Aku merenung jauh di tasik yang luas di hadapan ku 'sport complex likas' ini, sambil melihat orang ramai yang sudah pun bergerak menuju ke kereta masing-masing memandangkan hari sudah pun semakin senja. Di beberapa sudut aku melihat sepasang suami isteri masih lagi berkejaran dengan anak-anak kecil, manakala tidak jauh dari ku sekumpulan 'sumandak-sumandak or dayang-dayang' yang ketawa terbahak-bahak tanpa menghirau orang sebelah menyebelah. Banyak juga orang yang masih terus membuat pusingan-pusingan terakhir di tasik ini sebelum hari betul-betul gelap.
Hari ini aku hanya mampu berlari sebanyak tiga pusingan sahaja sebab sampai lambat ke sini, sementera menunggu peluh ku yang masih lagi mencurah-curah, dan mengambil kesempatan menghirup udara petang yang begitu dingin bertiup dari arah selatan. Aku menarik getah rambutku dan membiarkan rambutku yang agak panjang itu terhurai begitu saja. Begitu tenang air di tasik ini tidak seperti hatiku yang masih koyak rabak dengan perkara-perkara yang terjadi sejak kebelakangan ini.
Sudah hampir seminggu aku tidak menjawab panggilan Sherman, juga sudah seminggu aku tidak melihat Stephen di pejabat. Menurut Rita dia mengambil cuti kecemasan, yang aku sedikit pun tidak bertanya lebih lanjut. Agaknya memang serius masalah rumah tangganya kali ini, harap-harap aku bukanlah penyebab cuti kecemasan yang di ambilnya itu. Esok bermula bengkel kesedaran 'human trafficking' yang kendalikan oleh NGO, badan bukan kerajaan tempat aku bekerja selama dua tahun ini. Peserta-peserta terdiri daripada pihak-pihak kerajaan yang berpangkat tinggi, media masa, ahli agama atau ulamak besar dari semua jenis agama yang terdapat di negara ini, dan juga beberapa agensi swasta yang lain. Aku menganggarkan seramai 200 orang yang akan hadir bengkel selama 3 hari itu bertempat di hotel terkemuka di badaraya besar ini.
Walaupun ini bukanlah bengkel pertama yang aku pernah kendalikan, namun aku sedikit nervous' dan lebih penat kali ini. Mungkin di sebabkan hidup peribadi ku seperti pokok kepala di tepi pantai, yang sedang bertahan dari ribut taufan yang bertiup setiap hari, hanya menunggu masanya sahaja tumbang,.
Tepat pada jam 9 malam aku duduk di depan komputer riba ku menunggu Bernardo seperti kebiasannya. Kami sudah semakin akrab, mesra dan ketawa bersama. Berkongsi setiap cerita dan rutin harian. Bila di ingatkan pertama kali dia menulis email kepadaku langsung tidak ku layan, kerana takut akan scam atau perkara-perkara yang tidak baik yang sering berlaku di internet ini. Kini, dia juga sudah seperti seorang kawan, oh ya.. sudah beberapa kali dia menghantar sms di nomborku memberitahu yang dia tidak dapat bercakap video call dengan aku ketika itu kerana berada di luar.
"Hi..ugly boot" Dia begitu murah dengan senyuman dan melambai aku melalui kaca skrin komputer itu.
"Shut up!" kata ku membalasa senyuman itu.
"How are you today? Tomorrow is your big day,"
"what big day? It just like ordinary day."
"I don't think so, you talk about this for a month, you busy and tired to prepare all this." Terangnya, aku tidak sangka dia begitu berhati-hati dan memberi perhatian setiap yang aku katakan di sini, yang mana bagiku itu cumalah cakap-cakap kosong.
"Ti auguro tutto andra' bene per domani." Sambil menunjukan ibu jarinya padaku, setelah selesai menaip beberapa perkataan di skrin komputer.
"Hold on, let me find those words.." Aku segera membuka kamus bahasa yang aku beli minggu lalu tanpa di sengajakan, 'just for fun' niatku ketika itu.
"Oh..i see.. u wishing me a good luck for tomorrow right?"
"Nop."
"Then what?"
Dia kembali menaip semula..
"I wish everything goes well for tomorrow." Dia tersenyum lagi, dan aku hanya anguk-anguk.
"I have something for you.. once you finish I give the other, until you complete all.. by time you complete, I will be there with you. You up for this game?"
"Heyyyy.. who teach you all this english. You getting good each day." Tanya ku, selepas mendengar dia bercakap english dengan begitu baik dan agak jelas tidak seperti sebelumnya.
"Well, I have a good teacher." Lantas aku ketawa mendengar pujiannya itu,
"Are you ready?"
"Hey, wait. What game? I don't want to play a game. I don't have time for a game. Are you serioud you want to come over..here, I thought it was a joke."
"Yes, I am 100 percent serious. Here... im writing, you need to copy down and translate it to english."
YOU ARE READING
Cinta Internet
RomanceDua strangers yang berjumpa dengan tidak sengaja di lapangan terbang, dan mula berhubung menggunakan internet, dengan perbezaan bangsa, negara, bahasa dan budaya mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta di dalam internet. Sehingga ke tahap manak...