Part 15: Try harder. I'm worth it.

20 0 0
                                    


Setelah mendapatkan sebuah bilik hotel di sekitar bandaraya KK, aku blank' tidak tahu apa yang harus aku lakukan pada saat itu. Aku tidak pernah memikirkan aku berada di situasi seperti itu, haruskah aku naik bersama dia, atau mungkin menunggu saja di lobi ini. Apa yang perlu kami, aku lakukan sekarang? Perlukah aku membawa dia keluar dan pusing-pusing bandar ini dengan kereta, tetapi hari sudah hampir gelap, oh, tentu dia lapar selepas setengah hari menunggu aku tadi.
"Rae, I see you tomorrow? You work tomorrow?" Dia sudah pun berada di hadapan ku ketika bertanyakan soalan itu. Aku terus bangun dari sofa yang terletak di tengah-tengah lobi hotel itu.
"Errr.. tomorrow?" Tanganku mengaru kepalaku untuk mencari jawapan yang sesuai, aku betul-betul tidak sangka dia..
"Sure. After lunch I'll be free, hmmmh.. you want me to come here? Do you have any place to go?"
"Poi vediamo domani."
"Huh?" Kening ku berkerut.
"We'll see tomorrow."
"Aaah, ok. Hmm..ok, errrr.. you should go up and rest. Im sure you very tired. I'll see you tomorrow." Gugup pula aku bercakap depan-depan dengan dia, aku asyik bermain dengan jari-jemariku dan tidak tahu apa yang sebenarnya aku katakan. Terus saja aku mengangkat beg tangan ku di sofa tadi,
"Raeya.." Panggilnya.
"Mmh..?"
"You happy I'm here?" Dia masih terpaku memandang ke wajahku. Alangkah bagusnya kalau-kalau aku dapat membaca apa yang berada di dalam fikirannya sekarang ini. Aku tertanya-tanya mengapakah dia asyik memandang aku, sedangkan kami bercakap hampir setiap malam dalam beberapa bulan ini. Adakah wajahku telah berubah, atau aku sudah pun semakin gemuk, warna mataku juga tidak berubah tidak seperti dia, rambutku juga masih belum di potong. Mungkin.. wajah telanjang tanpa solekan ini agak ganjil pada pandangannya, tapi aku jarang sekali bersolek, entah-entah kalau aku bersolek lari katak rasanya dia melihat aku.
"owhhh.. yeah. Sure," Jawabku yang ada bunyi-bunyi kurang pasti di situ.
"Grazie bella. (thank you beautiful)" Dia tersenyum lagi menunjukan sebaris gigi yang rapi, anak matanya mempunyai ring di tepi yang berwarna jernih bagaikan air paip, setiap perubahan pada matanya betul-betul memukau aku.
"Sorry?"
"Devi impara italiano..tu. (you must learn italian)" Matanya agak tajam dan serius ketika mengatakannya sambil menunjukan jari telunjuknya ke arahku. Manakala aku sedikit pun tidak tahu apa yang di katakan itu. Harapan ku 'jangan saja dia cakap aku jahat-jahat cukuplah.'
"I go now. See you tomorrow." Balasku dan terus beredar pergi.
Di dalam kereta aku menundukan kepalaku di atas tangan pada stering kereta. 'Grrrrrrrr.. boleh pula dia begitu cool. Bilang mi manchi'..mi manchi' dalam chat selalu, manchi' taik kucing. Wait, aku ni dah kenapa? Yang aku marah sangat ni kenapa? Apa yang aku harap dari dia sebenarnya? Isssssh.. kenapa hatiku ndak rasa apa-apa pun, eeeeeeh.. entahlah, apa-apalah.' Semua persoalan itu ku pendam jauh-juah dan menghidupkan enjin keretaku dan berlalu pergi.
Pagi itu dalam aku sibuk menyiapkan laporan bengkel selama 3 hari itu sebelum keluar makan dan terus saja ke hotel Bernardo, datang pula Jasrin dengan Marvin yang mahu berjumpa dengan Stephen,
"Aiyaa.. dia ndak masuk pejabatlah ni hari." Kataku,
"Kamu ndak call dia dulu sebelum datang, ndak pun cuba tanya Rita mungkin dia ada apa yang kamu cari tu." Sambungku lagi yang hanya sesekali melihat mereka tetapi tanganku masih rentak menaip pada papan kekunci di hadapanku itu.
