Bab 11 : Mati

80 12 0
                                    

           

Tidak. Perempuan itu bukan kawan aku. Aku tak kenal pun perempuan itu. Kisah ini diceritakan kepada aku oleh seorang kawan aku yang bertugas sebagai warden penjara di salah sebuah penjara di Malaysia. Penjara mana? Maaf aku tak boleh beritahu.

                Menurut rakan aku, ada banyak lagi kisah banduan-banduan yang sedih dan mengerikan tetapi ini salah satu yang paling memberi kesan kepada dia. Mungkin sebab dia pernah alami apa yang banduan itu alami. Bezanya ialah dia tidak membunuh lelaki yang memberi harapan padanya itu.

                Cerita ini sebenarnya diceritakan kepada aku pada satu sesi pillow talk kami. Masa tu aku punyalah syok berkongsi dan mencurah rasa tentang rasa cinta dalam hati aku terhadap seseorang kat dia, tiba-tiba dia divert cerita aku yang jiwang karat tu pada satu kisah pembunuhan. Potong stim betul.

                Kalau kau tanya aku, ya. Sedikit sebanyak kisah itu pernah berlaku dalam hidup aku. Tetapi aku sendiri tidak pernah terfikir hendak bunuh sesiapa. Tidak buat masa ini. Akan datang tidak tahulah kan?

                Warden itu kata, dia sendiri yang berbual-bual dengan perempuan itu. Kadang-kadang dia nampak waras, tetapi kadang-kadang sewaktu malam akan kedengaran suara perempuan itu menangis teresak-esak di dalam selnya. Tidak pasti samada dia berduka dengan kematian lelaki itu, kecewa cintanya tidak berbalas atau takut dengan kematiannya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

                Memang kalau diikutkan hati, siapa yang tidak takut apabila tahu tarikh kematiannya kan? Yang tak tahu tarikh mati sendiri ini pun rasa takut, apa lagi dengan mereka yang sudah tahu tarikh hukuman mati mereka.

                Mati. Bercerita tentang mati, aku ada satu kisah yang hendak aku kongsikan. Tentang kematian. Maklumat tentang kisah ini akan aku ceritakan seperti biasa di bab yang seterusnya, okay?

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now