"No doubt. You're really sick." Dia menarik tangannya dan mencapai sudu bubur itu dan mengajukan ke arah mulutku. 'Adehhhh..' bisik hatiku, mungkin menyesal sedikit. Aku menjelingnya dan membuka mulut dengan ketidakrelaan. Aku tidak sangka dia mampu membuat jantungku berdegup laju dan akhirnya dia buat selamba saja, tidak rasa bersalah kah dia membuatkan aku syok sendiri. 'Kurang asam..' marahku di dalam hati. Berpeluh terus dahiku pada saat itu bukan kerana demam yang aku alami tetapi, rasa iman yang tergugat untuk seketika saja.
"Kau tau.."
"Ada sesuatu yang aku tidak faham dengan kau." Sherman berhati-hati melafazkan tiap baris ayatnya,
"Kau sangat sukar di baca, dan aku takut aku salah tafsir dengan semua tindak balas kau. Kadang kala kau melayan aku macam aku ni boyfriend kau, kadang macam aku ni bukan sesiapa, kadang kau tidak peduli langsung, kadang..kau ambil berat seperti aku ni sangat bererti pada kau. Aku keliru adakah kita dalam relationship atau tidak." Selesai saja dia menghabiskan ayatnya yang terakhir, aku tergamam dan mengunci mulutku dengan rapat, persoalan yang sentiasa bermain di kepala ku kini di utarakannya juga. Bukan saja dia yang keliru tetapi aku juga terlebih dahulu keliru dengan sikap dan tindak tanduk ku."Hmm.. kan.., kita setuju untuk take it slow and steady. Takan lari gunung di kejar."
"Itu aku tahu, tapi aku perlukan kepastian kalau-kalau kau juga merasai apa yang aku rasa. Tidaklah aku bertepuk sebelah tangan."
"Hmmmmmh..," sedang aku cuba mencari-cari jawapan yang sesuai dia menciumi bibirku dengan lembut dan hangat. Untuk seketika kalinya aku blank' dan seluruh tubuh ini lemas dalam ciumannya. Entah kenapa tanganku begitu berat sekali ku gerakan untuk menolak dia, mungkin juga kerana aku enjoy' dengan ciuman itu, lembut dan sangat berhati-hati, aku.. aku.. berkeras tanpa mengerakan seinci pun badan ini. Mataku ku pejam serta merta, bau minyak wnginya meresap ke dalam hidungku, juga lembut dan menyenangkan. Belum sempat aku mahu membalas ciuman itu, dia menarik bibirnya dari bibirku. 'Apa? Apa ni? Ini saja?' Sekali lagi aku marah dengan perlakuannya. Tetapi aku malu untuk berterus terang yang aku mahukan lebih dari itu."Aku tidak mahu mendengar jawapan kau sekarang, kau banyak masa lagi untuk memberikan aku jawpan. Mungkin kerana kita kawan lama dan rasa macam lain kita 'move on to another step of relationship,' aku janji tidak akan terburu-buru dan menghormati dirimu juga." Terasa pedas penjelasan itu di telingaku, bukan seperti yang aku inginkan.
"Lepas makan ubat kau tidur, kena panaskan badan supaya berpeluh sikit, jadi demam pun turun. Aku mau baiki dulu tu pagar kamu di luar, bikin sakit mata memandang masa masuk tadi. Betul-betul mengundang pencuri." Dia berlalu pergi. Aku menghempap badanku di atas tilam dan menarik bantalku menutup mukaku, sambil menjerit perlahan agar tidak di dengarinya, kesal, hampa, geram semuanya pun ada. 'Aduiiii lah, ini bukan masanya kau mau kasih baik tu pagar!!!' Kataku lagi yang masih menekup muka ku dengan bantal.Malam itu aku masuk di dalam bilik Mag melihatkan dia dengan mask' mukanya yang sedang berbaring bersahaja di atas katil, segera aku baring di tepinya.
"Mag... kau pernah tidur sudah dengan lelaki?" Persoalan itu terlalu terang dan jelas membuatkan dia menarik mask' mukanya dan memandang tepat di wajahku.
"Don't tell me....." katanya sambil melopong, aku tahu apa yang dia syak.
"Tedalah, belum sampai tahap itu lagi, aku cuma tanya saja." Jujur aku menjawab.
"Pernah satu kali hampir-hampir, itupun sebab sudah 4 tahun kami dating. Tapi, ngam-ngam pula masa tu aku period' terus ndak jadi bah. Jadi si kawan pun bingung-bingung lah."