"Jadi Rita di mana?" Tanya Marvin pula, sebelum sempat aku menjawab dia sudah duluan masuk ke dapur kami untuk membuat minuman agaknya.
"Lets go lunch?" Ajak Jasrin yang sedang duduk di atas penjuru mejaku. Tetapi aku tidak memperdulikan dia.
"Hmm.. We go for kari kepala ikan?" Dia cuba memancing perhatianku.
"Ehey.., don't ever mention that ok. Ikan tu tidak berdosa jadi jangan mempermainkan kepalanya." Mendengarkan balasan dariku dia terus ketawa,
"aah..marilah kita keluar makan." Desaknya kali ini tetapi dengan manja.
"Hari ni court tutup ya?" Soalku, dan mataku masih lagi di hadapan skrin.
"Tidaklah, kenapa?"
"Habis tu.. kau di sini ni..macam tiada kerja saja?"
"Hahahaha..., kau ah. Saya mau balik pigi kastam bah ni karang."
"Tapi kau masih di sini ni?" Aku menjeling sekali imbas padanya.
"Oh ya, saya mau tanya bah. Kau kan lawyer tapi kenapa kau ada office juga di kastam sana? Terlampau juga kau ni laku sekejap sana sekejap sini." Tanyaku menguraikan tanda tanya yang belum berjawab itu dari hari pertama aku melihat maklumat dirinya.
"Iyalah, kastam pun perlu nasihat peguam bah, kan diorang pun guna undang-undang juga dalam eksport atau import barang, tax segala. Saya sebenarnya part time saja sana."
"Oh...now I know. Oklah, you can go now."
"Uiii jahat juga kau ni meghalau saya." Dia bangun dan bermain dengan stepler yang berada di atas mejaku.
"Bukan menghalau Cuma..Cuma..macam hari-hari pula saya nampak kau sekarang ni. Ini kebetulan atau ke-sengajaan?" Aku berhenti dari menaip dan menongkat daguku.
"Kebetulan, dan dengan kebetulan itulah saya pun ambil kesempatan."
"Marvin, saya rasa Stephen ndak datang tu harini, Rita sebelah petang baru masuk. Saya sekejap lagi mau keluar, petang ni saya tidak masuk office." Aku sengaja membesarkan suaraku supaya Marvin dengar dengan jelas dan faham maksud ku yang mahukan dia dan Jasrin keluar secepat mungkin.
"Eh, kau pegi mana? Siok oh kerja kamu kan suka-suka hati boleh tukar-tukar masa kerja." Jasrin masih lagi berada di hadapan mejaku.
"Hey... jangan cakap begitu depan orang lain, nanti orang salah faham ingat kami ni makan gaji buta saja. Kalau kau ada dua kerja, saya lagi ada sepuluh kerja di luar tu tau,"
"Bah, jadi kita keluar makan malam ni lah?" Dia masih belum mahu berputus asa.
"Saya sibuk oh bos ni minggu and minggu depan, kau tinguk sabtu pun saya datang kerja oh juga."
"Kau ni alasan saja bah, macam ndak sudi saja."
"Bukan ndak sudi bah, betul-betul saya sibuk." Aku tidak lagi melihat ke arahnya, tetapi kembali fokus kepada kerj-kerja ku itu.
Sampai saja di depan hotel aku terus saja ke kaunter penyambut tetamu untuk meminta mereka mendail nombor bilik Bernardo memberitahunya aku menunggu dia di lobi. Tetapi dia meminta aku naik saja ke biliknya kerana dia belum pun bersiap. Berkelip-kelip mataku mendengar jawapan pekerja hotel itu sebaik saja dia meletakan telefon.
Hati ku berdebar-debar masuk ke dalam lif dan menekan butang 4, balik-balik aku membasahi bibir ini dan mengemaskan rambutku kerana kegelisahan, membersihkan di hujung mataku kot-kot lah ada tahi mata tanpa aku sedari, mengehembuskan nafas di tapak tanganku dan cepat-cepat menghidunya kalau-kalau berbau atau tidak. Sesekali baju lady-T ku perbetulkan kolarnya, dan melihat kasut sneaker putih yang baru saja ku beli bulan lalu.
