Sudah beberapa hari aku cuba menghubungi Bernardo mengenai tiket kapal yang dia berikan kepada ku, tetapi aku masih tidak dapat bercakap dengannya. Tiket itu aku simpan saja di dalam laci pada meja tulisku, sesunggunya aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan dalam situasi itu. Alangkah bagusnya jikalau ada sesiapa yang boleh membantu aku untuk memberitahuku apa yang sepatutnya aku lakukan buat masa ini, semuanya bagaikan mimpi aku boleh pergi sejauh ini. Cinta yang tidak pernah ku sangka dan ku duga akan datang dalam cara begini, dalam aku tidak sedar.
Cinta itu bukan apa yang dipikirkan oleh akal; tapi cinta adalah apa yang dirasakan oleh hati, begitulah aku cuba meyakinkan diri terhadap persoalan yang masih lagi bermain di kepalaku. Tahukah anda cinta itu boleh mekar tanpa melahirkannya dengan kata-kata atau perbuatan pada mata kasar kita, cinta itu datang dengan pelbagai cara dan masa-masanya tersendiri, anda mungkin boleh mengawal akal mu tetapi tidak pada hatimu. Itulah yang terjadi pada diriku sekarang ini. Kalau saja aku mencertiakan pada orang lain tentu mereka kata aku gila, atau terburu-buru dalam menilai seseorang itu dan perasan jatuh cinta tetapi sebenarnya hanyalah emosi yang membutakan hati untuk melihatnya.
Tetapi mencintainya bermakna aku perlu melepaskan banyak perkara yang terindah dalam hidupku, ingatlah bahawa cinta dan prestasi yang besar melibatkan risiko yang juga besar. Sekali lagi aku membawa tidur saja semua pertanyaan-pertanyaan yang menyakitkan jiwa.
Kembali kepada kerja dan rutin harianku sangatlah memenatkan, baru beberapa hari Bernardo pergi aku sudah pun merasai kehilangannya, setiap kenangan bersama dia dalam seminggu ni sering bermain-main di dalam kepalaku dan mendapati diriku tersenyum sendiri.
"Raeya, I saw Sherman car outside." Terkejut aku mendengar Rita memberitahu aku sebaik saja dia masuk ke pejabat.
"Ha?" Aku masih bingung tetapi aku berlari anak ke tingkap berdekat dengan pintu masuk itu, dan sememangnya keretanya yang berada di tepi jalan bertentangan dengan pejabatku. Belum sempat aku menghendap dengan profesionalnya telefon ku berbunyi.
"Hello," jawabku
"Aku tunggu kau di luar. Kau keluar sekejap." Memang betul kereta itu kepunyaannya. Mahu tidak mahu aku keluar dan masuk ke dalam keretanya. Sudah terlalu lama aku mengelak daripadanya, memang sudah sampai masanya aku mengakhiri segala saki baki perasaan yang ada dalam diriku, dan tidak menangung sakit di dalam hati lagi.
"Maafkan aku, aku tau aku ndak patut buat begitu. Aku hilang akal mungkin masa tu.."
"Aku sudah pun memaafkan kau." Kataku memotong percakapannya supaya dia tidak meneruskan panjang lebar akan hal di hotel itu, yang masih membuatkan aku malu berdepannya.
"Aku sudah tidak mahu ingat siapa yang pernah menyakiti atau meninggalkan aku. Sebab apa yang penting aku sudah belajar tentang kehilangan. Maka, aku lepaskan kau pergi dan aku harap kau bahagia dalam apa juga jalan yang kau pilih." Aku menyambung kembali, di hatiku begitu berat melepaskan persahabatan kami yang selama ini terbina atas dasar kepercayaan. Aku tahu seandainya aku memilih dia, sudah tentu aku terpaksa mengorbankan persahabatan kami, tetapi aku tidak fikir hubungan baru ini cuma bertahan sementara saja.
"Rae, bagilah aku peluang. Aku sudah jelaskan pada kau aku memang tiada hati dengan pilihan keluarga aku. Aku sudah pun cakap terus terang dengan mereka yang aku hanya akan berkahwin dengan pilihan hati aku sendiri, zaman sekarang bukan macam dulu lagi yang mama bapa yang pilih siapa yang anaknya perlu kahwin."
