Kau jangan terkejut sangat. Kan aku dah kata dari awal tadi yang hidup aku dikelilingi pelbagai jenis manusia dan mungkin juga jelmaan manusia? Cukup kalau aku kata, aku kenal Helen.
Helen ini kalau kau jumpa dia in real life, kau takkan percaya pun dia tu boleh bunuh orang. Orangnya sentiasa manis dengan senyuman, peramah pulak tu. Dan dia cantik. Pekerjaannya selain membunuh orang ialah menjual insurans.
Masa aku mula-mula tahu dia jual insurans, tergelak jugak aku. Kau dah bunuh orang dan dalam masa yang sama kau jual insurans. Ironi betul. Tapi bak kata Helen, dia perlukan kerja untuk hidup dan dia peduli apa sebab selalunya dia bertugas untuk bersihkan mayat aje. Lagipun katanya dia menyahut seruan #2kerja. Ah ada-ada ajelah Helen ni.
Aku ada juga bertanya dengan dia, apa yang dimaksudkan dengan tunaikan permintaan si mati? Helen menggeleng. Helen kata dia tidak tahu apa perjanjian lelaki itu dengan si mati. Ada kemungkinan si mati memang ada berjumpa dengan lelaki itu dan mereka telah membuat perjanjian. Sebab memang ada 1 kes sebelum itu, si mati datang bertemu lelaki itu, meminta agar 3 ahli keluarganya dibunuh. Dan lelaki itu juga mati membunuh diri seperti perempuan di dalam cerita tadi.
Aneh kan? Aku ada juga terfikir entah-entah Helen ini berkhidmat dengan lelaki yang ada mengamalkan ilmu sesat. Boleh jadi lelaki itu sebenarnya syaitan atau bukan manusia seperti apa yang aku telah lalui sebelum ini.
Kata Helen, sepanjang dia berkhidmat dengan lelaki itu, (Helen tak nak dedahkan nama lelaki itu pada aku), cuma dua kali sahaja rasanya dia tikam orang. Itu pun secara tak sengaja sebab orang yang mereka patut bunuh ketika itu cuba menyerang dan Helen bertindak begitu untuk menyelamatkan diri. Entah ye ke tidak, aku angguk aje masa dia cakap macam ni.
Kalau kau nak tahu, cerita ini juga diceritakan oleh Helen kepada aku sewaktu dia separuh mabuk. Waktu itu dia ajak aku melepak lepas stress jumpa klien insurans. Jadi, malam itu dia suruh aku ke Changkat.
Waktu aku tiba, Helen masih belum mabuk. Dia ajak aku minum sekali. "My treat." Ujarnya. Tetapi aku tolak. Sebabnya? Aku drive malam itu. Gila ke nak minum sambil melepak dengan dia. Memang ke liang lahadlah aku jawabnya.
Jadi, sewaktu teman Helen minum, aku mulalah bertukar topik tanya pasal pekerjaan "misteri"nya itu. Aku malas nak tanya pasal insurans pasal ceritanya bosan. Balik-balik dapat klien yang lebih kurang sama aje.
Mula-mula Helen macam malas nak bukak cerita, tetapi bila aku mula buat-buat merajuk, akhirnya Helen mengalah. Lalu dia ceritakan tentang kisah seorang gadis. Yang korang baru baca tadi tulah.
Sadis. Mengambil nyawa sendiri hanya kerana dibenci oleh ibu dan kaum keluarga. Yang aku tak paham tu apasal mak dia benci sangat ke dia entah. Takkan sebab dia lahir tak cantik terus nak benci? Tapi mak dia pun dah mati, yelah Helen dengan rakan sekerjanya dah kerjakan mereka satu rumah puas-puas. Eh maaf, maksud aku rakan sekerja Helen. Helen kata tugas dia lebih kepada membersihkan aje.
Helen cakap, itu tugas terakhir dia beberapa bulan lepas. Sudah lama juga dia tidak dihubungi oleh rakan sekerjanya itu. Lepas itu, aku cuba lagi korek-korek cerita menarik dari Helen.
Sambil meneguk Margarita yang ke-4, Helen mula bercerita tentang seorang kawan. Kata Helen, ini kisah childhood friend dia. Kisah seorang wartawan.
YOU ARE READING
Manuskrip Seorang Penulis
Mystery / ThrillerAda kisah dalam ini yang korang pernah baca dalam Koleksi Cerpen Shasha, tapi, ini adalah kisah lengkap kehidupan seorang manusia yang hadap semua cerita-cerita misteri, tragis, seram dan sedih yang ada dalam Koleksi Cerpen Shasha, so, enjoy. Warnin...