Bab 9

9.8K 76 0
                                    


Terasa terabai agaknya, Ain dah angkat kaki. Nak balik rumah katanya. Aku tak berniat nak abaikan dia. Tapi, bila mak mertua benar-benar rindukan aku, takkanlah aku nak abaikan pula.

Ain tak faham betapa pentingnya mak Hadi pada aku. Lebih-lebih lagi pada waktu kritikal macam sekarang ni. Jadi, kalau bakal mak mertuaku tu minta aku temankan dia makan ke, berbelanja ke, berurut kaki ke, aku kenalah patuh. Kan?

Manalah tahu, tuah aku datang bergolek hari ni. Siapa sangka, aku terserempak dengan anak terunanya yang ranum tu. Ahaaakss!

Dan bila Hadi Haririe muncul di antara kami, aku rasa nak pitam beb. Nampak tak, rezeki datang tanpa dipinta. Serta-merta, aku usir Ain suruh balik rumah. Ain dah tentulah protest.

"Tak kenang budi punya cousin. Aku tak nak kawan dengan aku lagi." Dia saja nak susahkan hatiku.

"Ala, kau ni kan. Aku tak nak kau kacau daun."

"Bila masa aku kacau daun. Kat jeram tu hari pun aku balik sorang-sorang juga. Kau tak ingat aku terpacak tunggu kau bawah matahari terik, kan? Yang kau tahu nak menggatal jer memanjang."

Aku tahu kekurangan aku. Kegatalan aku. Kegedikan aku. Kerakusan aku. Semuanya aku tahu. Aku tak perlukan Ain untuk ungkit semua tu.

Masalahnya, Ain yang lupa ingatan. Agaknya, dia tak ingat akulah satu-satunya sepupu dan kawan yang dia ada. Gadis gatal dan gedik ni tak makan saman. Katalah apa pun. Cacilah apa pun. Kutuklah apa pun. Aku muka tembok, hati batu.

Jadi, bila bakal mak mertuaku kembali berurut dan suruh anak terunanya tu temankan aku ke warung cendol tak jauh dari gerai mak berurut, aku tinggalkan Ain dengan senang hati.

Cendol semangkuk rasa terlalu banyak nak dihabiskan. Perlahan-lahan, aku hirup airnya sambil mengamati Hadi yang kelihatan menyampah sungguh duduk semeja denganku. Kekadang matanya melirik kepada orang yang lalu-lalang di kawasan pasar tani ni. Mungkin dia malu berada di sampingku.

Aku tak kisah. Atau aku sebenarnya buat-buat tak terkesan pun. Berada sedekat ini dengan Hadi, terasa macam duduk di kayangan pula tu.

"Aku minta maaf."

Akhirnya, Hadi dah mulakan bicaranya. Dalam keresahan, aku cuba bersahaja.

"Yang mana satu?"

"Ala...kau tahu yang mana satu." Hadi tegakkan badan. Raut mukanya jadi serius sangat.

Serta-merta, aku rasa tak sedap hati. "Ohhh." Aku cuba kawal emosi. "Pasal kau selalu sakitkan hati aku? Atau pasal kau suka main sorok-sorok dari aku? Atau pasal kau kata aku ni tak cantiklah, perangai hodohlah, muka teballah, hidung tak mancunglah, gedik, rakus...atau pasal aku tak kisah bila kau berpeluang raba-raba..."

Spontan, Hadi tersedak "Bila masa pula aku raba kau?"

Aku tergelak. Berjaya kenakan Hadi Haririe. Nasib baiklah dia tak tinggikan suara. Kalau tak, mesti mengundang tawa orang ramai pula.

"Aku tak cakap pun kau raba aku dengan tangan kau."

"Habis tu?"

"Macam sekarang ni, kau raba aku dengan mata kau tu."

"Aku scan lah, bongok. Bukan raba!" Hadi marah sangat nampaknya. Aku saja-sajalah usik dia. Tapi, kalau dia raba aku dengan matanya tu pun, tak terluak, kan? Aku dah tentu-tentu milik dia.

"Pada aku rabalah tu. Tapi kau jangan risau. Aku sukaaa." Aku tarikan kening dan goyangkan badan sendiri. Tunjuk kegedikan aku.

