Bab 4 : 25

143 17 0
                                    

           

"You pasti dah dapatkan maklumat dia? Jangan silap, I dah tak sanggup lagi jadi macam ni."

"I'm sure. Kali ini I janji you akan dapat apa yang you nak."

"Okay, kalau macam tu, uruskan semuanya sebelum terlambat."

***

TING!

Emma keluar dari lif dan berjalan menuju ke rumahnya yang terletak di bahagian hujung sekali. Sebelum tiba di rumahnya, dia ternampak pintu rumah jirannya, Mak Cik Sarah yang dipanggil Mak Arah terbuka. Kelihatan kelibat Mak Arah sedang duduk di sofa.

"Baru balik kerja ke Emma?" Tegur Mak Arah ramah.

"Ye Mak Arah, tadi beli barang dapur sikit. Sekali nak balik hujan lebat pulak. Itu yang meredah hujan tu." Jelas Emma.

"Taknak masuk minum dulu ke?" Pelawa Mak Arah.

"Tak apalah Mak Arah, badan saya pun melekit ni. Kena hujan pulak. Nak mandi dulu." Emma menolak secara sopan.

"Okay kalau nak singgah ketuk ajelah pintu. Mak Arah sorang malam ni." Emma mengangguk sambil tersenyum.

Mak Arah peramah orangnya. Walhal mereka baru beberapa bulan berjiran. Kata Mak Arah, dia berpindah ke situ selepas kematian suaminya. Rumah itu pula dicari oleh Daniel, anak lelaki Mak Arah. Emma jarang melihat kelibat Daniel. Sesekali Emma dan Tya akan dijemput untuk makan bersama Mak Arah, memandangkan wanita itu selalu bersendirian di rumah. Kata Mak Arah, Daniel bekerja dan sering outstation, sebab itu dia jarang ada di rumah.

Pintu rumah dibuka. Seluruh rumah gelap gelita. Tya pastinya tiada di rumah. Housematenya itu merupakan seorang pramugari, jadi selalulah gadis itu fly ke sana sini. Kali ini Tya terbang ke Manila pula. Emma sendiri tidak pasti bila dia akan pulang. Emma meletakkan semua barang dapur yang dibeli di atas meja makan. Kemudian dia menyusun segala jenis bahan yang dibeli di tempat yang sepatutnya sebelum menuju ke bilik untuk mandi.

Selesai mandi, Emma ke dapur. Perut yang lapar perlu diisi. Baru sahaja dia mengambil sepaket maggi dari kabinet dapur, kedengaran loceng rumah berbunyi.

"Siapa pulak datang malam-malam ni?" Emma mengintai dari celah lubang pintu. Di luar kelihatan Mak Arah sedang menunggunya membuka pintu.

"Eh Mak Arah, ada apa datang ni?" Soal Emma setelah membuka pintu.

"Hah Emma, ni Mak Arah ada bawak lauk sikit. Tadi Mak Arah masak. Teringat pulak Emma pun sorang, tu yang nak ajak makan sama." Jelas Mak Arah panjang lebar.

"Kalau macam tu, malam ni makan kat rumah Emma ajelah Mak Arah." Emma menjemput Mak Arah masuk.

Mak Arah mengekori Emma ke dapur. Dia meletakkan mangkuk tingkat yang dibawa di atas meja makan. Emma datang dari dapur membawa mangkuk untuk meletakkan lauk pauk yang dibawa Mak Arah. Kemudian, mereka duduk dan makan bersama. Sambil makan, mereka berbual-bual.

Masakan Mak Arah memang sedap. Itu memang Emma akui. Sejak Mak Arah berpindah ke sebelah rumahnya, sudah banyak kali juga dia merasa hasil air tangan Mak Arah. Cakap sahaja ingin makanan apa, western, kampung, Arab, semua Mak Arah boleh buat. Wanita tua itu sangat mahir di dapur.

Emma suka berbual dengan Mak Arah. Emma rasa wanita itu banyak membaca. Banyak perkara di dunia ini seperti pengetahuan am Emma dapat tahu dari Mak Arah. Mak Arah boleh dibawa berborak tentang apa sahaja topik. Dari politik, sejarah, ekonomi, sehinggalah ke gosip selebriti tempatan yang suam-suam kuku namanya. Semua Mak Arah tahu.

"Mak Arah, Emma dah lama nak tanya soalan ni sebenarnya."

"Apa dia Emma?"

"Mak Arah ni berasal dari mana ya?"

Manuskrip Seorang PenulisWhere stories live. Discover now