Part 6: Mamma mia..

22 0 0
                                    

HI, IM HAPPY YOU REMEMBER ME. SO, WE SHOULD BE FRIENDS. DON'T YOU THINK SO?

-POOR FOOT.

'Ha? Apakah bendanya ni? Rajin sungguh dia membalas. Ingatkan dia saja nak try test.' Aku bercakap sendirian di dalam pejabat yang kosong itu, Stephen dan Rita bekerja di luar pejabat hari ini. Aku menekan butang buang di daalam skrin itu, tetapi ada 989 lagi email yang harus ku buang, aku terpaksa meneliti satu persatu agar tidak tersalah buang dan sendiri susah pula nanti. Ting.. bunyi email masuk dalam inbox ku:

HELLO, I KNOW YOU THERE.

-POOR FOOT.

Selepas membacanya aku terus buang lagi. 'Aku tertanya-tanya pukul berapakah di tempat si Poor Foot waktu ini, dia begitu rajin menghantar aku email. Dan entah apa saja yang di mahunya. Dia ingat aku bodoh kali mau scam orang.' Ting...Ting.. dua kali serentak emailnya kali ini:

YOU PLAYING HARD TO GET.

-POOR FOOT.

MS. RAEYA DEANS, HEY.. LETS TALK. I WONT EAT YOU, I SWEAR.
MAMMA MIA..

-POOR FOOT.

Aku menghembuskan nafas bersama keluhan, geram betul rasanya. Ting..Ting..Ting..

DID YOU REALLY RECEIVE MY EMAIL? I WONDER..MAYBE SOMETHING WRONG.

-POOR FOOT.

O.. MAYBE YOU IN THE TOILET.

-POOR FOOT.

I'LL TRY TOMORROW AGAIN. CIAO

-POOR FOOT.

'Astagha! Apa juga ni orang mau?!!!' Cetus hatiku lagi, aku menggaru-garu kepala ku yang tidak pun gatal. Kemudian mengambil keputusan untuk membalas email itu.

WHAT DO YOU WANT?

Ting..

O..THERE YOU ARE.
MMMMH.. YOU FORGOT SOMETHING.

-POOR FOOT

Laju benar jari jemariku membalas emailnya kali ini.

WHAT? WHAT?

Ting..

YOU FORGOT TO WRITE..
-UGLY BOOT.

-POOR FOOT

'sssssssst..' aku mengigit kuku ku, semakin geram di perbodohkan orang yang tidak aku kenali langsung.

WHAT DO YOU WANT FROM ME?

Ting..

YOUR MONEY..

-POOR FOOT.

'Apa?!!' memang benarlah orang ni scammer. Hatiku berterus terang kali ini. Ting..

GOTCH YOU.

-POOR FOOT.

Aku tersenyum sendiri kali ini, dan membetulkan punggungku, menegakan badanku dan meregangkan leherku. Ting..

BE MY FRIENDS. MY ENGLISH IS POOR LIKE MY FOOT, I THINK ITS NICE TO HAVE OTHER FRIENDS FROM MALESIA.

-POOR FOOT.

'Apakah bendanya MALESIA itu???' Aku mengerutkan keningku dan membengkokan kepala seolah-olah cuba mencari erti malesia itu, berulang-ulang kali aku menyebutnya manalah tahu aku dapat memahaminya... dan..

ITS MALAY-SIA. NOT MALESIA.

Ting..

THE SOUND JUST SAME TO ME.

Cinta InternetWhere stories live. Discover now