Part 14: He's here

24 0 0
                                    

Aku baring di katil memandang siling rumah, ditanganku telefon bimbit yang ku lihat kalendarnya berkali-kali. Bernardo akan sampai di sini pada 2 july ini iaitu.. lusa! Aku takut kalau itu cuma mainan atau gurauannya, tapi selama aku bercakap dengan dia di internet ini tidak pernah sekali pun dia bergurau denganku. Orangnya juga tidak pandai bergurau tidak seperti kebanyakan lelaki yang sangat pandai mengambil hati perempuan dengan gurauan, dan menjadi salah satu daya tarikan mereka.
Aku tidak pernah menerima tetamu sebelum ini, apa lagi daripada luar negara, aku betul-betul tidak pasti seandainya kedatangannya itu adalah perkara yang betul buat kami berdua. Tiba-tiba saja aku begitu nervous dan takut..takut..dan takut. Apa sebenarnya yang aku lakukan? Apa sebenarnya tujuannya ke sini? Dan.. kenapa begitu takut hati ini?
Panggilan telefon daripada Sherman juga tidak ku layan dalam beberapa hari ini, semua sms nya meminta maaf juga tidak ku balas. Sesungguhnya apa yang dilakukan Sherman itu memberi pengalaman baru bagiku, cuma kurangnya feeling' sahaja. Bukanlah seperti yang aku inginkan, dan yang aku angan-angankan selama ini, ianya lebih kepada paksaan sebelum aku mempersiapkan diriku, apatah lagi selepas aku nekad mahu melupakan dia. Terlalu banyak lelaki yang datang dan pergi dalam hidupku, mengajar aku banyak perkara dalam hidup ini, dan juga mengerti lebih dalam ertinya cinta yang begitu 'universal'.
Apa yang menyeronokan setiap hubungan itu adalah berlainan, cinta itu juga adalah unik, berbeza-beza dan tidak pernah ada hadnya. Hubungan aku dengan 'kamu tahu siapa namanya', memberikan aku keselesaan, walaupun dia penuh dengan cemburu tidak bertempat tetapi aku selesa denganya. Apa lagi hubungan itu mencecah sehingga kentut di depan-depan pun sudah tidak rasa segannya. Dengan Sherman yang memanjakan aku, melayani aku seperti betul-betul ratu hatinya, bilamana aku baru naik siok dan berkeyakinan dengan hubungan kami dia pula mengecewakan aku. Hmmm.. Jasrin? Eh, kenapa nama Jasrin pula termasuk di dalam permaianan otak ku. Ok, tipulah kalau aku tidak merasa bibit-bibit cinta yang dia tunjukan kepada ku, cara dia melihat aku, dan juga setiap baris kata-katanya. Tapi kerana terlalu awal untuk aku menduga..tiada yang pasti di antara kami.
Dari tingkap aku melihat Dilla yang di hantar Harris pulang, sudah hampir setiap malam mereka keluar sejak akhir-akhir ini, aku juga boleh melihat kegembiraanya jelas terbayang pada wajahnya. Berseri-seri kebahagiaan cinta pada kedua-dua matanya, kata-katanya juga penuh dengan kasih walaupun dia sedang marah. Oh, begitu indah di lamun cinta! Semoga cinta hatiku juga akan datang tepat pada waktunya selepas beberapa kali aku kecundang di tengah jalan, aku serahkan semuanya kepada Dia' yang maha tahu. Sementara itu biarlah aku menikmati rama-rama di hatiku tiap kali aku berjumpa dengan teruna yang cuba untuk menjentik hati ini. Kata ibuku 'wait for the boy that would do anything to be your everything'.
Hari itu aku mempunyai mesyuarat bersama beberapa barisan peguam dan juga pegawai polis yang akan menyertai roadshow kesedaran akan akta baru itu. Hari ini juga aku akan menghakhiri mimpi ku setiap malam, walaupun jauh di sudut hatiku berharap semuanya biarlah sekadar mimpi. Kerana mimpi ini tidak pernah aku bayangkan untuk menjadi nyata! Semakin dekat masa menghampiri begitu banyak suara-suara sumbang dalam hatiku untuk menarik diri saja dalam permainan yang tidak aku tahu ke mana hala tujunya. Berkali-kali aku katakan pada diri sendiri anggaplah aku menjadi tour guide untuk Bernardo ronda-ronda bumi Sabah ini, ini juga pertama kali dia menjejakan kakinya ke tanah airku yang di namakannya MALESIA.
