Bab 3

24K 130 1
                                    


Hanya satu mamat dalam dunia ni yang berani panggil namaku Aara Johara. Depan ayah aku pula tu. Dan orang tu tiada lain tiada bukan, jejaka pilihan hati aku. Yang tersayang. The one and only, Hadi Haririe.

Sebab tu lah ayah dan umi tahu. Sebab aku tiada kerja lain mengaduh kat mereka setiap hari pasal Hadi Haririe.

Apa salah aku? Kenapa Hadi tak suka aku? Dia tak rasa bangga ke ada kekasih (ahaaks!) yang mencintainya setulus cintaku?

"Boleh tak kalau kau jangan ikut aku? Aku rimaslah."

"Aku nak bagi bekal nasi dengan sotong sumbat. Umi aku yang masak."

Dia tenung aku lama-lama. Aku goyang tocang sebelah kiri dengan sebelah tangan. Sebelah tangan pula sua bekas plastik yang umi sediakan untuk aku.

"Aku...aku tak makan sotong." Dan-dan pulak dia membohong dengan aku. Semalam aku nampak dengan empat mata aku ni dia makan sotong celup tepung kat warung sebelah hentian bas tu.

"Ala, umi aku masak sedap ni. Susah-payah tau dia masak untuk bakal menantunya." Aku dah buat muka merajuk.

Tapi, Hadi terus sahaja merengus kuat. Tiada kata-kata maki yang terluah. Riaknya sahaja sudah mencincang lumat impianku.

"Kau sajalah makan. Aku nak masuk kelas dah." Dia pusing tapi aku dah atur kaki sama laju dengan langkahnya.

"Eh, boleh tak jangan ikut aku. Aku dah tak larat tepis gosip orang pasal kau dan aku."

Muka aku jadi merah. Senyuman tersimpul.

"Awak pun suka aku, kan?"

"Astagfirullah...suka?" Dia jeling tajam. "Aku nak muntah adalah." Dia buat gaya nak muntah. Over pulak tu. Siap tekan-tekan perut. Macam nak keluarkan semua isi yang dimakannya sejak pagi tadi.

Aku cekalkan hati. Niatku tidak mudah luntur.

"Kau tahu suatu hari nanti kalau Allah jodohkan kau dan aku, tentu kau malu kan kalau kena jilat balik muntah kau tu." Aku bagi cili dalam sambal kata.

"Jodoh? Nak aku jilat balik?" Dia dah buat muka sarkastik pula. "Kalau terjodoh pun, tentu tanpa sengaja. Tentu sebab aku kena tangkap basah dengan kau. Sebab tu lah, aku nak kau jauhkan diri dari aku. Aku tak mau kahwin dengan kau. Tak mau kena cerkup dengan kau." Dia tolak tubuhku. Sial betul!

Habis semua nasi dan sotong berterabur atas tanah. Seragam sekolah ku pun dah kotor. Dia langsung takda rasa bersalah. Orang dah pandang kami. Ada yang ketawakan aku. Ada juga yang cuba tolong aku.

"Awak..." Aku panggil bila dia dah mula hayun langkah laju.

"Hadi..." aku jerit tapi mata dah mula panas. Kolam hati dah renyai-renyai.

"Hadi Haririe!" Aku laung sehingga tekak terasa sakit. Tapi kenapa ada sebak yang meletus seiring?

Bukan sekali itu Hadi Haririe tolak kebaikanku.

"Wei! Pergi matilah. Jangan kacau aku." Dia pernah jerit padaku.

"Kau busuklah." Aku baru jer mandi. Pakai minyak wangi lagi. "Bukan badan kau. Tapi hati kau tu busuk. Perasan nak kahwin. Masih budak-budak." Dia selalu merungut.

Aku tak tahu kenapa dia tak suka aku. Dari aku kecik, dia tak pernah suka. Sampai dia ikut ayahnya sambung belajar di bandar sebab nak lari dari aku. Dia silap. Semakin dia jauh, semakin aku rindu. Lalu hati aku jadi kebal. Tak ada siapa yang boleh cerobohi lagi selain dia.

Dan satu lagi kesilapannya, dia ada harta yang sangat berharga di kampung seberang. Dia tinggalkan emaknya seorang diri. Dia lupa, kalau aku tak boleh tawan dia, aku boleh jer tawan hati bakal mak mertuaku tu. Itula kesilapan terbesar seorang anak lelaki yang patuh dan sayangkan ibunya.

Ahaakkss!

Hadi Haririe, I love you.

RAKUSWhere stories live. Discover now