Seawal jam 9 pagi aku sudah pun membawa Bernardo ke Gaya Street, salah satu tempat kunjungan pelancong-pelancong asing yang datang. 'Haa..kali ni lah kau jumpa banyak kawan-kawan ko sama spesis,' aku berbisik sendiri.
"Your market very good. They sell everything here. Tortoise, chicken, vegetables, fruits, fish, clothes, music..and cats...woww, wonderful." Katanya dengan suara yang agak tinggi sedikit kerana terlalu ramai orang di situ.
"Do you have market like this.. there?" Tanyaku pula.
"Hmm.. yes, they sell many things too, vegetables, fruits, clothes, meat, toys.. but no cats. We sell no cats."
"Ohh.. then what else they sell?"
"Sheep." Jawabnya dengan muka selamba. Menelan air liur aku membayangkan sekumpulan kambing biri-biri di tengah-tengah jalan begini untuk di jual.
Begitu seronok aku berjalan bersamanya terasa banyak lagi perkara di dalam dunia ini yang belum ku ketahui, berkongsi maklumat mengenai pengalaman hidup kami masing-masing sangatlah mengujakan. Terasa masa begitu cepat berputar apabila kami bersama, dan tidak kering gusi ini untuk senyum dan ketawa sepanjang hari. Buat pertama kalinya aku lupa mengenai hati ini yang pernah terluka berkali-kali, diri ini yang sentiasa sunyi, kepala ini yang sentiasa sakit dan stress. Buat pertama kalinya aku tidak ragu-ragu dengan seorang insan yang bergelar lelaki dan hubungan kami, tidak terlintas pun di dalam fikiranku mengenai masa depan atau hari-hari yang mendatang. Aku bebas menjadi diriku sendiri, tersenyum tanpa perlu berusaha mengawal nafas turun naik itu dan imaginasi, rama-rama di hati dan perutku juga tidak datang-datang langsung.
Sesekali ada mata-mata yang memandang kami berdua berjalan beriringan melihat gerai-gerai di sini, rasa lain pula perasaanya apabila di renung-renung orang sekitar. Walaupun aku mahu hati ini berbunga-bunga, tetapi ianya cuma...tenang sahaja, 'cool dan rilex'. Beberapa kali Bernardo meletakan kedua-dua tanganya di belakang, apabila berjalan terlalu hampir denganku, seoalah-olah dia tidak mahu menyentuh dan tersentuh dengan ku walau sedikit pun. Heran, aku tertanya-tanya apa yang sebenarnya ada dalam fikirannya, dan apa pandangannya terhadap ku, hidup aku, dan perhubungan kami.
"Do you like live in the city?" Tanyanya dengan tiba-tiba sambil melihat-lihat di sekeliling.
"Hmmh...I grown up in the city. So, I..prefer small town, with beach or river maybe ermm... forest, mountain."
"I can see you love nature and animals."
"Oh no.. big animals, no! Just pets, small pets."
"Oh.. pets.. but horse is big, u will no like horse."
"What? Your pet.., your pet, is a horse?" Melopong mulutku tanpa aku sedari, dengan mata yang agak bulat.
"No, no pets, my mother allergy. But we think horse is like our pet...in my place."
"Oh myy..eheh.."Aku hanya mampu tersengih ke arahnya,
"Hmm.. is that true, horses eat ice cream? I saw it from one movie hmmm.. dakota fanning," Tanya ku dengan tiba-tiba, apabila teringat filem yang di bintangi dakota fanning dengan kudanya yang tiada harapan untuk hidup dan akhirnya menjadi juara semula.
"Yes, my friend horse eat cheese and pizza. Owhh Margherita pizza their favorite, and hahaha.. they chew his boots too"
"Huhh?!" Aku tidak sikit pun merasakan ianya lucu dengan membayangkan satu, dua ekor kuda yang sedang duduk-duduk di dalam rumah dan memakan semua alas kaki ku. Dengan baunya, dan bunyinya, dan size' nya, 'uuuuh..Horse? No way!' Ucapku berulang-ulang kali.