Aku cuba membayangkan apa perkataan pertama yang akan keluar dari mulutku sebaik saja bertemu dia untuk kali pertama pada pertemuan kedua kami ini, haruskah aku bersalaman atau memeluk dia, atau juga mungkin hanya sekadar senyum dan berkelakuan secara profesional tanpa melibatkan perasaan dan emosi ini. Bagaimana kalau dia terus memeluk aku, atau mencium aku, atau..hmmmm nampaknya watak-watak dalam tv juga yang keluar akhirnya dalam bayangan di kepala aku ini.
Sudahlah hari ini hari Jumaat, tempat mesyuarat ini pula begitu jauh dengan lapangan terbang di KK, aku ada berpesan dengan Bernardo beberapa hari lepas seandainya dia tiba dan melihat aku belum ada di sana, aku meminta dia menunggu sahaja aku sampai. Walaupun dia bebas untuk mengambil teksi dan melakukan apa yang di inginkan sementara itu. Dia hanya mengangguk tanda faham dalam video chat live yang terakhir kami buat sebelum dia berlepas ke sini.
Aku semakin tidak sabar untuk meninggalkan mesyuarat ini yang banyak menyimpang ke sempadan lain, apabila mereka membawa masuk makanan tengahari di bilik itu agar kami tidak perlu keluar, dan menyambung mensyuarat sebaik saja tamat rehat makan, aku sudah tidak boleh duduk diam. Bermacam-macam soalan di dalam hatiku, sepertinya aku tidak bertangungjawab dengan Bernardo, setelah berjanji dan kini aku tidak menepatinya.
"Rita, kalau aku keluar dulu boleh kah? Aku ada hal peribadi sikit. Ini pun sudah lewat sejam." Aku membisik di telinga Rita.
"Hmmm.. What happen to you two? Stephen pun masalah peribadi yang tidak habis-habis, then you tidak pernah-pernah aku dengar ada hal peribadi baru kali ni, kau tiru Stephen ya?"
"Mana ada. Betul ni, bukan tiru-tiru punya,"
"Tunggu kejap lagi lah, part kau siapa mau buat? Stephen pun tiada di sini ni." Jawab Rita, yang memang ada betulnya. Sebelum kami datang tadi kami sudah pun berbagi-bagi tugasan jadi tidaklah seorang saja yang terbeban membuat kerja, memandangkan Stephen selalu sudah tidak datang ke pejabat, atau mungkin dia mengelakan aku sebenarnya untuk menjaga hati isterinya. Apa pun itu bukan masalah aku sekarang ini kerana ada perkara lagi penting untuk aku fikirkan. Dalam aku sibuk bersoal-jawab dengan fikiranku sendiri tiba-tiba telefon ku berbunyi, dengan nombor yang tidak ku kenali. Aku cepat-cepat meminta izin keluar untuk menjawab panggilan,
"hello.."
"Hello ini Miss Raeya?" Suara seorang perempuan yang tidak aku kenali langsung.
"Iya, saya. Ini siapa?"
"McDonald sini." Kata perempuan itu, 'apa McDonald? Sejak bila pula aku ada urusan dengan McDonald ni.' Hatiku berkata.
"McDonald yang tempat makan tu kah?" Aku meminta kepastian.
"Iya, fast food ni." Jawabnya lagi, aku mengerutkan kening cuba mengingat kalau-kalau aku ada hutang atau ikut mana-mana peraduan yang bersangkut paut dengan McDonald.
"Kawan miss minta kami call miss, untuk beritahu yang dia sedang tunggu miss di McDonald." Selamba saja perempuan itu berkata, aku mengaru-garu kepalaku yang tidak pun gatal. Gurauan apa kah ini, dengan siapa pula aku berjanji di McDonald hari ini, hilang ingatankah aku. Belum pernah aku membuat temujanji di restoran McDonald, inilah pertama kali aku mendapat panggilan daripada Restoran itu sendiri mengingatkan aku temujanji aku! Ini betul-betul gila! Seperti susah untuk aku percayai panggilan itu, mungkin itu juga satu scam.
"Maaf, kamu tidak salah nombor kah ni?"
"Ini Miss Raeya kan?"
"Betul." Jawabku lagi.
"Miss ini McDonald airport ni."
"Apa?!" Seperti tidak percaya apa yang aku dengar..
"Miss, kawan miss tunggu miss di sini McDonald kami ya, katanya ('what is your name sir?' aku terdengar suara perempuan itu bertanyakan kepada seseorang yang lain) Iya namanya 'POOR FOOT' kah." Terseyum lebar aku mendengar nama itu, aku betul-betul tidak ada idea bagaimana dia boleh meminta dengan sesuka hati restoran McDonald itu menelefon aku memberitahu yang dia sedang tunggu di situ. Inilah pertama kali aku mendapat panggilan daripada McDonald.
"Oh, ok, ok. Kamu tolong pesan dengan dia tunggu saja di situ saya akan datang nanti," kataku mengakhiri perbualan telefon itu.

