Part 13: the best is yet to come

28 0 1
                                    

"Hi, Liam. Sapaku apabila membuka pintu biliknya, walaupun dia bos besar di sini tetapi dia sendiri meminta kami untuk memangil dia dengan namanya. Jadi tidak heran kami begitu rapat antara satu sama yang lain.
"Hi, duduk.. coffee? Nescafe? Or Milo? Oh...I know.. you Milo." Katanya, lalu berdiri ke tempat letak cerek eletrik dan membancuh aku segelas Milo daripada pek 3 in 1. Sifatnya yang sentiasa merendahkan diri itu menjadi semangat untuk aku berkerja bersama-sama dengan mereka. Kalau bos di tempat-tempat lain..jangan cakaplah. Jangankan bilang buat minuman, duduk pun dia tidak jemput.
"Jadi, apa cerita kita?" Rasanya dia sudah tidak sabar ingin mengetahui hajat aku datang untuk berjumpa dengannya awal pagi benar lagi.
"Huuuuu.." Aku menghembuskan nafas panjang.
"Nampak serius..., ok im ready." Dia meletakan gelas Milo panas itu di hadapanku dan dia duduk di sebelahku.
"Minggu lalu, wife si Stephen datang office." Aku memulakan bicaraku yang aku pasti akan berakhir dengan air mata pasrah dan sakit hati ini.
"Ok..," balasnya sambil menyilangkan kakinya dan memberi sepenuh perhatian denganku.
"Aku masuk bini dia memang sudah ada di office, jadi belum sempat pun aku duduk di meja aku.. huuuuuuuu..." Nafas ku sesak dengan tiba-tiba.
"Wife dia ..inilah pertama kali aku nampak wife dia ni. Selama ini aku ndak kenal pun wife dia mana.. lepas tu.. dia.., dia.. huuuuh.." Aku menghembuskan nafas lagi, pandangan mataku mulai kabur, air mata yang ku tahan-tahan akhirnya jatuh juga berlinangan dengan sekelip mata saja. Melihatkan aku mulai menitiskan air mata, cepat-cepat Stephen mencapai kotak tisu yang berada di penjuru mejanya dan memberikan padaku tanpa berkata apa-apa.
"Dia.. menampar aku." Terkeluar juga akhirnya dari mulutku.
"Apa? Kenapa?" Liam agak terkejut mendengar pengakuan ku itu.
"Dia bilang aku mengacau laki dia. Hanya kerana dia nampak aku tumpang kereta Stephen hari sebelumnya pergi turun bank, sebab memang Stephen pun ada urusan di tempat yang sama. Jadi bilangnya, ikut kereta saya saja. Tapi, kali wife dia nampak kami entahlah di mana. Jadi dia bilang aku mau-mau dengan laki dia konon."
"Aduiii.. kenapa pulak dia fikir begitu? Bini dia bukan kerja nos kah?" (Nos-Nurse/Jururawat)
"Saya dengar begitulah."
"Lepas tu apa bilang Stephen? Dia tidak cakap apa-apa sama bini dia?"
"Stephen ber-problem tu sama bini dia sekarang, dia bilang bini dia kuat cemburu, tidak trust dia lah..itu lah..ini lah. Diri dia sendiri pun dia tidak buli defend dari bini dia. Ini lagi mau defend saya. Tapi dia cakap juga terang-terang di depan saya, yang bini dia tu salah sangka, dan dia marah juga kenapa pigi sampai tangan."
"Ok, Jadi kau mau saya cakap dengan wife dia? Atau kedua-dua sekali?" Kata Liam memegang bahuku.
"Aku marah betul masa tu Liam, malu lagi, tu sakit hati lebih sakit dari yang di tampar. Tapi itu perkara sudah berlalu, Stephen sudah pun minta maaf bagi pihak bini dia."
"Ok,"
"Masalah sekarang wife dia bawa Stephen bercerai, Stephen tidak mau, bah siapalah yang tidak sayang rumah tangga sendirikan. Itu aku tidak pedulilah pasal diorang, tapi.. bini dia bilang lagi.. melainkan aku resign, dia tidak akan bercerai dengan Stephen. Ertinya dia memang tidak percayakan aku takut aku rampas kali laki dia."
"What? That's nonsense!" Marah Liam mendengar penjelasan aku itu.
"I know. But what can I do?"
"Ask Stephen lah yang settle dengan wife dia. Apa pula kau terbabit dalam ini hal."
"Liam, my contract tamat early next year. Stephen ada another 2 more years lagi, and.. saya punya cert Cuma bahagian admin and control finance, saya tidak juga boleh turun on the ground unlike Stephen dengan Rita, you need them to proceed our next level."
