Bab 4

21.4K 115 1
                                    


Sehari suntuk aku tunggu ayah. Tak balik-balik. Bila Ain datang rumah, aku tak berdaya menolak. Ain tu sekepala denganku. Sepupu yang juga sahabat karibku. Satu kelas, satu sekolah dan satu-satunya yang boleh terima sikap semulajadi seorang Aara Johari.

"Kau dah bawak beg." Aku tanya walhal dia memang dah galas kat belakang badannya.

"Kenapa tak guna beg kau?" Dia memang banyak soal. Walau dah nampak aku masukkan t-shirt dan seluar mandi ke dalam beg pakaiannya, masih lagi nak tanya macam-macam.

"Shhh, kau boleh tak cakap tu perlahan-lahan sikit. Nanti umi dengar."

"Umi tak bagi kau mandi kat air terjun tu lagi ke?"

Eleeeee, mengata orang. Sedangkan umi aku dapat idea tu mesti dari mama dia ni. Lepas dah berbohong kepada umi, kami pun berbasikal ke kampung seberang. Kampung Bukit Bergoncang. Di situlah adanya satu tempat yang sangat mendamaikan dalam hidupku. Di situlah aku lepaskan segala duka lara yang menyelimuti hati. Dan setiap kali selepas aku lontarkan semua rasa di situ, aku balik ke rumah menjadi diri aku yang natural.

Tiada siapa yang tahu kenapa aku sering pergi ke situ. Mendengar bunyi air terjun. Melihat derasnya jatuhan air dari bukit tinggi. Merasai sejuknya air sungai. Serta menikmati kerdilnya diri apabila alam natural berbahasa sendiri.

Sampai di jambatan, kami turun dari basikal. Aku berlari-lari anak menyorong basikal diikuti oleh Ain.

"Aara!" Aku tak peduli walau tahu dia panggil aku.

"Aara Johara!" Pantas aku pusing. Cekak pinggang dan tayang muka bengang.

Dia ni memang nak kena rembat dengan tayar basikal agaknya. Dia tak hairan keganasan mukaku. Sebaliknya, jarinya menuding ke bawah sungai.

Aku ikut arah telunjuknya. Serta-merta, basikal terlepas dari tanganku. Mata terkebil-kebil. Betul ke apa yang aku tengok ni?

"Wei, pakwe kau lah." Ain teruja giler. Dah terloncat-loncat sambil tepuk-tepuk bahuku.

Haish! Takkan kot. Hadi Haririe dah balik ke? Jadi umi tak main-main tadi bila kata Hadi ada kat sini?

"Awakkk!" Terus aku lambai tangan kepada Hadi.

Dia terlalu jauh dari jangkauan. Jauh dari penglihatan. Jauh dari jeritanku. Tapi, jauh-jauh itu pun, aku kenal sangat sesusuk tubuh Hadi. Apatah lagi, bila dia tak pakai baju.

Aku jerit juga walau tahu Hadi tak mendengar. Ain pula yang tutup telinga.

"Jomlah, kita turun bawah. Aku nak jumpa Hadi." Aku tarik tangan Ain. Basikal aku campak ke tengah-tengah jambatan.

"Wei, dia tengah mandi tu. Tak manislah..."

"Aku bukan nak makan. Manis ke pahit ke aku tak peduli. Aku nak jumpa Hadi."

"Buat apa? Kau tak ingat apa dia kata kat kau tahun lepas? Masa kita beraya kat rumah dia?" Ain ingatkan aku kejadian ngeri itu.

Muka Ain berubah kelat. Ternyata kata-kata Hadi meninggalkan kesan yang sangat mendalam padanya. Mungkin kerana itulah, Ain sering menyangkal ideaku jika berkaitan dengan Hadi Haririe.

Bohonglah kalau aku tak terasa hati. Bohonglah kalau aku tak berduka. Mengimbas memori itu, sekali lagi hatiku terasa ngilu. Lukanya segar semula.

"Dah lah, kau tak payahlah kejar dia sangat." Laju, Ain geleng dan mula pusing basikalnya nak patah balik. Bukan ke tadi dia yang nampak Hadi dulu sebelum aku? Poyolah dia ni.

"Oh no no no!" Aku protes sepantas kilat pula. "Kalau aku tak kejar dia, esok lusa dia akan kahwin dengan orang lain. Dia tu teruna pujaan Malaya. Ranum lagi. Kalau aku tak ngap sekarang, esok-esok meleleh air liurlah aku kalau dia kena gaul dengan pompuan lain."

"Haish! Ayat kau ni memang tak tau malu, kan? Aku dengar pun meremang bulu roma tau. Tengok ni." Dia sapu-sapu badan sendiri. Memang drama queen sungguh.

"Eleee, macam aku tak tahu kau tu pun miang juga." Aku ketik lengannya. Mukanya jadi merah.

Dan-dan, kami tergelak gedik sama-sama. Bila lagi, kan? Kalau aku dah kahwin, Ain pasti keseorangan. Dan aku pula...aku tak sanggup kalau Ain kahwin dulu. Matilanaklah aku takde kawan penjenayah bersama-sama.

Antara sebab yang termasuk diri Ain tu, nampak tak, aku terdesak nak kahwin dengan Hadi Haririe. 

RAKUSWhere stories live. Discover now