"Wait.." Dia memotong percakapanku dan tunduk serta-merta mengikat tali kasut ku sebelah kanan. Terkebil-kebil mataku melihat dia berbuat demikian, beberapa mata yang lalu-lalang di hadapan kami juga melihat ke arah kami, merah-merah jugalah pipi ini bukan kerana 'sun burn' tetapi malu berdepan dengan orang sekeliling. Aku sendiri tidak menyedari bilakah tali kasut sneaker' putih itu terlerai, selama ini aku ingatkan dalam drama-drama korea saja yang ada adegan-adegan tambahan begini, tapi aku tidak sangka orang putih juga ada 'sentimental value' nya tersendiri. Belum pernah ada sesiapa pun yang mengikat tali kasutku sebelum ini, tidak ada seoraang lelaki pun! Tetapi, dia ni perasaan pula tali kasut ku terbuka, dan di ikatnya serta-merta. Setelah selesai,
"you want gelato?" Dia bertanya sambil menunjukan lori aiskrim yang berhenti betul-betul di depan jalan gaya itu.
"Oh..sure." Jawabku walaupun sebenarnya aku tidak pasti adakah dia maksudkan aiskrim atau pun tidak, tapi setelah melihat dia menuju ke arah lori itu hatiku lega.
"Let see you mother, i want to know your family." Bengggg!!! Macam di tembak saja jantungku mendengarkan permintaannya itu mujur saja tidak telepas aiskrim kon itu dari gengaman tanganku, kalau tidak putih mata lah aku tidak merasa.
"Hmmm.. errr..well, aaaah.. why? I mean..why you want to see them?" Terasa sejuk peluh yang mengalir di dahiku.
"I want to know everyone in your family, you said you have brothers and sister. I'm the only child. I want to see you home.."
"Hmmm.. forget it, my home? Quite far from this city?" Kataku cuba mengelak.
"We can take aeroplane. I have time..uhmm..until Thursday."
"I'll talk to my mother first ok." Sambil menghembuskan nafas yang panjang, tapi dia bukannya siapa-siapa pun, datang pun bukan berhajat seperti lelaki-lelaki sebelum ini, dia cuma datang untuk berkenalan. Apa yang harus aku takut dan risaukan? Aku pasti keluarga aku boleh terima dia sebagai tetamu untuk sehari. Kali ni lah riuh orang kampung bercakap, mat saleh ada di rumah aku. Keluar tv3 kan bagus, agar si 'kamu tahu siapa namanya' itu sampai di telinga dia. Sajalah untuk mengungkit kemarahannya, bagaimanalah reaksinya kalau-kalau dia mengetahui akan hal ini?
Pagi itu aku memandu ke jeti untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, demi menunaikan hajat orang putih yang satu ini, memandangkan dia mau sangat melihat pantai di sini jadi aku pun memberikan peluang untuk dia merasa masin kah tidak air laut ni negaraku.
"Kalau orang asing memang mahal sikit. Itulah harga yang kami kena ikut tu." Terang seorang pemuda di sebalik kaunter yang menjual tiket untuk membawa ke pulau-pulau yang berdekatan di KK ini.
"Apa? Mahal juga, untuk pulang balik bot kah tu? Tiada diskaun kah?" Tanya ku lagi, kerana terkejut begitu mahal sekali harga tiket yang di kenakan kepada mereka-mereka ini, mahu tidak mahu aku mengeluarkan juga duit untuk membeli tiket itu. Takanlah aku mau minta pula dengan Bernardo, sudahlah dia belanja mahal-mahal untuk harga tiket kapal terbang untuk berjumpa aku sambil makan angin, lain lagi hotel dan perbelajaan lain-lain, jadi mana yang aku boleh bantu, aku bantu dengan ringan hati. Sudah namanya kawan, kenalah layan seperti betul-betul kawan kan.
"Ok, ini tiketnya.. dan balance duitnya. Boleh minta nombor telefon kah?" Tanya pemuda itu lagi,
"Nombor telefon untuk apa?" Tanya ku balik,
"Saja-saja untuk berkenalan." Jawabnya tersipu-sipu malu menampakan giginya yang terumbang-ambing bagaikan melodi muzik di buku nota.
"Nombor telefon... minta diskaun ndak di bagi, ada hati minta nombor telefon..." Balasku separuh menyindir dan menjeling, bertambah lagi besar senyumannya padaku.