"Bah kalau kau tidak renew contract kau.. then dari mana kami mau cari orang ganti kau?"
"Siti boleh take over sementara kau cari orang lain, hantar pergi training dan belajar semua tu program dan rules. You only need me to process the plan, budget dan semua tu finance, Siti familiar dengan tu system, nanti saya bagitau di headquaters kasi kau yang authorise saja."
"Kau ni cakap macam kau mau berhenti betul-betul. Kau sudah fikir kah ni masak-masak? Apa juga untung kau kalau kau berhenti? Kau ingat kau dapat kasi selamat rumah tangga diorang?"
"Entahlah, macam saya rasa terpaksa untuk buat ini. Kalau diorang betul-betul bercerai nanti saya pulak diorang cakap penyebabnya..macam mana?" Itu sebenarnya yang aku takuti.
"Kau fikir dulu bagus-bagus, kau training 6 bulan untuk ni post, sudah berapa tahun kau kerja sini, then kau kenal sudah banyak orang, dan banyak orang-orang yang kita perlu dalam ni trust kau juga. Its not our image tukar-tukar staf dengan begitu senang. Kalau pun saya kasih pindah kau pergi post yang lain tetap juga kau akan berjumpa dan bekerja sama-sama dengan Stephen. Saya dengar ada post available sana Geneva, kau mau pigi sana?"
"Uiii..jauhnya, belum pernah aku bermimpi untuk kerja di oversea Liam." Terkejut aku dengan lamaran kerja Liam itu.
"Heiii.. saya dengar kau sikit pigi Cambridge bah sebelum ni, kalau betul kau pigi sana manalah kau balik sini tu kerja sama kami." Katanya serta merta, terbeliak besar biji mataku kerana tidak menyangka dia mengetahui hal hidupku yang sudah lepas.
"Kau pasang spy kah kurik background aku ni?"
"Ala... dalam recommendation letter dari school kau ada tulis bah." Dia menjeling aku,
"Sejak bila pula aku bagi kau letter dari school aku ni." Lagi aku terkejut dengan apa yang dikatakan Liam itu, sungguh aku tidak tahu menahu pun akan perkara itu.
"Oppps... terlepas cakap saya. Hahaha..., procedure bah itu, ada kena minta dan selidik betul-betul adakah kau cukup fit untuk post kau ini."
"What?" Tidak ku sangka sama sekali NGO ini begitu dasyat, sampai ke lubang cacing menyelongkar hal peribadi orang.
"Ahhh.. kau make dunno saja lah ah, patut tidak buli kestau bah itu. Anyway, nanti saya cakap sama Stephen juga apa pendapat dia dan macam mana dia mau settle ini hal."
"Liam, mmmh.. ndak payahlah. Saya rasa dia malu tu kalau kau cakap pasal hal ini, ertinya kau pun taulah masalah rumah tangga dia. Mungkin sama saya dia tidak rasa segan sangat sebab saya lebih muda dan belum kahwin lagi. Tapi, kau pun ada family juga nanti kalau kau cakap sama dia hal rumah tangga dia, apalah perasaan dia nanti."
"Kau ni salah tempat mau bersikap baik. Kahwinlah bah cepat-cepat, supaya tidak kena gosip-gosip lagi."
"Iya, macam senang aku petik tu boyfriend di center point kan?" Lantas kami ketawa bersama-sama.
"Look, buat masa ini jangan buat apa-apa keputusan dulu, kalau kau rasa tidak selesa di office, kau buli kerja dari rumah dulu sementara. Belum juga ada aktiviti besar sangat. Tapi Roadshow next month kau kena turun pejabat ah..hari-hari. Sorrylah, saya tidak tau hal begini boleh terjadi. Kalau kau tidak kestau saya, saya pun tidak tau apa-apa. Mungkin sekarang kau tidak selesa sudah kan kalau tinggal berdua-dua dengan Stephen di pejabat."
"Tidak juga, Cuma saya takut kalau wife dia datang lagi pigi office."
"Bah, kalau dia berani lagi sampai tangan sama kau.., kau cakap sama saya. Biar saya yang urus durang laki bini. Thanks Rae, I proud of you, dulu-dulu yang kau baru join kami.., selalu kau lah yang kami risau, abis paling muda dan belum kahwin dan nampak betul masih mentah. Sekarang, kau nampak lebih matang dari sesetengah orang yang 2x ganda umurnya dari kau, uuhhhh..kami punya anak bulan grown up sudah bah."
