Tak sangka, bakal mak mertuaku tak berlengah langsung dalam membantu merealisasikan impianku. Sampai di simpang jalan jer, mak Hadi melencong ke rumah Tok Aja. Padahal dia baru jer berurut kaki kat pasar tani tadi.
Dengan bantuan bakal mak mertuaku tu, dah dua kali aku dapat berdua-duaan dengan Hadi Haririe. Paling romantik bila Hadi terpaksa hantar aku balik ke rumahku. Padahal tak jauh pun kalau aku berjalan kaki jer. Kalau berkereta ni yang agak lama sikit. Terpaksa melencong ke jalan besar dahulu sebelum ke lorong kecil menuju ke rumahku.
Peluang dah diberi, takkanlah aku nak sia-siakan pula. Meskipun kesenyapan Hadi membunuh kesabaranku. Makan hati kalau aku layan rentak dia.
Dengar lagu lagi baik. Aku nak buka radio. Tekan punya tekan, aku tertekan butang tetingkap atas bumbung. Syoklah pula.
Dengan pantas, aku loloskan badan keluar dari bumbung. Serta-merta, suara Hadi memetir ke telinga.
"Kau nak buat apa pula ni? Tutuplah. Tengah hari ni. Panas tau."
Disusuli dengan tingkah kasarnya, nak tutup bumbung tu semula. Aku tak mahu kalah. Tangannya dan tanganku lawan siapa lebih pantas. Dan bila aku rasa nak tewas jer, aku dah bersedia nak tingkatkan tahap kegedikanku.
Hadi tangkap tanganku dengan pantas. Aku sengih, tayang muka yang merah. Terbakar dek sentuhan magik Hadi. Bukan senang tau dapat peluang berpegangan tangan dengan Hadi macam sekarang ni. Jadi tolonglah, jangan rosakkan mood romantik Hadi.
Aku kunci mulut bila renungan sepasang mata Hadi buat jiwaku hanyut dalam khayalan. Saat itu, aku lupa segala-galanya. Lupa tentang kata-kata kesat Hadi sekejapan tadi. Lupa tentang keputusan Hadi sejam yang lalu. Lupa tentang angan-angan yang mungkin takkan kesampaian.
Tiupan angin menampar-nampar mukaku. Seperti usapan tangan Hadi pada sebelah tanganku di sisi paha. Aku terbang melayang saat itu. Terpesona dengan keromantikan yang tersaji tanpa sengaja.
Wahai angin khabarkan pada dunia isi hatiku. Wahai bayu kutitipkan rindu di angin lalu. Wahai mentari yang menyinari cintaku. Wahai kekasih, dengarlah suara hatiku.
"Hadi Haririe! I love you!"
Aku jerit sepenuh tenagaku.
"Adussss! Sakitlah." Aku tersentak. Dada berlaga dengan bumbung. Hampir sahaja aku terhumban keluar dari kereta. Nasib baiklah, sebelah tanganku berpaut pada tangan Hadi Haririe.
"Awak nak bunuh aku ke?" Aku marah sungguh. Sakit dadaku. Sakit sungguh dadaku. Auwww!
Spontan, aku duduk semula. Tangan menggosok-gosok dada.
"Sorrylah. Bukan salah aku pun. Kau yang cari penyakit." Tetiba jer aku rasa pelik semacam. Tanganku di perut tapi kenapa dadaku yang berdenyut?
"Mana yang sakit ni?" soalnya selamba betul. Tak sedar tangannya sedang nakal mengusap-ngusap dadaku. Aku teguk air liur. Darah menyirap naik ke kepala. Entah kenapa, aku beku tiba-tiba.
Hadi macam tak sedar ke apa yang sedang berlaku. Tindakan refleksnya buat aku kering emosi. Yang terpancut-pancut sekarang ni adalah kerakusan Hadi meratah badanku.
Saat akalku terpetir dek denyutan di kedua-dua bukit mahkotaku, spontan tangan Hadi aku tepis kasar sungguh. Sehingga tubuhnya terdorong ke belakang.
Hadi terkejut bila tiba-tiba aku berkasar dengannya. Dan paling utama, kedua-dua tanganku menyilang dada. Muka Hadi berubah drastik. Termalu sendiri.
Tangannya tiba-tiba menggigil. Kalau dia tunjuk muka nak muntah hijau kat sini, memang aku siku sampai mati. Aku tak kira apa jurus pun. Pedang Setiawan ke, Dewata Raya ke, Hutan Rimba ke semuanya aku bantai. Biar dia lunyai, tinggal rangka jer balik rumah.
Gatal!
Tu pun masih nak berlagak naif pula.
"Kenapa brek macam tu?" Aku serbu dengan suara lantang bila Hadi buat-buat bodoh pula. Fokusnya kembali ke jalan semula. Kan aku dah kata, dia lelaki takde perasaan.
"Dah terkejut. Memang aku brek lah."
Silap dialah kalau aku biarkan pisang berbuah dua kali. Jangan harap!
"Awak memang. Pantang dengar aku menjerit, awak cepat melatah, kan?"
Dia toleh sejenak dengan muka berkerut. Blur sangat lah tu. Cis!!! Innocent lah sangat.
"Dulu, aku jerit jer kau cium. Hari ni aku jerit lagi, kau dah raba dada pula. Tu pun kau tak nak mengaku, kan? Kau tetap kata tak sengaja. Macamlah aku yang provok kau, kan?"
Dia tenung aku sekilas. Tak puas hati, dia jeling habis sekali lagi. Amboi!
Geram dengan reaksi bersahajanya tu, aku rapatkan dada. Dia buat tak terkesan pun. Nasib baiklah keretanya bertinted cermin gelap. Bolehlah aku menggedik sekejap.
Nasib dia baik. Meskipun aku ni rakus nak jadi bini dia, takdelah sampai aku nak terkangkang, serah diri kat dia.
Kebisuan Hadi buat aku malu sungguh. Dan aku tahu dia malu juga.
YOU ARE READING
RAKUS
RomanceBacaan Dewasa Ini kisah Aara Johara yang sengal. Kisah kedegilannya mengejar cinta seorang Hadi Haririe. Kisah yang penuh dengan senyuman dan tawa. Mampu buat anda gelak dengan kegilaan Aara. Namun, hati-hati...ada air mata yang menyusul. Harga pas...