Part 12: Cinta tidak seharusnya memiliki, cukup sekadar melihat dia bahagia.

29 0 0
                                    

"Good morning," Sapa Jasrin awal pagi itu, 'teda muka lain asyik dia saja yang ku nampak dalam lif ini.' Aku senyum kecil padanya tetapi berbisik dalam hatiku. Segak dia di hari terakhir ini tidak seperti semalam yang agak compang-camping.
"Kau ni orang mana bah ni sebenarnya?" Dia cuba membuat perbualan denganku.
"Orang sabah." Tersenyum dia mendengar jawapanku yang ringkas.
"Iyalah sebelah mana?"
"Hmm.. rahsia." Aku memandang tepat ke arah wajahnya ketika memberikan jawapan itu dan berlalu pergi sebaik saja pintu lif terbuka.
Apabila melihat semua para peserta sudah pun berkumpul di dalam dewan, aku terus menolak beg keras yang menyimpan semua peralatan system pembesar suara di depan sekali, untuk mendapatkan perhatian semua orang yang sedang asyik berbual di sana-sani, kalah-kalah pasar minggu di gaya street, dan memasang mikrofon di tanganku.
"Test 1,2,3.. test 1,2,3." Aku mencuba sound mikrofon berkenan takut-takut kalau tidak berfungsi.
"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya meminta semuanya mengambil tempat duduk masing-masing kerana saya mempunyai beberapa perkara hendak di umumkan di sini."
Kelihatan para peserta perlahan-lahan bergerak menuju ke tempat asal mereka. Setelah semuanya duduk dan menunggu arahan seterusnya dariku, yang mana aku terasa begitu seronok buat seketika, kerana inilah peluang untuk ku memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai berpangkat tinggi ini mengikut kemahuanku. Dalam hatiku aku berbisik 'kekekeke.. baru kamu tahu, di sini aku bos, ok!' Tambah seronok apabila setiap dari mereka mendengar dengan teliti apa yang aku sampaikan ketika itu, ini salah satunya perkara yang membuatkan aku menyukai kerjaku.. tetapi sekarang rumah tangga orang lain bergantung pada keputusanku untuk berhenti kerja atau tidak.

Belum sempat aku keluar dari dewan itu, aku melihat Siti dari pintu belakang menunjuk ke arahku dengan jari telunjuknya bersama dengan seorang lelaki. Aku yang melihat hal itu mengecilkan kedua-dua mataku untuk mahu mengesahkan lelaki itu adalah....Sherman, 'apa? Sherman!' Hati kecil ku menjawab. Pantas aku melangkah ke arahnya, dan membawa dia ke dalam kamar hotel tempat aku bermalam di nombor 1020.
"Apa kau buat di sini?" Akumemandang tepat ke wajahnya.
"Aku call di office mereka bilang kau di sini, aku ndak boleh tahan sudah menunggu dan menunggu call aku yang kau ndak jawab langsung. Betul-betulkah kita ni sudah tiada apa-apa? Begitu senang kau mau kasih putus?!" Dia melonggarkan tali lehernya,
"tiada apa lagi aku mau cakap, aku sudah pun bagi kau peluang untuk menjelaskan situasi kau. Dan aku buat keputusan kita putus saja."
"Aku tidak mau putus dengan kau.., kau tau kah berapa lama aku menunggu kau terima aku, lepas tu senang-senang kau cakap mau putus." Dia semakin hampir dengan ku.
"Aku hanya berlakon dengan itu perempuan sebab dia akan repot apa yang kami buat sama orang tua aku. Kau taukah family aku terhutang budi sama mama tu perempuan sebab itu diorang mau kasih kahwin kami." Mukanya sedih, matanya berkaca-kaca hanya menunggu air mata kelelakiannya gugur di hadapanku. Sudah terlanjur aku merasa sakitnya, sudah terlanjur aku melangkah ke depan meninggalkan dia, aku tidak mahu hati ini di sakiti berkali-kali.
"Look into my eyes, I will never lie to you. Hujung mingu ni ikut aku balik ke rumah keluarga aku, biar aku kenalkan kau sebagai calon isteri aku kepada diorang. Diorang terima atau tidak terpulanglah, yang penting aku sudah ada pilihan hatiku sendiri." Tegas dia menyatakan hasratnya itu, tetapi mengapakah aku tidak gembira mendengarkan kata-kata itu, bukankah bererti aku menang dalam perebutan hati ini, dia telah memilih aku, aku sepatutnya gembira dan berterima kasih pada dia. Tetapi..
"Sudah terlanjur hatiku sakit, aku tidak mahu perempuan lain pula yang merasa sakit hati begini. Dia sudah pun menaruh hati dangan kau sebab dia tau kamu mau kahwin juga, sekarang kau mau bawa perempuan lain dan kestau yang kau mau kawin dengan pilihan hati kau? Apa perasaan tu perempuan nanti?"
"Itu dia punya pasal, aku tidak pernah pun cakap aku cinta dia, yang dia pigi menaruh hati sama aku siapa suruh, dia pun bukan perempuan yang bagus juga bah, banyak kawan aku nampak dia ikut-ikut lelaki lain, selalu pun tukar-tukar saja." Selamba dia memberitahu aku akan keburukan yang dia dengar mengenai perempuan yang memeluk dia dan bakal menjadi isterinya. Begitu pula lelaki, sentiasa bercakap pasal keburukan perempuan, aku berharap betul aku tidak pernah menjadi bahan gosip di kalangan kawan-kawannya.

Cinta InternetWhere stories live. Discover now