Aku mengetuk pintu bilik itu, dan segera dia membukanya dengan senyuman. Melihatkan air mukanya itu aku kembali tenang dan debaran di hati ini juga tidak terasa lagi, hairan.. dari kemarin aku cuba mencari-cari jawapan di sebalik misteri ini, aku harap aku tahu rahsianya kepada perasaan baru ku.
"Sit, I finish soon." Dia masuk kembali ke kamar mandi, dengan jeans dan baju kemeja hijau berpetak-petak yang dia tuck-in nampak begitu kemas sekali, sesuai dengan imej dan penampilannya yang bersahaja. Orangnya tidaklah tinggi, badannya juga sederhana saja, rambutnya pendek kerinting ikal, hidungnya tinggi seperti kebanyakan orang putih, jambang dan janggutnya sudah mulai tumbuh kehitam-hitaman di kedua-dua pipi dan juga dagu menampakan kelelakian dan ke-macho-an nya tersendiri, keningnya tebal, dahinya mulus, bulu matanya keperang-perangan dan sedikit lentik. Senyumannya adalah bahagian yang menarik hatiku, dengan senyuman se-simple' itu dan matanya yang redup betul-betul mengasyikan hati yang terpandang.
"Lets go," dia memetik jarinya di hadapan mataku, sekaligus menghilangkan semua khayalan yang menghanyutkan perasaan ini.
"What you want to eat?" Tanya ku di dalam kereta.
"Hmm.. anything. You decide."
"Ok," Balasku pendek sambil kari kepala ikan muncul dalam kotak fikiranku, lekas-lekas aku mengeleng-gelengkan kepalaku, dan tersenyum kecil.
Aku mengambil keputusan untuk membawanya mencuba nasi goreng kampung terlebih dahulu dan memesan air cincau untuknya.
"Oh.. I like this rice, but hot," dia menghembuskan nafasnya keluar dari mulut kerana kepedasan, walaupun nasi goreng itu biasa-biasa saja bagiku.
"What is this, this black color? I can drink it or just the water?" Dia menghidu air di dalam gelas itu,
"Try, its good." Kataku meyakinkan dia, kemudian di teguknya perlahan-lahan sehinggalah hampir kosong air itu.
Kemudian kami terus ke muzium sabah untuk mengisi masa lapang, memandangkan inilah pertama kali aku menjadi pemandu pelancong yang tidak berpengalaman, hentam sajalah di mana tempat yang aku tau. Alangkah terperanjatnya aku membyar tiket masuknya yang 5x ganda lebih dari harga tiket aku sebagai warga negara. Nampaknya kerajaan juga tahu mengambil keuntungan daripada rakyat asing, walaupun rata-ratanya aku melihat kiri dan kanan hanya orang-orang sendiri juga bah yang datang di situ.
Selesai di sana aku membawanya ke pantai tanjung aru untuk mencari kuih muih melayu tradisional sambil duduk-duduk menghadap angin dan gelora laut pada petang itu.
"Oh..is this donut? I love donuts"
"No, its cempiang. A simple version of donut. But its cempiang."
"Cham-pang?"
"Ccccemm..pi....ang!"
"Chenpian!"
"oh, yes" (whatever lah yang penting ada bunyi juga, sambungku dengan suara yang perlahan)
"And this one? Whats inside?" Setelah memasukan karipap ke dalam mulutnya.
"Its salty but its good." Komennya pula.
"That's karipap, theres potato inside.
"K-pop?"
"A..aa..alahaii.. ingat ini korea kah. No, its Kari like curry, because that potato they cook with curry, so its curry and puff."
"Oh.. curry and puff." Dia mengulanginya pula.
"Karipap, kari-pap!" Kataku tegas memberitahunya, tapi dia hanya mengangguk-angguk saja kepalanya tanda faham.
"Oh.. what is that?" Sambil menunjukan mesin ABC (ais batu campur) yang sedang mengeleng ais batu.
"They make food with that ice too?"
"hmmm.. drinks actually. They called it ABC." Aku menariknya lebih dekat untuk melihat bagaimana makcik itu menyediakan ABC ketika itu.
"Oh wow.. you call your drinks ABC like the alphabet? Whats special this ABC? The colorful inside must be DEFG."
