Part 7: Berikan peluang kedua

33 0 0
                                    

    Matahari sudah pun lama menutup tirainya berlabuh pergi, menggantikan sang bulan yang begitu segak di dada langit megah berchaya memancari seluruh alam semesta, kelipan bintang-bintang kejora disisinya begitu mengagumkan, pasti saja memukau semua mata yang memandangnya. Indah tidak terkata langit hitam yang tidak berwarna itu di banjiri mutiara gemerlapan di sana sini. Sudah beberapa hari kepulan awan menyelimuti malam dengan tumpahan air hujan, berserta kilat dan petir bersahutan. Menjadikan tanah bumi yang gersang sebelum ini mengandung air yang banyak hingga berlimpahan. Semuanya caturan yang Mahakuasa, aku sebagai yang hidup amat bersyukur dalam menikmati keindahan dan anugerah ini.

"Now talk to me.." Aku mempersediakan mental dan hati untuk mendengar apa yang bakal keluar dari mulut Sherman, walaupun aku sudah dapat mengagak dari bicara kami sebelum ini. Sudah semalaman otak ku bekerja tanpa melibatkan hati ini, aku cuba sedaya upaya untuk lebih positif dan terbuka di dalam pertimbanganku. Aku tahu apa yang di mahukan Sherman, tetapi aku masih ragu-ragu di dalam keputusan yang bakal ku buat, keliru dalam soal cinta atau persahabatan. Seandainya aku memilih cinta aku harus memberikan hati yang berparut ini dan... kesepian dan kesunyianku selama setahun ini akan berakhir,. Tetapi, kuatkah diriku menghadapi drama-drama baru dalam hubungan yang baru. Sebaliknya jikalau aku memilih persahabatan, tentu saja aku akan kehilangan kedua-duanya sekaligus iaitu cinta dan sahabat baik ku. Tiada satu orang pun yang boleh menjadi kawan baikmu setelah cintanya di tolak, apa lagi untuk bersua muka.

"Sudah lama perkara ini aku pendam, aku rasa kau juga sedar dengan isi hatiku walaupun aku tidak pernah meluahkannya. Aku tahu kisah kau dan ex kau sebelum ini, dan aku sudah cuba untuk menjadi sahabat baik yang meminjamkan telinga dan bahunya. Tetapi aku tidak mahu berada di tempat ini selama-lamanya, aku sedar yang aku mahukan sesuatu yang lebih dari sahabat buat mu." Jelasnya, dia kelihatan tenang kali ini. Dan ada yang menyentuh hatiku melihatkan raut wajahnya yang penuh harapan tetapi tidak mengharap. Suatu yang baru aku lihat pada dirinya yang tidak pernah kulihat sebelum ini.

"Aku tahu cinta tidak boleh di paksa apa lagi kalau berpura-pura. Tapi aku mahu kita mencuba sebelum mengatakan tidak. Kalau kita boleh jadi kawan baik, kenapa tidak boleh jadi kekasih? Sekurang-kurangnya.. kita cuba. Kalau betul cinta itu bukan untuk kita, aku rela lepaskan kau pergi. Tanpa mengesalinya." Panas darah ku yang mengalir di seluruh tubuh mendengar pengakuannya. Konsep yang dia cadangkan itu betul-betul mengena di hatiku. Mungkin aku tamak tidak mahu kehilangan dia sebagai sahabat, apatah lagi melukakan hatinya. Tetapi..

"Kenapa formal betul ni? Aku belum pernah dengar lagi kau cakap dengan ayat-ayat lawa begini," giliranku pula membuka mulut. Walaupun aku tau sebenarnya bapa Sherman berbangsa india yang berasal dari pulau penang, dan berkahwin dengan ibunya yang sino kadazan itu berasal dari penampang.

"Sebenarnya aku cuba ikut slang kau ni, (dia ketawa kecil) susah betul aku mau sebut aku, aku.. kamu.."

Aku berfikir seketika, patut pun aku rasa lain macam saja dengan ayatnya. Sampai begitu sekali dia rasa kekok dengan aku dalam meluahkan isi hatinya. Sememangnya aku tidak nafikan di sabah ini juga mempunya slang atau caranya tersendiri bilamana mereka bercakap bahasa melayu sabah. Paling ketara apabila bercakap dengan mereka yang berada di pantai timur sabah. Kadang kala orang silap tafsir bila mereka menggunakan perkataan aku, atau kamu atau tak.. berbeza dengan mereka yang berasal daripada KK dan sekitarnya, turun tambunan dan tembus keningau. Manakala di bahagian kuala penyu dan labuan juga agak berbeza. Hanya di sabah yang menegenali perbezaan-perbezaan itu. Sejak aku tinggal di kk yang sudah dua tahun ini pun memang pada mulanya orang di sekeliling ku sedikit sukar menagkap beberapa perkataan baru yang kelaur dari mulutku, apatah lagi irama percakapan itu jauh sekali dari apa yang aku dengar orang-orang tempatan sini gunakan. Begitu uniknya Sabaah tanah air ku, bahasa juga memainkan ciri-ciri utama mengenali seseorang itu dari mana tempat dia sebenarnya. Berbalik pada situasi kami..

Cinta InternetWhere stories live. Discover now