Aku jingkit kaki menapak dari batu ke batu. Dengan isyarat tangan, aku suruh Ain tunggu kat daratan sahaja. Dekat dengan basikal kami. Senang aku nak pecut nanti kalau tiba-tiba Hadi mengamuk.
Ceh! Tau pula takut.
Tak mahu Hadi sedar kehadiranku di situ, aku terbongkok-bongkok berlindung dari batu-batu besar. Niat di hati, aku nak serang hendap Hadi ketika dia asyik berenang berhampiran air terjun.
Malangnya, siapa boleh percaya hatiku ni? Aku sendiri pun selalu tertipu. Nampak kelibat Hadi jer, aku dah terkinja-kinja, terloncat-loncat macam kera nak terjun ke rumpun cili merah menyala-nyala. Yang aku nak ngap tu adalah kulit sawo matang milik Hadi. Belakang tubuhnya yang tegap dan rambutnya yang basah spontan buat darahku panas. Dan-dan pula perasaan miang naik ke kepala.
Hadi berenang kian menjauh. Aku tak sabar nak berbincang dengan dia pasal perkahwinan kami. Teruja lah. Bukannya aku rakus, tau!
Ele, kalau rakus pun apa salahnya? Bukan orang lain pun. Hadi Haririe juga. Kekasih dambaan kalbu.
Aku menapak ke batu-batu lain dengan pantas. Terik matahari atas kepala tu. Kalau air boleh menggelegak, batu pun panas membahang. Inilah yang orang kata macam berjalan pijak api tu. Panasnya, boleh melecur tapak kaki tau. Nasib baik aku pakai selipar.
Sampai ke batu paling besar, aku tergamam seketika. Rasa pelik sangat. Bulu roma aku meremang tiba-tiba. Macam ada yang tak kena. Apakah....?
Aku pandang kiri kanan, takde sesiapa. Ain pula hilang entah ke mana. Dia dan basikalnya tak nampak bayang. Sah, dia mesti tunggu kat simpang jalan tu.
Aku kembali fokus kepada mangsaku. Mata melilau mencari kelibat Hadi dalam air tapi tidak kelihatan. Tak semena-mena, pandangan aku bertembungan dengan Hadi. Bulat matanya memaku tepat padaku.
Pelik rasanya.
"Awak!" Aku terlonjak senang hati. Akhirnya, aku jumpa dia juga. Senyuman mekar dari bibir. Terbit dari hatiku.
Dia langsung tak terkutik. Tak beriak pun.
"Hadi!" Aku laung kuat bila dia masih terpaku kepadaku tapi fikirannya macam lari jauh dari sini.
Seraut wajah Hadi Haririe berubah. Itu yang berlaku pada setiap pertemuan kami. Aku tak boleh baca riaknya yang awal tadi. Tapi, riak terkejutnya sekarang ni dah biasa aku hadapi.
Dan aku kepal tangan kuat-kuat. Bersedia berdepan dengan tingkah Hadi juga.
Hadi pandang kiri kanan. Macam nak lari jer. Macam takut orang nampak jer. Aaah, aku buat tak peduli.
"Hadi Haririe!" Aku laung lebih kuat. Tangan melambai-lambai nak minta dia naik ke batu semula. Tapi Hadi masih tak berganjak dalam sana.
"Kau nak apa?" jeritnya pula, tapi masih tidak berniat nak naik ke daratan ni.
Aik? Takkan nak bincang macam ni jer. Aaahh, malas aku nak fikir. Lantak dialah.
"Aku nak kahwin dengan kau." Tu diaaa! Badanku tergeliat sama. Debar bak melompat-lompat dari badan.
"Aku tak nak kahwin dengan kau," balas Hadi dan-dan tu juga.
Aku sentap beb. Kan dah kata.
"Aku tak kira, aku nak juga." Hatiku kena jadi batu. Aku bukannya tak tahu Hadi tetap sama macam dulu. Mulutnya celupar nak mampus. Dia lelaki tanpa hati, tiada perasaan langsung. Jadi, kalau dia layan anak kucing lebih baik daripada layan aku, aku dah tak terkesan pun. Hatiku dah lali agaknya. Aku dah boleh bayangkan tu.
YOU ARE READING
RAKUS
RomansBacaan Dewasa Ini kisah Aara Johara yang sengal. Kisah kedegilannya mengejar cinta seorang Hadi Haririe. Kisah yang penuh dengan senyuman dan tawa. Mampu buat anda gelak dengan kegilaan Aara. Namun, hati-hati...ada air mata yang menyusul. Harga pas...