Tengahari itu aku cepat-cepat menyelesaikan urusan ku di pejabat untuk mengejar masa ke bank, begitu banyak perkara yang harus aku selesaikan, bank-in, cash out, bayar itu dan ini, maklumlah bila tiba saja hujung bulan bukan aku saja yang memerlukan bank, tetapi hampir setiap orang di muka bumi ini. Makanya bank adalah tempat kunjungan orang ramai yang tidak pernah kosong tidak kira waktu.
Kulihat jam di tangan sudah pun pukul 12.25 tengahari, setelah aku mengumpul segala dokumen yang kuperlukan untuk di bawa,
"Ko ready? Aku tunggu dalam kereta ya." Beritahu Stephen pada ku. Memandangkan dia juga mempunyai urusan di tempat yang sama dengan destinasiku dia menawarkan aku untuk menaiki keretanya saja, kerana itu lebih menjimatkan minyak dan tenaga serta mengurangkan kesesakan lalu lintas, berkongsi kereta sememangnya di galakan di kalangan rakyat setempat agar memudahkan lagi laluan jalan raya. Tanpa banyk soal aku terus saja bersetuju dengan tawarannya itu kerana apa yang lebih penting ialah sampai di kesemua bank-bank ini tepat pada masanya.Sebenarnya baru masuk dua tahun aku mengenali Stephen, dia yang berumur lewat 50an adalah bekas seorang anggota polis, oleh di sebabkan minatnya lebih cenderung di dalam bidang perundangan dia pun meninggalkan jabatan itu dan melanjutkan pelajarannya di united kingdom. Dia mempunyai frma guamannya sendiri yang diterajui oleh anak buahnya, katanya dia mahu bersara dengan lebih awal dan mencuba dalam bidang yang lain pula. Sebab itu dia melibatkan diri di dalam pergerakan NGO ini sebagai Co-leader'. Walaupun jauh beza umur di antara kami, memandangkan kami adalah rakan sekerja aku sudah lama menganggapnya sebagai kawan biasa, begitu juga dia. Kami semua sememangnya rapat dan mesra, cuma tidak pula menyentuh hal keluarga masing-masing, mungkin kerana kesibukan dan juga tiada masa yang sesuai untuk menceritakan hal peribadi.
Stephen menurunkan aku di tepi bangunan pusat beli belah yang baru di buka itu, kerana dia harus mencari letak kereta yang berdekatan, walaupun agak susah dengan keadaan kereta yang banyak dan masa rehat semua pekerja, kelihatan berpusu-pusu orang ramai menuju ke tempat makanan pilihan mereka. Oleh itu aku terpaksa melintas jalan raya utama dan agak besar itu untuk pergi ke bank yang cuma berada di seberang jalan sahaja. Aku berhati-hati melihat kereta yang lalu lalang di situ, dan sabar menanti lampu merah untuk memberi peluang pejalan kaki pula melintas jalan.
Sebaik saja lampu kuning tadi bertukar merah, berduyun-duyun orang ramai yang berdiri menunggu bersama-sama aku melintas jalan raya tersebut. Dari arah bertentangan tidak jauh dari aku berada aku melihat seperti Sherman yang baru keluar dari sebuah restoran, aku tersenyum dan berjalan laju untuk mengejarnya,. Tetapi.. ada seorang perempuan berambut perang mengekori rapat di belakangnya. Aku mulai rasa curiga dan cuba tidak mengekori rapat dengan mereka, sedaya upaya aku berselindung dari orang-orang yang lalu-lalang di situ kerana tidak mahu di lihat Sherman. Hatiku berdegup kencang dan berharap ianya bukanlah seperti yang aku fikirkan, kadang kala mata kasar ini pandai mengaburi hati. Belum sempat aku bermain teka-teki dalam kepalaku, betapa luluhnya hati melihat mereka berpegangan tangan dengan erat, bagaikan sepasang kekasih. Hatiku berbisik lagi.. 'mungkin saudara-maranya, atau sepupu sekampung.' Kata-kata hatiku mula memberi alasan pada banyak persoalan yang ligat bermain di kepalaku.
AKu tahu yang Sherman tidak mempunyai adik beradik perempuan, dia juga tidak pernah bercerita mengenai sepupu perempuannya atau saudara mara sebelah ibunya. Sebab kalau dari belah bapanya semuanya berada di Pulau Pinang. Aku berhenti serta merta ketika mereka berhenti di depan sebuah kedai majalan-majalah dan surat khabar, dan si rambut perang itu memeluk pinggang Sherman yang berada di sebelahnya. Gelak ketawa mereka begitu jelas kedengaran oleh ku yang hanya beberapa meter saja berdiri di situ.
Lemas seluruh badanku untuk meneruskan niat asalku, sebaliknya aku bersandar di dinding luar kedai menjual buah-buahan itu dan mendail nama Sherman untuk meminta kepastian kepada kekliruan dan kemarahan yang ada dalam diriku saat itu.
"Di mana kau?" Soalku dengan suara yang berpura-pura tenang.
"Saya on the way to office baru lepas lunch. Kenapa?" Jawabnya yang tidak berbohong langsung,
"Oh, dengan siapa kau lunch tadi? Ingat mau lunch sama-sama." Hatiku tidak akan berpuas hati selagi dia tidak masuk dalam perangkap ku.
"Ala.. lain kali call awal-awal. Saya pergi dengan kawan tadi." Juga benar apa yang di katakannya. Mungkin betul mataku hanya mengaburi hatiku.
"Di mana kau lunch tadi?" Aku masih tidak mahu mengaku kalah.
"Oh, di bangunan sebelah office' je. Malas mau jalan jauh-jauh." Jeng..jeng..jengg, kali ini benar-benar hati ku terluka, kurasakan luka lama berdarah kembali. Baru juga aku melihat dia keluar dari sebuah restoran yang terletak begitu jauh dari kawasan pejabatnya, yang pastinya tanpa kesesakan lalu-lintas pun akan memakan masa selama 30 minit untuk sampai. Tanpa berfikir panjang..
"I love you.." Terang dan jelas aku melafazkannya sebagai ujian terakhir untuk mengetahui reaksinya.
"Finally, thank you so much." Hanya itu saja yang keluar dari mulutnya.
"That's all?" Soalku lagi,
"Oklah, mau sampai office sudah ni, nanti saya call balik ya." Memang sah dia berbohong dan apa yang aku nampak dengan mata kasar ini semuanya betul belaka.
"Good-bye." Jawabku dengan ikhlas dan mematikan panggilan tersebut.
YOU ARE READING
Cinta Internet
RomanceDua strangers yang berjumpa dengan tidak sengaja di lapangan terbang, dan mula berhubung menggunakan internet, dengan perbezaan bangsa, negara, bahasa dan budaya mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta di dalam internet. Sehingga ke tahap manak...