"Kau ni..mahal betul lah, pigi mana-mana pun semua orang cas mahal, jual kau pun ndak laku oh kali, teda orang mau abis maintenance mahal, kalah-kalah perempuan ni, huuu.." aku bercakap sendiri di hadapannya sambil melihat dia menyarungkan jaket keselamatan.
"Do you swim?" Tanya Bernardo memakaikan aku jaket keselematan itu.
"No. Im aquaphobia."
"Ok, no worry..im here with you." Dia meyakinkan aku dengan senyumannya lagi.
"But, do you know what is that?" Tanya ku lagi, seperti tidak yakin dia memahami apa yang aku ucapkan.
"What? Aquaphobia? Sure. Aqua in italy means water, it's from latin, and im from latin. You phobia with water. I understand that." Cepat-cepat aku menoleh ke kiri, dan mengipas diriku dengan kertas yang di berikan dari kaunter tadi. 'Tiba-tiba pula dia jadi bijak.' Ucapku yang hanya hidungku saja yang dengar.
Hari itu agak panas, matahari begitu terik memancar di atas kepala, aku hanya berjalan di persisiran pantai sahaja, melihat pemandangan biru yang beralaskan pasir putih yang halus dan lembut menyentuh pada tapak kakiku. Bernardo menanggalkan bajunya lalu memandang jauh ke arah laut yang tenang itu, 'ini action baywatch ker?' fikirku mendongak merenung dia yang berdiri betul-betul di hadapanku, aku sedikit terkejut melihat perlakuan spontannya itu. Perlahan-lahan dia mengalihkan seliparnya berdekatan tempat ku duduk dan berlari terus terjun ke dalam air,. 'Kalah-kalah iklan perfume di tv pula.' Lafazku sendirian tetapi dia sudah pun berenang jauh dari penglihatanku. Hanya sesekali saja aku melihat dia di atas permukaan air, selebihnya entah ke mana dia menghilang. Setengah jam kemudian, dia naik ke darat dan duduk di sebelahku.
"You like beach but you can not swim, that's interesting." Mendengarkan dia berkata demikian aku terus memandang tepat ke arahanya, 'menyindir pula kau sana..' jawaba hatiku,
"House at the beach.. like this, you like it?"
"Only..if the beach.. this nice, clear water, white sand very, very clean."
"Oh that for sure, no one build a house at dirty beach."
"Here, quite difficult to find or to build a house near to the..nice and beautiful beach,"
"I see.., its possible in my place, I'll find one for you," Dia tersenyum memandang aku,
"hahahaha.." Ketawaku berseloroh mendengar janji manisnya itu.
Keluar saja dari pulau aku terus memandu pulang ke rumah, kepenatan ku sepertinya tidak habis-habis walaupun tidur ku cukup, makan ku enak. Mungkin kerana terlalu seronok menghabiskan masa bersama Bernardo dalam beberapa hari ini. Sebelum tidur aku sempat menelefon ibuku memberitahu yang aku membawa seorang pelancong asing untuk ke rumah, hanya untuk berkenalan dan melihat hidup orang di Malaysia. Oleh itu dia juga tidak salah sangka dengan kami nanti. Tau sajalah ibu-ibu ini terlalu sensetif ada saja yang mereka fikir bukan-bukan nanti, naluri mereka itu lebih hebat dari Sherlock Holmes.
Aku gagahi juga memandu pulang bersama Bernardo hari itu walaupun perjalanan jauh, tapi ini bukanlah kali pertama bagiku memandu dalam jangka masa yang panjang, selok-belok jalan ini juga sudah ku hafal. Selalunya aku memandu seorang diri untuk pulang ke kampung halaman, 5, 6 jam aku habiskan sendirian di atas jalan raya yang panjang berbukit-bukau dan jalanya seperti ular, begitulah kalau berada di rantauan, memaksa anda berdikari sendiri.