'Oh, patutlah. Telefon dia mesti tidak boleh roaming.' Sahut hatiku pula.
Selesai saja aku mencatat apa yang penting, aku terus saja memberitahu Rita yang aku duluan keluar dari mesyuarat ini, dan memandu menyusuri jalan raya yang basah kerana hujan sebentar tadi, tetapi matahari sudah kembali menampakan diri di balik celah-celah awan. Sekarang sudah hampir pukul 4 setengah, lebih kurang 3 jam Bernardo menunggu aku di lapangan terbang di McDonald untuk lebih tepat. Diri ini betul-betul kejam, kalaulah aku di buat begitu memang sudah lama aku sepak terajang dengan orang itu. Tapi apakan daya nak hidup kenalah cari makan.
Setibanya aku di lapangan terbang sudah pun pukul 5 petang, aku segera ke tempat berlepas di tingkat atas sebab di situlah McDonald terletak, yang aku tau di dalam lapangan terbang ini. Satu-satunya McDonald di sini. Aku hanya menaiki tangga dan secara perlahan aku cuba memerhati dari kejauhan orangnya yang ku cari. Pertama kali aku bertemu denganya hanyalah dalam beebrapa minit dan secara tidak tersengaja, aku tidak tahu kalau-kalau aku dapat mengecamnya kali ini, tapi aku melihat dia dari video chat kami selama ini. 'Apakah bodohnya aku ni,' aku menjawab diriku sendiri, ini mesti kerana terlalu nervous. Hanya sekali mata ku meliar mencari di ruang meja-meja makan di situ, terus saja mataku menangkap sesorang yang seeprtinya sudah lama ku kenal, dia berjaket jeans dan seluar jeans, dan juga kasut sneaker berwarna biru. Debaran di hatiku terus menjadi perlahan, sebaik saja aku mula melangkah ke arahnya. Beberapa pelayan McDonald yang membersihkan meja-meja di situ hanya melihat aku seperti mereka sudah pun mengetahui yang aku sedang menuju ke meja Bernardo, kemudian aku perasaan mereka memanggil beberapa kawan yang lain mengharapkan untuk menyaksikan wayang free dari aku dan Bernardo agaknya.


"Hi," Aku menyentuh bahunya dari arah belakang, dia cepat-cepat mengangkat mukanya dan melihat ke wajahku dengan senyumannya seperti biasa. 'Nasib dia tidak sepak terajang aku kerana buat dia macam bodoh menunggu di sini,' sempat aku berbisik sendiri di sebalik senyuman kecil ku itu.
"Im sorry make you...." Hmmm.. aku terikut tenggelam dalam tenungannya jauh ke dalam anak mataku. Aku berharap saja dia tidak mencium aku seperti lelaki-lelaki yang aku kenal sebelum ini.
"Now, I more relax. You are here, its really you." Jawabnya, tetapi masih merenung ke wajahku lagi. Peliknya, aku tidak merasa rama-rama yang selalu datang bermain di perutku, nafas ku juga sangat teratur, tangan ku tidak berpeluh dan aku tidak sedikit pun nervous atau gelisah. Aku lebih tenang, dan...dan..hatiku sangat tenang. Ini sangat lain daripada yang lain, yang pernah aku rasai sebelum ini. Aku tertanya-tanya apakah namanya perasaan ini?
"Are you ready?" Soalku untuk memberhentikan dia daripada terus merenung diriku,
"Lets go.." Dia bangun dan menuju ke kaunter McDonald itu dan mengucapkan terima kasih kepada Manager yang bertugas pada masa itu, tanpa sedikit pun menyentuh aku. Kulitku dan kulitnya juga tidak langsung bersentuhan, setakat ini. Sedangkan yang bermain dalam kepala aku selama ini hanyalah... pengaruh tv sahaja,.
"Let see if this is the right one.." Katanya kepadaku yang asyik melihat aku dari tadi sehinggalah kami berada di dalam kereta.

Cinta InternetWhere stories live. Discover now