Penat jer berbonceng basikal dengan Ain, bayang-bayang Hadi langsung tak kelihatan. Dari hujung Kampung Buncit Bergoyang, sehingga ke kampungku, kami pukul habis. Setiap ceruk dan pelusuk, tak nampak pun kelibat Hadi. Ini pula nak tengok batang hidungnya yang mancung tu.
"Kenapa tak pergi rumah dia jer?" Ain yang kepenatan, dah hilang sabar.
"Kita dah pergi pun tadi."
"Kat luar jer. Bukan ke kau selalu masuk rumah dia. Pergilah jumpa mak dia. Tanyakan Hadi dah balik KL ke tak?" Ain bagi saranan yang aku tak berani nak ikuti. Aku tahu Hadi ada kat kampung lagi. Perasaanku kuat berkata begitu. Aku masih dapat hirup udara yang sama dengan Hadi. Debar di dadaku ni masih memanggil-manggil nama Hadi. Ain takkan faham perasaan orang yang gila kerinduan macam aku ni.
"Tak perlu nak masuk rumah dia. Hadi takde. Kereta dia takde kat luar pun." Aku bijak tau.
"Tanyalah Hadi pergi mana?"
"Apa kau ingat Hadi tu budak kecil? Mana nak pergi kena bagi tau mak dia dulu." Susahlah nak bagi Ain faham.
"Kau yang cakap Hadi tu baik orangnya. Orang baik tak simpan rahsia dengan mak dia."
"Rahsia apa pula. Setakat nak pergi mana-mana pun, nak berahsia sangat. Lainlah kalau Hadi tu nak mati ke, dah kahwin ke atau penjenayah dikehendaki satu Malaya ni. Yang tu memanglah kena rahsiakan daripada mak dia."
"Haaaa!" Ain tiba-tiba terloncat.
"Apasal pula ni?" Aku kerimasan.
"Kau tak pelik ke kenapa setelah berkurun lamanya tinggal dengan ayah dia, tiba-tiba Hadi nak balik rumah mak dia sekarang ni? Dia dah 30 tahun rasanya."
"Pelik apa pula. Kan mak dia kata dia dah penat tinggal kat KL. Abang dia bagi kerja banyak sangat. Dia tertekan. Sebab tu, dia balik sini. Dia nak hidup tanpa masalah. Tanpa stress. Tanpa tekanan. Itu pun salah ke?" Aku menangkan Hadi.
Apa salahnya? Kalau aku pun tak suka tinggal kat KL, dah tentulah Hadi masih berkesempatan untuk balik semula. Lagi pula, mak Hadi pun tak suka tinggal di KL. Sebab tu lah, dia sanggup berpisah dengan suami sendiri.
Ain tak faham tu. Orang lain pun tak faham. Sesetengah manusia berbeza keinginannya dengan manusia yang lain. Sesetengah manusia mudah berpuas hati dengan tak berbuat apa-apa. Tiada pencapaian dalam hidup. Tiada masa depan yang mahu dikejar. Tiada azam baru setiap tahun.
Aku jer yang faham. Sebab aku termasuk dalam golongan orang yang tiada azam setiap tahun baru.
"Taklah. Aku rasa dia tu penjenayah yang dikehendaki oleh polis. Sebab tu dia balik sini. Nak menyorok dari pihak berkuasa."
Aku tergelak dengar pendapat Ain. Otaknya bergeliga. Mesti sebab banyak sangat tengok drama Korea ni. Pulakkk!
"Kau ni, aku cakap betul-betul ni. Nasib baiklah Hadi tak nak kahwin dengan kau. Kalau tak, pasti kau jadi isteri tanpa suami kalau Hadi masuk penjara nanti."
"Mengarutlah kau ni." Dan-dan aku tunjal dahi Ain. Suka hati dia jer.
"Hadi tu baik sangat. Aku kenal dia. Dia takkan jadi penjenayah. Lagi pula, ayah dan abangnya orang kaya. Mereka berduit. Buat apa nak jadi penjenayah lagi."
"Orang yang banyak duit ni lah yang suka jadi penjenayah. Mereka tak boleh hidup tanpa duit."
"Hadi tak macam tu. Keluarganya tak macam tu." Aku bantah keras. Aku kenal Hadi.
"Apa yang kau tahu sangat tentang Hadi? Kau tak tahu apa pun. Kau tak pernah jumpa abang, ayah dan especially mak tiri dia, kan?" Ain dah tumbuh tanduk.
Soalan demi soalan Ain buat aku tak sedap hati pula. Tak mungkin Hadi tu penjenayah. Muka kacak macam tu tak layak jadi penjenayah. Ain ni yang ting-tong jer lebih.
Kalau pun Hadi tu seorang penjenayah, apa kaitan dengan cinta aku? Cinta tu kan buta. Takkanlah seorang penjenayah tak boleh jatuh cinta? Aku rela kalau Hadi jadi penjenayah cinta.
"Atau..." Ain berhentikan basikal saat hujan mula menitis di kepala. Tapi, fikirannya masih kepada Hadi. Masih nak mengheret aku agar memikirkan perkara yang sama.
"Apa lagi?"
"Atau mungkin juga Hadi nak mati?"
Ouch! Dadaku tergores sesuatu. Pedih sekali.
Buk!!! Aku tolak Ain, sekaligus tertolak basikalnya sama. Ain jatuh ke tanah.
Darahku menyirap naik ke kepala. "Kau cakap sepatah lagi pasal Hadi, aku bagi kaki kat kau. Jangan fikir kau tu sepupu aku tak buka Jurus Katak Berani Mati kat sini juga."
"Wei, aku bagi pendapat jer."
"Pasal Hadi jadi penjenayah, aku boleh terima lagi. Kau cakap Hadi nak mati, kau ingat apa aku rasa..."
Yup! Aku nak menangis dah. Aku dah tak tahan. Suka hati Ain jer nak bagi pendapat. Dia tak sedar ke hatiku yang rawan beberapa hari lalu, masih berdarah sehingga kini. Dia tak sedar ke dalam senduku masih bersisa harapan nak bersanding dengan Hadi Haririe. Kalau pun nak bagi pendapat, bagilah yang molek-molek belaka. Bukan yang menyiat-nyiatkan hati sepupu sendiri.
Sampai hati kau, Ain.
Dan-dan air mataku jatuh di pipi. Aku bawa tangan menyeka air mata.
"Janganlah nangis. Aku tak berniat buat kau sedih." Ain bangkit.
"Hujanlah!" Aku terdongak. Ya, memang hujan yang turun.
"Kau nangis kan? Bukan hujan tadi tu." Ain pegang pipi aku. Aku tepis tangannya dan tunjuk jari ke Warung Pak Dahlan.
Serta-merta, aku dan Ain berlarian ke situ. Diikuti oleh beberapa orang kampung yang lain. Hujan turun dengan lebatnya. Dadaku masih berdebar kencang. Sekencang tiupan angin yang mengiringi hujan.
YOU ARE READING
RAKUS
RomanceBacaan Dewasa Ini kisah Aara Johara yang sengal. Kisah kedegilannya mengejar cinta seorang Hadi Haririe. Kisah yang penuh dengan senyuman dan tawa. Mampu buat anda gelak dengan kegilaan Aara. Namun, hati-hati...ada air mata yang menyusul. Harga pas...