"Reaya, itukah si dia?" tanya Jenny yang tiba-tiba memegang tanganku sambil menjeling sepantas kilat ke arah si dia yang menjadi tumpuan di situ.
"Arrr.. iyalah mana lagi." Jawabku selamba seakan-akan mau tidak mau menjawab pertanyaannya itu. Aku sudah dapat menduga apa soalan seterusnya. Kerana aku pasti itulah soalan wajib yang ku terima apabila kami berada di khalayak ramai.
"Emmmm..." Jenny mengetap bibirnya seolah-olah mencari-cari ayat yang sesuai untuk mengajukan soalan cepu emas itu kepadaku, namun belum sempat dia menyambung ayatnya tadi aku terus menyampuk..
"Internet!" Sambungku dengan penuh keyakinan.
"Apa yang internet?" tanyanya pula sambil berkerut kening, atau mungkin pura-pura tidak mengerti maksudku itu.
"Kau mesti mau tahu kan.. dari mana aku kenal dia? Jadi aku jawablah... CINTA INTERNET!" Mendengarkan penjelasan ku itu.. beberapa kawan-kawan lain yang berada di majlis itu yang juga memasang telinga dengan perbualan kami turut menunjukan reaksi mereka. Ada yang tersenyum sinis seolah-olah..mengatakan 'oh, cinta internet rupanya hahaha', manakala ada juga yang terus merenung si dia curi-curi.., dan satu dua orang yang mengigit bibir dan membiutkan mulut mereka seperti tidak mempercayai langsung dengan penjelasan terbuka ku itu. Belum sempat aku melabuhkan punggungku di kerusi plastik yang berwarna merah saga itu.. si Dia menuju ke arahku, dan tanpa ku duga..
"Hey, Nito.. tell us how did u two meet?" Soal Jenny dengan suara yang begitu mengujakan, mataku pedas berkelip-kelip, gulp! Aku menelan air liurku. Aku terus memandang ke langit melihatkan matahari yang begitu tegak di atas kepala, panasnya bukan main lagi terasa.
Si dia hanya tersenyum lebar menampakan baris gigi yang rapi sambil memandang tepat ke wajahku.. mengharapkan jawapan itu keluar dari mulutku lagi..seperti kebiasaannya. Melihatkan senyumannya yang begitu suwit, aku sepertinya terpanggil mengimbas kenangan lalu dan secara otomatik aku juga turut tersenyum memandangnya.
"uiiiiii...ni senyum-senyum ni mesti ada cerita di sebaliknya. cepatlah cerita.. kami mau dengar ni.." Ucap Jenny lagi yang kelihatan sudah tidak sabar untuk mendengar penjelasan panjang lebar atau mungkin cerita di sablik senyuman kami itu.
"Aduiii nah berkampunglah kita di sini ni." Jawabku sambil melihat jam pada handphone buruk samsung ku yang baru saja ku pungut dari terjatuh ke dalam lauk sardin bersama pucuk ubi tadi akibat cuai sendiri. Bau sardinnya masih lagi dapat ku hidu walaupun sudah ku lap-lap dengan tisu kertas yg masih lagi dalam gengaman ku.
Sebaik saja keluar dari pintu pesawat aku, Rita dan Stephen bergegas menuju ke tempat tuntutan bagasi bersama penumpang-penumpang yang lain. Perjalanan kali ini terasa penat bagiku, dengan tidak cukup tidur, masa makan yang tergangu juga dibebani beberapa perkara lain mengenai hal kerja. Beginilah kerja bersama NGO separuh daripada lelah dan titik peluh mu itu di anggap korban yang kau dedikasikan kepada minat dan juga kepercayaan mu. Orang bilang you stand up for something you belive in. Masa kerja yang tidak menentu dan juga skop kerja yang tidak ada batasnya. Aku belajar banyak perkara baru dalam bidang ini, juga menjadi matang dari usia sebenar ku. Untunglah aku belum mempunyai keluarga sendiri, kadang kala aku kasihan melihat dua orang temanku ini yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah. Bila mana mereka menceritakan hal-hal rumah tangga mereka aku hanya mampu tersenyum malu, kerana masih tidak faham akan situasi mereka.
Pernah Stephen bertanyakan aku mengenai kekasih atau buah hati ku, mungkin kerana mereka tidak pernah nampak aku membawa sesiapa pun untuk di perkenalkan sebagai boyfriend ku. Pantas aku menjawab belum sampai masanya! Walaupun sebenarnya sudah hampir setahun aku putus dengan kekasih hatiku yang selama 5 tahun bersama. Setiap kali aku teringat akan dia, hatiku remuk redam, air mataku suda kering sehabis-habisnya, terlalu sayang masa yang terbuang selama 5 tahun bersama-sama, begitu banyak pengalaman manis dan pahit ku kunci dalam-dalam kotak fikiranku. Kudrat ini sudah tidak ada untuk membiarkan emosi terus-terusan hanyut dalam kepasrahan ku.
YOU ARE READING
Cinta Internet
RomanceDua strangers yang berjumpa dengan tidak sengaja di lapangan terbang, dan mula berhubung menggunakan internet, dengan perbezaan bangsa, negara, bahasa dan budaya mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta di dalam internet. Sehingga ke tahap manak...