"Shut up." Aku tersenyum mendengar pujian itu. Sememangnya aku juga menyedari perubahan yang ada dalam diriku, tahun demi tahun aku semakin matang dalam membuat keputusan dan menangani masalah-masalah dalam hidupku. Mungkin sebab orang-orang di persekitaranku, seperti kata orang, seandainya anda dilingkungi dengan kawan-kawan positif, maka positif lah anda, kalau kawan dengan golongan yang profesional maka anda juga akan menjadi hebat dengan aura mereka, kawan dengan orang malas, yang terumbang-ambing, yang asyik berpoya-poya tidak tahu apa yang di inginkan dalam hidup, malar bergaya dan kepala batu, maka anda juga boleh jadi seperti mereka lambat laun. Kerana itu aku percaya kehidupan mu adalah sepenuhnya milik mu, coraklah dan ubahlah mengikut kemahuanmu.
Baru saja aku memandu memasuki ruang perjabat aku sudah pun melihat kereta Stephen dan mini van Rita di situ,. Tentu mereka sibuk menyiapkan laporang bengkel yang selama 3 hari itu berjalan. Dengan penuh keyakinan aku berjalan menyandang beg laptop dan 4 buah fail serta beberapa buku undang-undang yang ku pinjam daripada Marvin, penasihat undang-undang dalam organisasi ini. Sebagai rujukan kepada akta 'perdagangan orang' yang sudah lama di kuat kuasakan tetapi belum lagi di praktikan di Malaysia. Roadshow seterusnya akan menjerumus kepada akta undang-undang ini yang akan berjalan berperingkat-peringkat di seluruh daerah Sabah dahulu, barulah ke negeri-negeri yang lain di Malaysia.

"Hi?" Sapa suatu suara sebaik saja aku melangkah masuk. Aku menyelitkan rambut depanku itu yang agak panjang melimpasi paras bahu ke belakang telingaku, dan melihat siapakah yang berada di dalam itu.
"Eh, haiiii!" Balasku sebaik saja melihat Jasrin, Marvin, Alister, Silvan, Siti, Rita, Stephen dan isterinya. What??? Isterinya yang menampar aku itu juga ada di sini, dan sedang duduk di sofa di ruang tamu pejabat ini tanpa melihat ke arah aku.
"Ni ada apa ni.. ramai-ramai?" Tanyaku sembil tersenyum dan memberikan tanganku untuk bersalaman dengan mereka satu persatu.
"Wow.. casualnya." Jasrin berbisik di hadapanku ketika dia menangkap tanganku untuk bersalaman, agaknya dia terkejut dengan jeans, dan t-shirt biasa yang ku tuck-in ke dalam, bersama ballet shoes hush puppy yang kuning menyerlah. Nampak betul gaya orang yang mahu pergi bercuti dan bukannya ke pejabat.
Selesai aku bersalaman dengan mereka aku melihat Stephen hanya membiarkan isterinya duduk seorang diri sambil membelek majalah rasanya, sebenarnya itu yang mencuri perhatianku dari tadi, aku tidak sangka dia juga berada di sini. 'Takanlah dia akan datang ke pejabat selalu untuk mengawal pergerakan Stephen.' Fikirku sendirian.
"Raeya.. join kami makan?" Ajak Marvin yang juga salah seorang ahli dalam NGO ini.
"Iya, marilah pergi ramai-ramai." Bilang Silvan pula, dia berkerja di firma guaman yang sama dengan Marvin, manakala Jasrin dan Alister ku kenal daripada bengkel 3 hari itu, semua mereka adalah peguam di sekitar Sabah.
"Dia mana mau pigi tu.. dia diet tu. Jarang dia keluar makan tu tau." Stephen membuka mulutnya kali ini, hatiku jadi serba tak kena kerana takut isterinya akan lebih cemburu mendengar komennya tadi.
"Aaah.. apa yang mau diet, cukup fit pun saya tengok tu." Sambung Silvan lagi.
"Kurang asam," jawabku geram menyedari mereka memandang diriku dari atas ke bawah.
"Ingat senang kah mau jadi begini fit? Satu bandar saya pusing tau..tiap-tiap petang..,"
"Kau lari pusing satu bandar? Buli tahan oh," Alister dengan matanya yang bulat seakan-akan terkejut.
"Iya, lari... dengan kereta." Aku berterus-terang, ketawa mereka mendengarkannya.
"Jadi, kita pigi yang kari kepala ikan tu kan?" Rita bertanyakan kepada Marvin.
"Apa? Kari kepala ikan?" Tanyaku dengan penuh minat.
"Memandangkan kau diet, jadi kami cadang pigi makan kari kepala ikan saja." Usik Rita lagi dengan sengaja kerana dia tahu itu adalah salah satu kegemaranku.

Cinta InternetWhere stories live. Discover now