Hari itu hujan lebat di pertengahan jalan, aku memandu dengan berhati-hati dan secara perlahan sahaja, kerana tidak mahu menempah masalah pada masa-masa begini, di tambah lagi nyawa orang asing ini di tangan aku, tentunya aku cemas bila memikirkan banyak benda yang boleh terjadi di luar jangkaan aku. Belum sempat aku habis melayani fikiranku, dari arah bertentangan sebuah bas besar yang membawa ramai penumpang memotong lori besar yang berada di hadapannya sikit lagi merempuh kereta kecil ku itu. Saat-saat cemas itu betul-betul membuatkan tulang-belalangku bergegar ketakutan, aku berhenti di tepi jalan serta merta dan keluar daripada kereta.
Belum pernah terjadi kejadian seperti ini selama aku memandu, inilah pengalaman pertamaku. Pemandu bas itu betul-betul tidak bertanggungjawab langsung, berani sungguh dia mengundang maut bersama semua nyawa yang berada di dalam basnya. Aku duduk bersandarkan tayar kereta di rumput-rumput yang basah itu, terasa lemas diri ini dengan tiba-tiba, lemas ketakutan sehinggakan air mata ku keluar setitik demi setitik. Aku menutup mukaku dengan kedua belah tanganku dan menangis teresak-esak, tidak berapa lama kemudian aku merasa sentuhan tangan yang begitu asing bagiku. Segera aku membuka mataku dan melihat Bernardo berlutut di hadapanku dengan kedua-dua tangannya di sebelah-menyebelah pipiku, dan memandang tepat ke dalam mataku.
"Look at me, Rae..look at me..Its ok, Im here with you." Dia mengungkapkan kata-kata itu dengan mengukir senyuman kecil buatku. Dia mengesat air mataku dengan ibu jarinya,itulah kali pertama dia menyentuh kulitku, maksudku memegang wajahku dengan kedua-dua tangannya, dan menyakinkan aku untuk kembali memandu semula dan menyambung perjalanan kami.
Di luar rumah kelihatan ramai sekali anak-anak buah ku menunggu kepulanganku, selepas ku peluk seorang demi seorang aku membawa Bernardo masuk ke dalam kemudian..
"Psst.. kenapa kau kasih biar dia bawa masuk kasut di dalam ni." Bilang ibu ku tetapi senyum-senyum memandang aku. Perlahan-lahan aku membisik dengannya untuk menanggalkan saja kasutnya di luar rumah, dia sempat melirik ke arah semua kaki-kaki yang berada di dalam rumah itu, lantas dia berdiri semula dan menanggalkan kasutnya di luar depan pintu rumah.
Kakak ku menjamu kami semua makanan laut pada tengahari itu, sambil berbual-bual dengan Bernardo. Kali ini aku lihat dia makan tanpa banyak 'wow.. woah..oh..', apa yang bagus dia ni bukanlah seorang yang cerewet dan pemilih makanan. Setakat ini dia tidak pernah menolak semua yang di sorong di depannya, semua pun dia mau cuba dan merasainya. Begitu pedas ketam hari itu, pun berekor-ekor juga di habiskannya. Mukanya merah padam, termasuklah bibirnya sekali. Air bandung yang sejuk-sejuk itu bergelas-gelas di minumnya. Selepas makan kakak ku menghidangkan kopi pula..
"Oh, this is American Coffee," katanya melihatkan segelas kopi yang di tuangkan oleh kakak ku tadi,
"No..its malaysian coffee." Balas kakak ku.
"Its tall like American coffee." Sambungnya lagi sambil menunjukan gelas mug itu,
"our coffee little, in small glass like this.." Dia menganggar dengan jarinya untuk di tunjukan kepada keluargaku. Aku hanya tersenyum memandang gelagat dia dari anak tangga rumah.
Walaupun aku sudah jelaskan dengan terang kepada mereka yang Bernardo cuma datang melawat sahaja, tapi malar ibu dan abangku bertanya soalan-soalan lazim pilihan. Itu belum lagi termasuk soalan bonus dari ibu ku.
"Kau sudah pernah berkahwin? Kenapa belum mau kahwin?" Belum sempat abangku alih bahasakan kepada english..
"Maa...," panggilku dengan kening yang berkerut. Bernardo yang tidak faham hanya memerhati dan senyum-senyum seindah suria.
Begitulah pertemuan singkat itu antara Bernardo dengan keluargaku, di dalam perjalanan pulang kami sempat singgah sebentar di perkarangan gunung kinabalu, tetapi hanya melihat puncaknya dari arah jalan raya sahaja.
