Part 5: Cintailah dan hargailah dirimu. Maka lelaki akan menghargaimu semahuMu

46 0 1
                                    

Aku menurunkan segera kedua-dua kaki dari bangku yang ku duduki dan membetulkan punggungku, sesekali aku mengetap bibirku dan membiut-biutkan mulut dengan mata yang berkelip-kelip aku cuba untuk mencari idea untuk membalas email yang begitu ringkas itu. Kemudian jari-jemariku ligat menari di atas papan kekunci laptop sony itu, berkali-kali aku menaip beberapa perkataan kemudian ku padam lagi, dan lagi dan lagi.

HI, POOR FOOT.

OF COURSE I REMEMBER YOU, AND I HOPE YOUR FOOT DOING FINE NOW.

FROM: UGLY BOOT.

Begitulah bunyi email ku yang lagi ringkas dan padat dengan harapan dia tidak akan muncul lagi pada inbox ku kelak. Buat seketika aku berfikir tujuannya mengirim email ini, walaupun aku begitu pasti yang alamat email ini pastinya dia nampak daripada kad nama yang aku berikan hari itu. Sedangkan kad namanya aku serahkan pada Stephen hari yang sama kejadian itu berlaku. Bukan aku tidak mahu berhubung dengannya, cuma aku tidak melihat alasan untuk berbuat sedemikian. Tambahan pulak aku memang tiada masa untuk perkara temeh begini.

Kami juga bukanlah kawan yang sememangnya kawan. Kami hanya strangers' yg bertemu di airport. Berapa ramai yang membuat kawan di lapangan terbang dalam masa yang begitu singkat, atau sempat bertukar kad nama seperti idea Stephen.

Belum sempat aku pergi jauh dari khayalanku, aku mendengar Maggie menjerit namaku dari ruang tamu, segera aku bergegas keluar dan melihat meja kayu bulat di ruang tamu itu di penuhi dengan pelbagai makanan ringan, termasuklah aiskrim, keropok, kuih dan biskut kering, sekotak air kacang soya yang besar, milo, sprite, kekacang dan segala jenis manisan. Mirnah sudah pun duduk di penjuru meja itu, manakala Dilla datang dengan membawa sepinggan mee goreng kangkung versi dia. Di rumah bujang itu aku berkongsi dengan tiga orang lagi rakan menyewa. Maggie atau Mag seorang yang baik hati, ringan mulut dan agak berpengalaman orangnya, sesuai dengan umurnya 44 tahun dan masih single' dan boleh mingle'. Dia bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka di dalam negara, jadi tidak hairanlah kalau selalu nampak dia shopping di bahagian duty import free, lapangan terbang tu bagaikan shopping mall sudah baginya.

Mirnah kurus orangnya, kerja di hotel terkemuka sebagai accountant', peminat running man nombor satu di Malaysia, tinggal lagi oppa, oppa di tv tak kenal dia. Dia ni sukar di jangka, kebanyakan masa dia lebih suka menghabiskan masa sendiri dan membuat benda-benda yang dia suka daripada duduk bersama kami ramai-ramai. Selalunya dia guna masa lapang dia untuk tidur, menonton drama korea yang dia rakam dari astro, ataupun dengan buku-buku novelnya yang tidak pernah kurang di atas katil itu. Namun begitu setiap kali aku perlukan seseorang untuk berkejar ke sesuatu tempat, atau meminta tolong menghantar barang ke pejabat, beli barang pulang rumah, dia lah yang menjadi pilihan tepat untuk tugasan tersebut.

Dilla.. lembut dan manis perwatakannya, lady like' lah sangat kata orang. Sesuai dengan label gadis melayu or malaysia terakhir. Rasanya gadis seperti dia dah pupus kot di muka bumi ini. Orangnya ringan tulang, rajin tahap dewa, kalah mak aku. Kerja-kerja di rumah selalunya dia yang incas, aisbox dia cuci, lantai dia mop, kain di jemuran dia pungut, tingkap dia kilatkan, pembantu rumah di luar tu memang tak boleh cari makan kalau dia di rumah korang ni. Dia salah seorang staff di LHDN, jadi kalau pasal cukai-cukai kami dalam rumah ni semua serah sama dia untuk kira-kira. Bukan itu saja dia hafal semua temujanji, dan jadual kami masing-masing. Maka dapatlah kami reminder free' sepanjang masa. Siapa yang tidak mahu tinggal dengan mereka-mereka ini, bukan saja seronok tapi aku sangat-sangatlah selesa, walaupun kami bukan dari daerah yang sama dan berlatar belakang yang berbeza. Tapi kami sangat sepakat dan bersatu hati dalam rumah ni yang sudah kami huni selama 2 tahun.

Cinta InternetWhere stories live. Discover now