Bab 13

8.9K 54 0
                                    


Tiga hari berlalu sejak Hadi tinggalkan aku. Sejak dia putuskan segala-galanya dalam hatiku. Sejak dia ucapkan selamat tinggal.

Ain berulang kali datang rumah. Menjenguk aku. Bertanyakan khabarku. Buat lawak denganku. Dan ajak aku keluar menghiburkan hati. Jadi Aara Johara yang selalu tu.

"Aara Johara dah mati. Yang tinggal sekarang ni adalah aku. Aara Johari yang dulu tu."

"Tak kiralah yang mana satu yang ada sekarang ni. Yang aku tahu, aku nak sepupu aku balik."

Aku jeling dia. Ini mesti pakatan dia dengan umi. Umi tu kalau aku terperuk dalam rumah sehari suntuk, mulalah dia fikir ada yang tak kena. Ini pula dah tiga hari berlalu. Ayahku pula dok ulang-ulang saranannya nak jodohkan anak Uncle Zack denganku. Aku ni cakap omputih pun tak reti, takkanlah nak kahwin dengan Khairi pula. Kang hari-hari Khairi bantai menyakat aku dengan ayat-ayat yang aku tak faham pun.

Tapi, nak berkeras dengan ayah sendiri, aku tak sampai hati. Harapan ayah tinggi. Harapan umi adalah aku satu-satunya anak yang dia ada. Anak yang bakal menyambung zuriat umi dan ayah. Takkanlah aku tak mahu berikan mereka cucu pula.

"Kalau Aara kahwin dengan Khairi, tentu dia ajak Aara tinggal kat oversea dengan dia." Aku bagi alasan tak nak keluar kampung. Aku anak kampung jati. 100% berdarah kampung. Aku takkan hidup di bandar besar. Aku tak selesa.

"Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya." Ayah tekankan perkara yang aku tahu pula.

"Sebab tu Aara tak nak kahwin dengan orang luar. Aara nak Hadi."

"Hadi pun orang luar. Dia tak tinggal di sini."

"Kalau kami dah kahwin, Aara boleh pujuk dia tinggal di sini."

"Nak pujuk dia kahwin dengan Aara dulu pun tak termampu, ni pula berangan nak Hadi bermastautin di kampung ni." Umi kan kalau komen, selalu nak sakitkan hati aku.

Nampak jer Ain keluar dari dapur, aku segera tarik Ain keluar dari rumah. Aku tak mahu Ain tahu pasal saranan ayah nak jodohkan aku dengan Khairi. Aku tak mahu Ain serabut pula. Nanti dia sedar, aku bakal tinggalkan kampung ni. Bakal tinggalkan Ain. Bakal tinggalkan Hadi...oppss!

"Jom cari Hadi." Aku ajak dia, berbisik di telinganya.

Ain mencerlung tajam padaku.

"Bukan ke Hadi dah putuskan hubungan dengan kau?"

Macamlah aku dan Hadi tu bercinta. Main putus hubungan pula. Aku tak kisah pun.

"Aku nak tengok dia last time."

"Last time? Kau nak pergi mana?" Kantoi lah pula.

Akalku laju berfikir. "Sebelum Hadi balik ke KL lah, aku nak tengok dia dulu."

"Kan mak dia kata, dia nak tinggal sini dah. Menetap kat sini. Kau juga yang cakap."

"Kau ni, nak ikut ke tak?" Tadi dia juga yang beriya-iya nak ajak aku keluar dari rumah. Nak makan angin katanya. Nak tenangkan fikiran aku yang serabut. Nak hiburkan hatiku yang berduka lara ni konon.

Aku hayun langkah keluar dari rumah. Aku nampak umi bagi isyarat macam-macam kat Ain. Lantaklah. Aku nak tengok Hadi.

Hadi Haririe, aku rinduuuu...

RAKUSWhere stories live. Discover now