"Wow.. theres so many vegetables here." Komennya apabila melihat sayur-sayur di kundasang, kemudian dia menghampiri bunga ros merah yang sedang mekar yang sudah pun di bungkus plastik cantik-cantik, dan berbisik..
"people here eat roses too, like vegetables?"
"Noooo... They sell the flower." Mau ketawa pun susah, mau marah lagi lah aku tiada kuasa.
"Ahhh..ok, but its look expensive." Apabila dia melihat tanda harga pada setiap bungkusan itu.
"It is expensive.. its roses you know.." Jawabku,
"I know.. but in my place I can gift you roses every day for free."
"Every day? For free? You plant this.." Soal ku dengan teruja kerana aku tidak pernah ingat seandainya dia ada memberitahuku dia ada menanam bunga rose.
"Noooo..., I just can pick this.. from the roadside." Selamba saja dia menjawab aku, mentang-mentanglah iklim negara dia sejuk. 'Sabar saja kau wahai hati,' beritahuku pada hati ini sambil mengurut-urut dadaku.
Malam itu adalah malam terakhir aku bersama dia, esok tengahari dia akan terbang terus ke Australia untuk mengikuti kursus selama sebulan,. Sedikit sebanyak hati ku sayu dan sedih dengan pertemuan yang singkat itu. Baru saja kami rasa selesa bersama-sama dia sudah pun mau berangkat pergi. Semua persoalan dan pertanyaan di dalam hatiku masih belum berjawab, terutamanya soal hati ini. Sejujurnya, aku amat menyenangi kehadirannya bersama-sama aku hampir seminggu ini. Walaupun kami tidak pernah membangkitkan soal cinta di antara kami, tetapi hati ini seperti sudah mengerti untuk menggantikan mulut berbicara. Buat pertama kalinya aku melihat sesorang itu bukan kerana parasanya, sifatnya, apa yang dia miliki atau apa yang telah dia lakukan untuk ku dalam mengukur cinta, tetapi hanya melihat hatinya dan apa yang belum dia lakukan kepadaku.
Di lapangan terbang setelah selesai meninggalkan bagasinya di kaunter check-in, kami berdiri saling berpandangan untuk beberapa saat, terasa semua perkataan hilang berciciran, mulut ni begitu berat untuk mengucapkan sesuatu.
"You still happy, im here with you?" Soalannya yang pertama kali di ajukan pada aku kini di ulanginya kembali. Perbezaan kali ini aku menjawabnya tidak teragak-agak,
"Yes, Im still happy." Aku senyum dan dia senyum kembali.
"That's the important things, to know you happy..i more happy." Dia menarik sesuatu dari poket seluarnya, sekotak kecil berwarna biru dan sekeping sampul surat putih tetapi tidak bertulis apa-apa di luarnya, dan juga sekeping kertas putih terlipat dua. Hatiku gelisah dengan tiba-tiba, mataku asyik memandang kotak biru itu, aku sudah tidak sabar untuk melihat isinya. Aku menunggu dia membukanya dan..
"I have gift for you, to answer your precious question before. You open this box you will know what to do, and this one (sambil menyerahkan aku sampul surat itu) its my happiness.." Dia mengucapkan setiap baris perkataan itu satu demi satu, sedangkan hatiku sudah dup, dap, dup, dap menari rap.
"Ohh..i don't know what to say," balasku yang sememangnya blank' tidak tahu apa yang harus aku katakan pada saat itu.
"Once you open all this, you will have more... and more to say." Pandangan matanya sayu, tapi hatiku keliru dengan semua perkataan yang di utarakan itu. Sepertinya tiada satu pun yang ku faham dengan jelas, semuanya penuh dengan tanda soal.
"I'll see you..when I see you." Dia memegang pipi kiriku dengan tapak tangannya yang terasa hangat.
"Ciao amore." Katanya dan mengelipkan matanya sesaat kemudian senyum lagi padaku.
