Bab 12

9.8K 55 0
                                    


Seminggu berlalu, setiap usahaku membuahkan kegagalan. Hadi tak berminat langsung nak menikahiku. Mak Hadi pula kata, Hadi tak mahu kahwin sampai bila-bila. Betul ke tu? Aku rasalah ini mesti kes putus cinta.

"Hadi takde pula cakap dia pernah putus cinta?" Bakal mak mertuaku mengulas lanjut. Aku tak tahu niatnya nak menangkan Hadi atau tak mahu aku berputus asa.

Mangkuk berisi gulai asam pedas yang aku masak untuk Hadi tadi, aku renung dengan jurus Panahan Mata Jembalang Berbisa. Aku tenung sampai nak tembus dan pecah berkecai. Kononlah. Padahal, mangkuk tak pecah pun.

"Mak yakin hanya Aara jer yang ada dalam hati Hadi."

Aku tenung bakal mak mertuaku tu dengan rasa tak percaya langsung. Mangkuk atas meja bertukar warna. Bila masa mak Hadi tukar, aku tak perasan. Mungkin kerana fikiranku jauh melayang.

Siapa perempuan itu? Yang menghancur lumatkan hati Hadi Haririe. Sehingga lelaki itu tiada hati untuk berkahwin.

"Kalau bukan putus cinta, Hadi cintakan orang lain?" tiba-tiba suara hatiku tercetus di celah bibir. Seraut wajah bakal mak mertuaku terpaku kepadaku. Tak beriak.

Hatiku meronta-ronta tak mahu percaya.

"Tak mungkin." Dia geleng lambat-lambat.

"Kenapa pula tak mungkin? Hadi ada segala-galanya. Rupa dan gaya. Kalau pasal duit dia, orang tengok dari kereta dia pakai dah cukup menarik niat orang jatuh cinta." Aku tak suka kereta merah tu. Sangat tak sesuai untuk Hadi dan aku. Apa salahnya bercermin biasa-biasa jer. Pakai tinted gelap tu mengundang dosa. Bahaya!

"Sebab hanya Aara jer yang dapat tarik perhatian Hadi. Aara jer yang boleh ugut Hadi. Yang buat Hadi dengar cakap."

Aku ketawa mengekek. Hadi dengar cakap aku? Biar betul? Rasanya sampai nak tercabut tulang dan tekak aku kalau bercakap dengan Hadi. Haram dia nak dengar cakap aku. Jauh sekali menarik perhatiannya. Dia buat bodoh adalah. Dan aku memang pakar mengugut. Jadi, apa perkaitan semua tu dengan suara hati Hadi?

"Kalau perempuan lain yang bercakap dengannya, bukan setakat Hadi tak pandang, dengar pun tak. Ini pula nak dengar Hadi balas balik."

"Iye ke?" Tak mungkin.

"Betul. Hadi tak pernah bercakap dengan perempuan. Tu sebab dia nampak kekok jer bila Ain tegur."

Oppps! Bila bakal mak mertuaku sebab pasal Ain tu, baru otakku bergeliga sekejap. Jauh aku memikir layanan Hadi terhadap Ain. Jenuh juga aku telek reaksi Hadi bila berdepan dengan Ain.

"Patutlah Ain tak suka Hadi. Sebab Hadi dingin sangat kat dia. Tak pernah jawab kalau dia bertanya apa pun." Aku ingat dah. Memang Hadi sombong bebenar dengan Ain.

Tiba-tiba aku dah senang hati. Terhakis segala sangsi dan rasa rendah diri yang berputik seminggu ni.

"Aara balik dulu, mak." Aku berlenggang balik setelah keraguan lesap di hati. Kalau pun belum terbukti kebenarannya, tapi aku boleh bayangkan persepsi mak Hadi tu tepat dan memang kena dengan tingkah anaknya dengan Ain. Gerenti!

Dalam bersiul-siul kecil, aku terhenti di tepi jendela rumah yang terbuka lebar. Kereta berwarna merah tu menyusur masuk ke bawah pokok, di sebelah pangkin.

"Hadi dah balik." Aku terlonjak girang. Kerinduanku selama seminggu terubat ketika melihat kelibatnya keluar dari kereta.

Walawei! Kacaknya dia. Aku angau!

Dalam khayal tu, aku teringat sesuatu. Hadi tak suka aku berada di rumahnya. Bila nampak aku jer terus dia melenting. Argh! Aku tak nak dia rosakkan mood aku yang tengah bergumbira ni.

RAKUSWhere stories live. Discover now