"Jadi kamu ndak cuba lagi?"
"Masalahnya kami jauh bah, baguslah kalau ada sebulan sekali kami jumpa, dia kerja minyak kan di laut."
"Tapi aku bersyukur juga tidak terjadi apa-apa, sebab kami ndak jadi juga, last last, dia kahwin orang lain juga tu piliihan keluarga." Sambungnya lagi.
"Aku tahu apa yang kau mau tanya, dan apa yang dalam kepala kau," bilangnya lagi.
"Ko tau, mungkin orang fikir aku ni kuno, atau perasan baik. Cantik pun ndak tapi bagus juga nasiblah ada juga orang suka. (Kami tergelak bersama) Masalahnya entahlah dunia moden sekarang ni harga diri perempuan dan lelaki macam tiada nilai saja. Nampak sangat pengaruh dalam tv tu meracuni fikiran anak-anak muda. Kalau iya pun kan tunggu sampai durang buli pikul tanggungjawab lah, ndak lah juga bah main tu pun tapuk-tapuk takut kedapatan. Aku ndak mau begitu!" Luahku dari hati ini.
"Kau tu mau dekat 30 sudah umur pun masih fikir pasal itu, sekarang budak-budak yang baru tingkatan 1 pun sudah ganti-ganti masuk hotel tau. Kalau kau tanya pendapat aku, selagi kau boleh pertahankan.. kau pertahankan. Kalau sudah tidak boleh, sebab itu hati tidak kenampakan dari mata kasar orang, tapi sebenarnya itu lah yang membagi arahan kalau kau sudah di lamun cinta. Itu kepala tidak buli suda berfungsi dengan baik."
"Ada orang pernah cakap aku.. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitulah juga dengan lelaki. Walau bagaimana pun, kita tidak boleh salahkan nafsu sebab itu perasaan semulajadi yang menjadi salah satu kepentingan untuk manusia. Cuma mau tau saja kawalan diri kau tu kuat atau tidak." Begitu pesan orang yang sudah duluan makan garam dariku,
"Dan.. kalau kau rasa diri kau tidak kuat.. jangan lah pulak kau mau cuba-cuba bah. Mana-mana situasi yang kau rasa membawa kau kepada dugaan seperti itu, cepat-cepatlah mengelak. Ko ingat apa bilang tu cerita yang kita tinguk minggu lalu? Manis sekali saja tapi penyesalan seumur hidup (merujuk kepada kisah benar remaja di usa 'Teen Mom', ada yang melakukan hubungan seks sekali saja terus mengandung pada usia 15 tahun)"
"Eeee..kau ni, palis-palis." Ngeri aku mengingatkan kembali cerita itu.
"Eh, that's reality mah. A baby never..a mistake, a suprise maybe. But, that surprise can change you life like helll! Let say if you want to..just try for the first time, fine.. cubalah, then teda apa-apa terjadi. Uiii nah thank God, then sudah cuba sekali mau cuba lagi.. second time, wow... more sweet than bitter. Abis kau pun pandai sudah selok belok. Good, then ko pikir kau bernasib baik selama-lamanya, ndak juga bah tu apa-apa.. ketiga, ke empat, ke lima macam ketagih pula. One day.. bom! Dua line pregnancy test, itu ok lagi buli tapuk-tapuk, paksa kena kawin biar pun teda apa-apa. Tapi kalau positif Hiv or sifilis? How lah...? Menelan air liur aku mendengar ugutan Mag.
"Eh..hey.. im not into that part." Bantah ku, supaya dia tidak terus menerus menakutkan aku.
"At least kalau kau betul-betul mau test drive the car'.. bah, take care yourself ambil protection, and itu guy yang memang yang baik-baik, bukan yang macam kau pick dari night club, atau internet." Terus mengingatkan aku dengan Bernardo saat itu. Tapi apalah kena mengena dia dalam hal ini aku bukan pun bercadang untuk berjumpa dia.
"Amacam.. you want some more.. my point of view dari segi agama?" Soal Mag,
"Hmm... No thanks." Aku menepuk-nepuk bahunya dan terus keluar dari bilik.
YOU ARE READING
Cinta Internet
RomanceDua strangers yang berjumpa dengan tidak sengaja di lapangan terbang, dan mula berhubung menggunakan internet, dengan perbezaan bangsa, negara, bahasa dan budaya mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta di dalam internet. Sehingga ke tahap manak...