Perlahan-lahan aku melihat dia meninggalkan aku dan melambai dari jauh sehinggalah aku tidak melihat bayangnya lagi. Aku menghembus nafas panjang dan hati ini terasa kosong sekali lagi, dengan tiba-tiba aku merasa sunyi kembali walaupun persekiranku bising, begitu banyak orang ketika itu, tetapi aku masih tetap terasa sunyi. Aku segera menuju ke tempat duduk yang di sediakan di situ, pandanganku jauh di luar sana. Kemudian aku melihat dalam genggaman tanganku kotak kecil yang berwarna biru itu, perlahan-lahan aku membukanya dan melihat sebuah pemain MP3, lalu aku melihat kertas putih yang berlipat dua tadi, ianya adalah homework yang diberikan Bernardo kepadaku tetapi telah di susun atur bahasanya ke dalam bahasa English, dia print dengan begitu cantik sekali, dengan tajuk besarnya: TO YOU,
Aku terus saja memasukan kedua-dua earphones' mp3 tadi ke dalam telingaku dan menekan pada butang play', sambil melihat ke dalam translation nya pada kertas putih itu.
Aku tersenyum puas dengan air mataku jatuh berlinangan, setiap baris ayatnya bergitu bererti menyentuh hatiku, iramanya juga cukup menyenangkan ku. Betul apa yang di katakan Bernardo, the song like magic. Sebuah impian akan cinta yang penuh harapan. Seperti suatu mimpi yang terlalu indah untuk di akhiri. Tidak ku sangka dia meluahkan rasa cintanya dengan lagu yang begitu sempurna bagiku.
Kemudian, aku meletakannya kembali, dan membuka perlahan-lahan sampul putih yang tidak tertulis apa-apa pun di luarnya. Aku membacanya 'NOOO!' Kataku dengan mulut yang masih lagi luas terbuka, menyedarkan itu aku cepat-cepat menutup mulutku dengan tanganku. 'Adakah ini mimpi? Atau aku yang silap melihatnya,' cetus hatiku, aku membacanya lagi kali ini dengan berhati-hati... sepertinya aku mahu melompat, sepertinya aku mau melekat saja pada kerusi itu, sepertinya.. aku tidak tahu apa reaksi yang harus aku tunjukan melihat nama ku dengan huruf besar semuanya pada tiket kapal terbang pulang balik ke italy itu,.TO YOU.
To you, because you are unique in the world
The only reason for me to go until the end
every breath of mine When I look at you
after a day full of words without you saying anything
Everything becomes clearTo you, who found me
in the corner with my fists closed
with my back against the wall
ready to defend myself, Eyes to the ground
I was standing in line, with disillusioned ones
You picked me up like a cat and you brought me with youTo you I sing you a song
Because I don't have anything else
Nothing better to give you
of everything I have
Take my time and the magic
that with only one jump makes us fly in the air
like little bubblesTo you, who are simply you
The essence of my days
The essence of my days
To you who my biggest love and my greatest love
because you have taken my life
and made so much more out of itTo you who gave meaning to time
without measuring it
To you who my biggest love and my greatest loveTo you that
I have seen you crying in my hand
So fragile, that I could have killed you
by tightening the grip
then I saw you with the strenght like an airplane
take your life into your hands and drag it to safety
To you who taught me how to dream
and the art of adventureTo you who believe in courage and also in fear
To you, who are the best thing
that has ever happened to me
To you, who change every day
But always stays the sameTo you who are simply you
The essence of my days
The essence of my daysTo you who are truly you
The essence of my days
The essence of my daysTo you who never like yourself
though you are wonderful
The forces of nature gather in you
You're a rock, a plant, a hurricane
you're the horizon that welcomes me when Im so far away
To you the only friend that I can have
the only love I want to have
if you weren't with me
To you who made my life so beautiful
that you can turn my fatigue to a huge pleasure
To you who are my biggest love and greatest love
because you have taken my life and made so much more out of it
To you gave meaning to time without measuring it
To you who are my biggest love and greatest love
To you, who are simply you, The essence of my days
the essence of my dream
To you who are simply you companion of my days
the essence of my dream
YOU ARE READING
Cinta Internet
RomanceDua strangers yang berjumpa dengan tidak sengaja di lapangan terbang, dan mula berhubung menggunakan internet, dengan perbezaan bangsa, negara, bahasa dan budaya mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta di dalam internet. Sehingga ke tahap manak...