Hadi dah berubah pucat. Muka yang serius tadi kini dah lesu tak bermaya. Kesian pula aku tengok dia. Macam nak minta tolong panggil mak jer. Apa pun, semangatku bertambah-tambah kental. Aku akan huru-harakan perasaan setelah dia punahkan harapan umi dan ayahku.

"Aku tak raba, okey. Tak scan juga. Aku tengah fikir macam mana nak cakap elok-elok kat kau ni."

Alamak!

"Nak cakap apa?"

Aku dah masuk dalam perangkap. Tolonglah. Aku tak mahu Hadi berterus-terang. Macam mana kalau dia tak nak berkahwin dengan aku? Macam mana kalau dia kata dia dah ada awek kat KL? Entah-entah dah bertunang pun.

Tidak!

Macam aku dengar-dengar pula suara Ain ketawa mengejek kat belakang aku. Dan-dan aku toleh belakang.

"Awak,...aku dah kenyang dan rasanya mak pun dah siap tu. Jomlah balik."

Aku seram sejuk. Tak tunggu Hadi bertindak, aku bangun dulu. Entah kenapa, tiba-tiba Hadi pegang tanganku. Aku pandang tangannya yang melekat di tanganku. Dan entah kenapa, aku rasa langit menunggu masa nak runtuh.

"Duduk dulu."

Serta-merta, aku terduduk. Mataku tepat ke mangkuk cendol yang masih berisi. Entah aku sempat jamah ke tak tadi. Aku tak ingat.

"Mulai hari ini, mak aku hanya mak aku sorang. Kau tak perlu panggil dia 'mak' lagi."

Bisikan Hadi sangat dekat di telingaku. Bahkan, kata-katanya memukul jauh ke dalam hatiku. Ada gelora yang melanda di situ. Ada sendu yang berbuku, aku pendam jauh-jauh. Jangan sampai terusik.

Kalau bisikan itu tak cukup menyengat, Hadi tambah perisa dalam menghancurkan harapanku.

"Aku tak nak kahwin dengan kau, Aara. Tak nak pikul tanggungjawab seorang suami. Lupakan pasal aku chop kau dulu. Salah aku. Aku minta maaf. Dan hari ni, aku serahkan kau kepada mana-mana lelaki yang bakal menjadi suami kau. Kalau kau nak jemput aku di hari pernikahan kau nanti, aku akan datang. Kalau kau nak aku cakap kepada suami kau nanti..."

Serta-merta, aku angkat muka. Sebelum mataku basah dan kesabaranku pupus, aku lemparkan renungan kosong. Takde maknanya menyanggah kata-kata Hadi. Takde maknanya nak menggedik lagi.

"Kau rasa apa yang bakal suami aku rasa?" Soalannya tak menantikan jawapan."Dah tentu aku akan jemput kau, Hadi Haririe. Kalau kau tak datang, aku pastikan suami aku nanti jumpa kau sebelum akad nikah berlangsung. Dan masa tu, kau cakap kat dia, sorrylah bro, aku dah 'tercium' bakal isteri ko ni dulu. Tapi takde apa-apa pun antara kami. Setakat bibir dengan bibir jer bergeselan. No feeling pun."

Aku heret senyuman pahit. Kerana bisa yang mencengkam dalam diri bak duri yang tak pernah hilang dimamah usia.

"Dan aku akan jujur dengan dia bila aku cakap dalam hati aku ni hanya ada Hadi Haririe. Dalam doa di setiap sujudku pun ada nama Hadi Haririe. Di setiap helaan nafasku, aku impikan menjadi isteri Hadi Haririe. Maaflah, kalau tengah-tengah tidur malam tu, aku sebut nama Hadi Haririe. Dan malam pertama tu pun aku layari kenikmatannya dengan menyebut nama Hadi Haririe."

Muka Hadi dilanda rasa bersalah. Sejujurnya, aku yang lebih sakit kerana menyakitinya dengan emosiku dan dosa silam antara kami.

"Dan sekarang, cuba kau fikir siapa aku yang terpaksa mengemis untuk jadi isteri awak?"

Aku tak tunggu lagi kerana air mataku sudah bergenang. Aku biarkan jer air mata tu jatuh di pipi. Buat pertama kalinya, air mata ni tumpah disaksikan mata seorang lelaki.

"Gadis yang tak lain tak bukan, seseorang yang telah kau nodai." Aku bangkit dan terus berlalu. Meninggalkan Hadi yang nampak kian serabut. 

RAKUSWhere stories live. Discover now