"Itu salah satu sebabnya aku lepaskan kau pergi, tapi sebab paling utama aku tidak fikir apa yang kita ada dan rasa di antara kita ialah cinta. Aku tidak boleh paksa diri aku mencintai kau hanya kerana melihat apa yang telah kau lakukan untuk aku, dan bagaimana kau layan aku."
"Aku tau, tapi kau bilang kau bagi aku peluang untuk bukakan hati kau terima aku kan?"
"Itu sebelum kau juga ada masalah sendiri. Kalau hubungan awal-awal lagi sudah ada masalah begini aku betul-betul tidak mahu ambil risiko, aku tidak mahu keluarga aku bermusuh dengan keluarga orang lain lagi. Sebelum ni banyak orang cakap keluarga aku jahat sebab ndak mau terima orang yang datang minta aku dengan baik, lepas tu sekarang kau mau suruh keluarga aku kasi tebal muka untuk minta persetujuan ibu bapa kau dalam ni hubungan?"
"Kita juga bah yang mau kawin, bukan diorang."
"Kalau kau kahwin aku ertinya kau kena kahwin dengan keluarga aku juga, begitulah sebaliknya. Kau mau aku kahwin dengan kau padahal keluarga kau mau kau kahwin dengan orang lain? Itu drama keluarga yang paling aku takut."
"Rae.. jangan cakap begitu bah, kalau kau jumpa orang tua aku mesti diorang suka kau juga."
"Sherman, sebelum kita terlajak sayang.. baguslah kita berundur saja."
"Macam mana kau buli cakap begitu ni? Kau ndak ingatkah berapa lama kita jadi sahabat dan selama itu juga aku ada hati dengan kau, kau ingat senang kah tukar-tukar perempuan ni.. macam tukar-tukar selipar? Atau kau ada yang lain sudah?" Berdebar jantungku mendengar tuduhannya itu, walaupun sedikit sebanyak ada betulnya tapi itu tiada kaitan dengannya lagi. Aku sudah pun mengakhiri segala-galanya yang ada pada kami sebelum aku merasa bibit cinta dalam hatiku.
"Entahlah, kalau kau rasa dengan jawapan ya' aku akan membantu kau melupakan aku, ya.. aku ada orang lain."
"Aku ndak percaya." Tegasnya dengan keras kepala.
"Eeeeh.. cukuplah, aku tidak mahu lagi ingat-ingat pasal ni. Kita sudah putus. Aku banyak kerja sekarang ini, aku harap inilah kali terakhir kita jumpa, kalau pun lain kali kita terjumpa di mana-mana anggap saja kita ndak pernah kenal. Percayalah, itu lebih senang untuk melupakan daripada berpura-pura kunun tidak sakit hati." Tanpa menunggu jawapannya aku terus keluar dari kereta itu, lega dan kecewa aku rasa. Tapi aku tahu itulah jalan yang paling baik untuk kami berdua. Hubungan yang bermula dengan masalah begitu terutamanya dari keluarga memang tidak akan ada penghujungnya. Lagipula dia tidak berterus terang dengan aku semuanya akan hal itu sehinggalah aku melihat sendiri dengan mata kepalaku, terasa seperti dikhianati sewaktu aku melihat kecurangan dia.
Di samping itu aku juga perlu membuat keputusan mengenai hal isteri Stephen itu, entahlah apa sangat dosa aku sampai aku di kaitkan dengan laki orang pula. Kalau betul aku mesti berhenti di sini, nampaknya aku kena mula mencari pekerjaan yang lain, mengisi borang, temuduga, praktikal atau training, menunggu untuk menyesuaikan diri. Aduiii..., cabaran apakah ini? Umur ku juga bukanlah begitu muda untuk bersaing dengan graduan-graduan yang baru, peluang pekerjaan sekarang pun tidaklah secerah mana. Kalau keluarga aku tahu lagi akan hal ini memang mereka akan turut susah hati dan memarahi aku.
Petang itu aku menghantar satu dokumen penting ke pejabat Jasrin di firma guaman dia berkerja, berkali-kali aku menelefon dia memberitahu akan kedatanganku itu, tetapi tidak di jawabnya. Pada mulanya aku berhasrat untuk datang saja pada esok harinya, tetapi oleh kerana aku sudah pun sampai di hadapan pejabatnya dengan setengah jam selepas masa habis berkerja, aku was-was untuk terus naik. Tetapi menurut pakcik keselamatan yang bertugas di situ Jasrin masih berada di pejabatnya, jadi aku mengambil keputusan untuk naik terus berjumpa dia.
