mana sahaja Emma berada.

                Mendengarkan tentang itu, bulu roma aku meremang. Emma dibunuh kerana masih seorang perawan pada usia 25 tahun dan darahnya digunakan untuk kembali menjadi muda? Gila. Beberapa kali aku cuba pujuk hati aku bahawa apa yang Daniel ceritakan itu hanyalah fiksyen semata-mata. Aku juga cuba yakinkan diri bahawa mungkin aku berhalusinasi? Atau aku masih hangover?

                "Tak, you tak berhalusinasi dan cerita ini memang betul." Ujar Daniel. Meremang bulu roma aku apabila dia dapat membaca apa yang ada dalam fikiran aku.

                Tetapi ceritanya memang kedengaran meyakinkan. Memang beberapa tahun lepas aku ada terbaca di akhbar tentang kehilangan misteri seorang gadis di rumah sewanya. Tetapi aku ingat-ingat lupa nama gadis itu. Dan boleh jadi gadis yang hilang itu bukan Emma, boleh jadi gadis lain jugak.

                Mujurlah tidak lama selepas itu sudah kedengaran pengumuman flight aku yang akan berlepas tidak lama lagi. Jadi, bolehlah aku meminta diri untuk beredar dari Daniel. Sebelum aku beredar, aku sempat bertanya kepada Daniel tentang sesuatu.

                "Kenapa you cerita semua benda mengarut ni kat I?"

                "Okay, you tahu what had happened to Emma kan? And I tahu lagi beberapa bulan you akan genap 25 tahun." Balas Daniel tenang.

                "So?"

                "And you're still a virgin." Suara Daniel perlahan sedikit berbanding tadi. Sial. Aku rasa merah juga muka aku ketika itu. Macam mana dia tahu ni?

                "So, they're still out there?" Aku memaksudkan golongan-golongan seperti Daniel. Lelaki itu mengangguk perlahan.

                "Wait, tapi apasal kena cerita kat I?"

                "Maybe because you're different and I like you."

                "You ada Sarah." Balasku sambil tersenyum sinis. Padahal dalam hati aku takut juga kalau tiba-tiba aku kena pukau dengan Daniel ke dan darahku disedut untuk kekal awet muda.

"Don't worry, I tak akan buat benda macam tu kat you." Dan, sekali lagi aku tersentak. Shit. Dia memang boleh baca fikiran orang.

"I nak kena naik flight dah ni. Good bye Daniel." Itu sahaja yang mampu aku luahkan.

                "Good bye. Till we meet again." Daniel tersenyum dan beredar. Aku tidak sempat membalas apa-apa kerana pengumuman terakhir penerbangan aku sudah kedengaran. Jadi, kucar-kacir aku berlari dan beredar meninggalkan ruang menunggu itu dengan beribu persoalan tentang Daniel.

                Siapa Daniel sebenarnya? Apa maksud dia till we meet again? Ah, dia cuma tahu nama aku aje kot. Takkan dia boleh cari nombor telefon aku? Email? Lagilah tak logik.

                Gila. Sepanjang dalam flight ke Kuala Lumpur itu aku tidak boleh tidur memikirkan tentang kisah Daniel itu. Mula-mula aku ingat itu adalah kali terakhir aku jumpa manusia aneh (aku sendiri tidak pasti samada aku patut panggil Daniel itu manusia atau tidak), tetapi aku silap. Rupanya selepas bertemu Daniel, aku semakin sedar yang memang benarlah di bumi Tuhan ini ada pelbagai jenis manusia dan makhluk.

                Ceritanya begini, aku memang dah lama nak jadi penulis. Senang cerita dari aku kecik, sejak aku pandai membaca aku dah pernah ada cita-cita untuk jadi penulis. Tetapi aku tak pernah ada kesempatan untuk mencari idea sehinggalah seorang teman mencadangkan aku untuk berjumpa dengan seseorang.

                Teman aku pesan, kalau nak berjumpa dengan lelaki ini, niat kena betul dan hati kena ikhlas. Mula-mula aku pelik juga, tetapi dia kata jangan banyak tanya sebab nanti aku akan faham. Jadi, aku pun buat temujanji dengan lelaki yang dimaksudkan itu. Nak tahu apa yang terjadi sepanjang temuramah aku dengan lelaki itu? Aku akan ceritakan di bab seterusnya.

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now