"Look carefully," aku hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala saja, makcik itu juga tersengih-sengih dengan reaksi Bernardo, dan menyediakan semangkuk kecil untuk dia merasainya.
"Ohh.. this is nice. I like ABC!" Dia memasukan sesudu demi sesudu ke dalam mulutnya.
"I bet you are.. , enjoy it." Aku hanya menjeling saja ke arahnya.
"This... mare (laut) can swim? It looks sporco (dirty)" Katanya sambil melihat ke arah laut yang kebetulan ada pula anak-anak PTI' bermandi-manda tanpa baju dan seluar dengan bahai plastik di tangan ketika itu.
"Ohh.. it depends actually. But for you.. no." Segan aku berterus terang sebenarnya.
"Will you bring me to any island here.." Besar mataku mendengar dia berkata sedemikian. 'Tau pula kau ada pulau-pulau di sini ya,' dalam hati aku berbisik.
"Well..let see hmm.. Monday, ok?" Selama aku duduk di bandaraya ini belum sekali pun aku menjejakan kaki ke mana-mana pulau di sini, sebab aku bukanlah seorang penggemar kuch kuch hota hei yang betul-betul tau menikmati pantai, dan matahari yang terik.
"Lets go watch movie?" Cadangnya,
"Hmm.. what movie you like?"
"Anything you like.."
"I really want to watch that transformers 2."
"Ok, lets go."
kami terus saja ke panggung wayang berdekatan, sementara dia membeli tiket, pop corn dan minuman aku hanya memerhati saja dia dari arah belakang. Padahal di dalam hati aku berharap sangat tidak akan terserempak dengan sesiapa di situ, tau sajalah malam minggu memang ramai yang menghabiskan masa di pusat-pusat membeli belah dan menonton wayang. Aku betul-betul tidak mahu di gosip atau menjadi buah mulut orang buat masa ini. Habislah kalau ada yang bercakap 'Uiii nah si Raeya ada ceweknya orang putih oh aku nampak!' mampuslah aku di soal siasat oleh mahkamah agung (keluargku) di rumah nanti.
Di dalam kami mengambil tempat duduk mengikut nombor pada tiket itu,
"Ohhh.. its dolce (sweet), wow.. I never taste this." Katanya sambil memasukan pop corn itu ke dalam mulut. Aku mengerutkan kening, 'takanlah dia tidak kenal itu bertih jagung yang begitu popular terutamana di America,' aku mengigit bibir sambil bercakap sendiri.
"You don't have pop corn in italy?" Aku bertanya, tetapi takut-takut itu akan menyinggung perasaannya pula.
"We do, but it salty. We use a little salt only. No sweet like this." Jelasnya. Aku mengangguk-angguk, barulah aku faham kenapa dia begitu teruja dengan pop corn di Malaysia ini, almaklumlah negara kami memang suka yang manis-manis.
Walaupun filem itu begitu menarik kerana baru keluar di seluruh pawagam, tetapi aku sudah tidak boleh melawan rasa mengantuk ini, sudah berkali-kali aku menguap sehinggalah..
Apabila aku tersedar keadaan begitu terang-benderang, cepat-cepat aku mengangkat kepalaku yang tadinya berbantalkan bahu Bernardo. Aku melihat keadaan sekeliling sudah pun kosong, Bernardo hanya tersenyum manis kepadaku. Itulah pertama kali aku tertidur di dalam panggung wayang memalukan betul, dan banyak-banyak lelaki..kenapalah ketika aku bersama dia pula. Cepat-cepat aku mengelap mulutku takut-takut ada air liur yang mengalir.
"No worry, im here with you." Katanya. Mujurlah aku tersedar dengan cepat, kalau tidak sampai esok pagilah kami di sini dan dia hanya membiarkan aku begitu saja tanpa mengejutkan aku.
Setelah menghantarnya balik ke hotel dan mengucapkan selamat malam dengan cara yang normal.. tanpa pelukan, ciuman, atau sedikit pun sentuhan. Namun aku sudah tidak berdaya untuk berlawan dengan hujah-hujah di dalma kepalaku, aku terus memandu pulang ke rumah dan tidur tanpa membuang masa, kerana esok hari minggu aku berjanji untuk mengambil Bernardo awal pagi lagi untuk ke Gaya Street melihat pasar minggu di situ.


Cinta InternetWhere stories live. Discover now