Aku sempat berjumpa seorang dua yang sedang berkemas untuk pulang, dan meminta aku terus saja pergi ke bilik pejabatnya yang sudah tidak jauh dari pintu masuk utama di tingkat 4 itu. Perlahan-lahan aku berjalan, hanya beberapa lampu kecil yang masih berpasang yang lain semuanya sudah di matikan. Setiasusaha lelakinya juga sudah tidak ada di mejanya, aku mengetuk daun pintu sebanyak dua kali dengan cara perlahan dan terus memusing tombol pintu untuk membukanya. Alangkah terperanjatnya aku melihat dia yang sedang berasmara di sofa panjang dengan seorang perempuan yang sudah pun separuh bogel. Mereka lantas melihat ke arah pintu dengan muka yang terkejut ketakutan, sedangkan aku malu tidak tertahan,
"ohhh..sorry, sorry." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku, dan cepat-cepat menutup pintu itu kembali kemudian berjalan dengan langkah yang besar untuk beredar dari situ. Berdegup kencang jantungku menuruni anak tangga itu, kerana tidak mau terserempak dengan sesiapa aku turun menggunakan tangga, mengucapkan terima kasih kepada pakcik sekuriti, dan cabut lari.
Aku langsung tidak menyangka untuk melihat 'this side of' Jasrin. Orangnya yang begitu kelas, profesional dan nampak seperti tegas dan berperinsip tetapi boleh tertangkap pula oleh ku dalam keadaan seeprti itu. Rasa bersalah pula diri ini, kalaulah aku melawan kehendak hati untuk tidak datang tadi tentunya perkara ini tidak kulihat. Sekarang, bagaimana aku harus berdepan dengannya, lagipula perempuan yang sedang berasmara itu ialah salah seorang peserta bengkel yang aku anjurkan beberapa minggu yang lalu. Aku menghentak-hentakan kaki ku dan sengaja mengusutkan rambutku 'malunyaaaaa!' kataku.
Pada malam itu aku masih duduk terbayang dengan peristiwa petang tadi, aku berharap sangat Jasrin tidak menenlefon aku untuk menjelaskan perkara itu, sebab aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku katakan. Email yang berada di hadapanku ku tanda dan kubuang satu persatu untuk mengurangkan isi di dalam peti simpan emailku. Kemudian aku melihat nama Bernardo yang bertarikh kemarin daripada salah satu email tersebut.
HI, SORRY NOT CAN CONTACT YOU. WORK..WORK..WORK, IM BUSY I HOPE YOU UNDERSTAND. HOW ARE YOU? MI MANCHI DA MORIRE (I miss you a lot). YOU SURPRISE WITH MY GIFT? MAKE A DICISION, SO I KNOW HOW YOU FEEL. IM..ANTIQUE, TRADITIONAL MAN. I CAN BE CLOSE WITH YOU ONLY IF IM SURE ABOUT YOUR FEELINGS. IM LOOKING FOR SOMEONE AS MY LIFE COMPANION. NOT PLAYING AROUND. 'L'AMORE E' UNA COSA IMPORTANTE PER ME' (love is an important things for me). IM A TYPICAL SICILIAN MAN. I ALREADY FALL IN LOVE WITH YOU THAT'S WHY I CAME TO SEE YOU. NOW ITS YOUR TURN, I CAN NOT MAKE YOU FALL IN LOVE WITH ME, ITS YOU HEART TO CHOOSE."SE AMI QUALCUNO, LASCIARLO ANDARE, PERCHE' SE TORNA, SARA VOSTRO. MA SE NON RITORNA, NON E' MAI TUO." (Jika kau mencintai seseorang, biarkanlah ia pergi; karena jika ia kembali, ia akan menjadi milikmu. Namun jika dia tidak kembali, ia tidak pernah jadi milikmu)
TI AMO DA LONTANO (dari jauhmencintaimu)
-POOR FOOT
YOU ARE READING
Cinta Internet
RomanceDua strangers yang berjumpa dengan tidak sengaja di lapangan terbang, dan mula berhubung menggunakan internet, dengan perbezaan bangsa, negara, bahasa dan budaya mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta di dalam internet. Sehingga ke tahap manak...